Powered By Blogger

Friday, 1 January 2016

GEBE' 20 : IT WAS NOT HIM

Hari ni hari terakhir peperiksaan bagi semester 2 Pusat Asasi Sains Universiti Malaya. Kertas terakhir adalah kertas Matematik 2. Kertas paling susah daripada semua kertas. Susah. Kertas paling kontroversi. Kaedahnya soalan 15 markah yang kami tak pernah lihat, jumpa, cuba mahupun sentuh sebelum ni. Tak pernah. Langsung. Tapi apa nak dikisahkan. Sebab dah habis dah semuanya. Usaha sudah, kini masa untuk berdoa dan bertawakkal.
‘Zaman, susah juga kan soalan tadi. Hm. Takut la. Math kot. Dah la penting math ni. Kalau kita dapat B dalam math ni, habis la pointer. Jatuh kot.’ Zikri setiap kali habis exam mesti dia akan merungut susah la. Tak sempat jawab la. Padahal nanti keluar result 4flat. Geram pula aku.

‘Takpe Zikri. Dah usaha kan. Kita tawakkal je. Jangan fikir da. Hhahaha. Sekarang balik ni nak tidur. Hhahaha’

‘Tidur? Ish. Tidur pula dia ni. Orang kemas bilik ke. Apa ke. Ni tidur.’

‘Eh, suka hati kita la awak oii. Kita mengantuk. Bangun nanti baru kemas bilik semua. Sekarang ni mood nak bermalas-malasan.’

‘Eh, Zikri parents kamu ambil bila ae nanti? Habis-habis exam terus balik ke macam mana?’

‘Hhaha, kita pun nak tanya benda yang sama dekat kamu. Hmm. Kita ingat nak ajak kamu keluar-keluar dulu dekat sini. Kira macam self-reward la dulu sebelum balik rumah masing-masing. Ya la. Mana tahu tak jumpa da lepas ni.’ Zikri memang senang tersentuh. Dan sekarang dia tengah menangis. Tak de Teresa-esak. Tapi terkeluar juga la air mata dia. Sedih nak berpisah mungkin. Siapa tak sedih. Aku pun rasa berat hati nak melangkah dari dewan peperiksaan ke kolej tadi. Ya la. Kertas terakhir bermakna hari terakhir bergelar pelajar PASUM.

‘Jangan la cakap macam tu Zikri. InsyaAllah ada masa nanti kita akan jumpa lagi. Dunia ni tak besar mana pun awak. Tup tup kita satu kos nanti. Siapa tahu kan.’

‘Hhaha, kan… eh kamu balik hari apa ni?’

‘Eh, haha. Lupa pula. Kita balik hari Ahad. Terpaksa. Sebab abah saya minta tolong kawan dia ambilkan. Sebab kereta buat hal pula katanya. Ahad pun petang. So, sempat la kita nak keluar dulu.’

‘Yeay! Dapat kita luangkan masa-masa terakhir kita bersama. Hihi. Bestnya.’

‘Mungkin setiap hari kita luangkan masa.’

‘Tapi ini lain Zaman. Tak sama.’

‘Ya la Zikri. Lain. Sangat lain. Ok kita nak nangis juga.’


Sejak hari tu, kami jarang jumpa. Sebab Zikri belajar dekat UKM. Aku pula dekat UM. Memang jauh la. Nak jumpa memang jarang. Selalu inbox dekat Facebook je. Masa tu Whatsapp mana popular lagi. Masih lagi mengharapkan Facebook dan Twitter untuk berhubung. Kadang-kadang aku yang bertanya khabar dekat dia dulu. Kadang-kadang dia yang tanya khabar dulu. Memang susah la nak aturka berjumpa hujung-hujung minggu. Sebab kaedahnya masing-masing jenis yang aktif berprojek dekat kolej masing-masing. Kalau minggu ni aku free, minggu tu juga la dia tak free. Kalau dia free, aku pula tak free. Berlumba-lumba. Hhaha. Sampailah satu hari ni. Dia inbox aku.

Zikri: Hey bitch! Zaman! Are you going back this semester break?

Zaman: Hey Bitch! Carut I ke apa ni? Hha, nope la. Ada projek kolej. It’s under me. So kena la stay. Why?

Zikri: Yeay! So I boleh lepak bilik awak la? I tak balik la this sem break. Ingat nak lepak bilik awak.

Zaman: Eh, sure! But I akan abit busy sikit la. Sebab nak kena tengok projek semua kan.

Zikri: Gigihnya awak ni. Can’t wait. Dah lama tak jumpa awak! Rindu sangat-sangat.

Zaman: Me too! Rindu gila. Lama tak jumpa. Tidur sampai habis sem break ae. Btw, kenapa tak balik?

Zikri: Malas la sebenarnya. Plus kalau I balik rumah tak de orang. My parents pergi overseas. Tengok kakak I dekat sana. They will be there for 2 months. So better I stay. Tapi fikir balik, U kan ada. Better gunakan peluang untuk jumpa dengan u. since kita pun dah lama tak lepak sama kan.

Zaman: Boleh je sayangs. Nanti datang. Btw, it’s 2013. Whatsapp la I. ada no I kan?

Zikri: Ok bitch! Love ya!

Zaman: Apa-apa nanti whatsapp ya.

Zikri: Okie! Serius tak sabar nak jumpa. Nak duduk sana 2 minggu boleh? Hihi

Zaman: boleh sayang. Jangan tak balik uni sendiri dah la. Hhahahaha. Tak sabar juga nak jumpa uolss. Rindu gila. Dah setahun lebih tak jumpa.

Zikri: TAHU TAKPE!! Awak tu la. Sentiasa SIBUK.

Zaman: jangan nak cakap orang ya. Awak pun sama. Ok la Zikri. I ada meeting. Nanti kita sembang lagi.

Zikri: See? Hhaha, ok awak. Bye. Muah! See you next weekend yeah.


‘Best juga ae projek-projek dekat sini. Wow. Sangat teratur. Awak ni boleh tahan juga pasal protokol. Kalau saya, memang tak reti. Sangat tak reti.’ Zikri sepanjang projek aku berlangsung, ikut je ke mana aku pergi. Ya la. Keberadaan aku di kolej sangat penting. Takut nanti ada apa-apa yang kena uruskan. Jadinya, aku tak boleh nak bawa dia kemana-mana lagi. Kena tunggu program habis la kaedahnya. Tapi tak lama dah. Lagi beberapa hari je lagi. Bertabahlah.

‘Yes. Sini sangat mementingkan protokol. Sebab protokol for me menentukan sesuatu majlis tu berjalan lancar ke tak. Kalau emcee je hebat, tapi protokol ke laut. Tak boleh juga awak.’

‘Ok, berbeza la dengan keadaan dekat tempat kita. Sangat beza. Best la dekat sini.’

‘Lain tempat, lain kaedahnya awak. Kena faham. Eh sorry tau sebab tak dapat nak layan awak sangat. Takpe ke? Sorry tau. Bersalah pula.’

‘La, kenapa nak minta maaf pula. Kan saya memang nak datang sini. Takpe, awak uruskan semua hal dulu. Nanti lepas dah habis kita keluar celebrate. Ok? Awak buat la kerja awak sampai habis. Nanti kita lepak la.’
‘Betul ni? Ok. Thank you Zikri.’ Walaupun sebenarnya aku nampak ada yang lain dekat muka dia. Macam dia tengah fikirkan sesuatu.

Zikri terus berjalan ke kafe. Nak makan katanya. Untunglah boleh bangun lambat. Bangun-bangun terus makan. Aku ni. Kena tengok-tengokkan projek bagai. Haish.

‘Zaman Zaman! Nanti boleh tolong kami tengokkan floor blok lelaki tak Zaman? Sebab ada seorang peserta ni komplen ada yang merokok dekat situ. Katanya tak selesa.’ Belum sempat apa-apa lagi dah ada tugas. Nasib badan la. Tapi dalam hati masih berteka teki dengan Zikri ni. Hm. Macam tak seronok je dia 2 hari ni. Tu yang aku minta maaf tadi. Sebab takutkan dia rasa tersisih ke apa ke kan. Almaklumlah pondan kan. Cepat pula nanti tersentuh dia ni.

‘Zaman?? Zaman! Awak dengar tak ni?’

‘Eh, sorry sorry Fatin. Sorry. Ok2. Nanti saya checkkan. Nanti minta AJK perhubungan Luar buat pengumuman. Cakap ini kawasan universiti. Dilarang merokok. Kalau tak kena denda. Minta dia pandai-pandai la buat ayat yang menyentapkan.’ Aku kalau dah tengah fikir memang jangan la korang kacau. Takkan perasankan yang AJK datang nak minta tolong.


‘Awak order apa Zaman? Nasi Goreng Kampung dia sedap tak?’
‘Sedap! Itu antara yang sedap la. Jangan beli Nasi Goreng Ikan Masin. Serious tak sedap. Nanti awak tak habis makan nanti.’

‘Yeke. Ok-ok. Saya makan Nasi Goreng Kampung juga la.’

Zikri ni jenis. Andai kata ada makanan yang dia tak suka. Atau tak kena dengan tekak dia. Dia akan tolak. Jawabnya makan tak habis. Lepas tu nanti merungut lapar. Typical Zikri.

‘So Zaman how’s your project? Ok ke? I tengok meriah ae. I mean I terms of pemandangan. Sangat meriah.’

‘So far okay la. Just kejap lagi nak rehearsal untuk majlis penutup esok. Then we’re done. Penat la. Jaga protokol memang penat. Eh, awak ok ke tak duduk dalam bilik? Kalau bosan bagitahu la. I minta kawan-kawan I bawa u pergi mana-mana ke kan. At least tak de la bosan.’

‘Bosan apanya Zaman. Dekat dalam bilik u tu macam library ya. Penuh dengan buku. As usual. Zaman and buku memang tak boleh dipisahkan.’ Kata Zikri.

‘Memang la. But I masih tak ada kesempatan nak nak baca semua. But ada juga yang I dah baca. But mostly I tak baca lagi.’ Yang ini typical Zaman pula. Suka beli buku banyak-banyak. Then tak baca pun. Simpan je dekat dalam bilik.

‘Ish, ruginya. You should stop buying any books lepas ni. Like seriously kena stop. Sebab I perasan dalam loker you ada buku dalam plastic MPH lagi. Membazir la awak.’

‘Okay-okay. I akan cuba kawal. Hhaha’

‘Yes. Kena. Wajib. Wajib kawal nafsu beli buku. Bila awak dah baca semua buku baru boleh beli yang baru. Nanti sayang je. Tak baca lagi tapi buku dah bertimbun. Hah, baca tau jangan tak baca.’

‘Maigad, bitch. Since when u suka membebel ni. Apa UKM ajar you? Hhahaha’

‘Hey, I just developed it. Hhahaha’ Zikri sebelum ni jenis yang kalau bercakap tak banyak sangat. Tapi bila jumpa balik ni. Dia asyik membebel je. Membebel tahap melampau. Hhaha. Nasib baik pondan. Kalau perempuan, sure tak laku dah tu. Menjanda la kau sampai tua. Ya la. Kerjanya asyik nak membebel je. Siapa nak?

Since dia yang jadi tetamu. So, aku belanja la malam tu. Ya la. Dah kau tinggalkan dia dalam bilik. Dah la dia tetamu. Sementara tengah masyuk ni. Sekali sekala apa salahnya kan. So, aku volunteer untuk ambilkan sekali makanan untuk dia. Zikri tunggu dekat meja je. Aku ni sweet macam couple pula dengan dia kan. Korang mesti fikir macam tu kan. LESBIAN GILA! Pondan dengan pondan mana boleh. Pondan sado boleh la.

‘Zikri Zikri’ aku toleh ke belakang dan nampak sekumpulan lelaki-lelaki herlok daripada UPNM datang ke arah kafe. ‘Matilah nak. Abang-abang sado mencemar duli uolss.’ Mak bermonolog sendiri. Perkara biasa pepondan akan buat bila nampak sekumpulan ataupun individu yang kendu berhampiran. Mereka akan bermonolog sendirian. Memuji keindahan alam ciptaan Tuhan.

Toleh punya toleh. Sekali seorang daripada lelaki dalam sekumpulan ciptaan Tuhan yang indah itu menghampiri Zikri. Nampak seperti dia yang tegur Zikri dulu. Bukan sebaliknya. Dia tegur. Tapi Zikri palingkan muka. Macam ada yang tak kena. Pondan seorang ni memang penuh dengan rahsia dan masa silam yang penuh misteri. Apa pula kisahnya yang ni.

‘Eh, senyum pula pondan Zikri ni. Tadi macam beria paling muka bagai. Haish. Pening la aku.’

‘Makanan dah sampai!’

‘Sampai dah. Wah! Lapar! Lapar!’

‘Siapa budak tu tadi?’

‘Tak de siapa la. Dia saje je tegur kita tadi.’

‘Tell me Zikri. You banyak berahsia dengan kita. Banyak benda you nak cerita. Tapi tak cerita.’ Aku acah-acah merajuk.

‘Hm… I… I…’ Zikri seolah-olah sukar untuk meluahkan. ‘Do you remember peristiwa beberapa hari sebelum kita habis PASUM?’

‘Yeah. And… Apa kena mengena dengan dia?’

Zikir terus hilang selera nak makan. Dia lekas bangun dari kerusi. Terus berjalan.

‘Hai, kot ya pun makan la dulu. Membazir la. Penat kita tunggu lama-lama. Kang nanti mula nak mengadu lapar la apa la. Saya ketuk kepala awak nanti kalau awak cakap awak lapar nanti. Serius saya tak tipu. Makan dulu.’

‘Tak nak, saya tak de selera dah.’

‘Hey Zikri please makan. Cepat sini makan. You nak I suapkan ke apa ni? Please makan.’

‘I said no. I tak nak.’

‘Zikri!’ Aku meninggikan suara sedikit sebab tak tahan dengan perangai Zikri yang cepat sangat nak merajuk ni. Dia terus datang sebelah aku dan peluk aku erat-erat. Aku terkejut. Kenapa dengan Zikri ni. Ada apa-apa yang tak kena ke.

‘Zaman, Do you remember peristiwa sebelum exam final masa PASUM dulu?’ Zikir tanya dalam keadaan dia sedang menangis teresak-esak. ‘Do you remember Zaman?’ Dia mengulangi soalan dia tadi.

‘Yeah, of course I ingat sangat peristiwa tu. And you never told me the whole…’ belum sempat aku menghabiskan ayat, dia mencelah.

‘Sebenarnya dia yang buat benda tu dekat kita. Bukan Zul. But him. He did it.’

‘Oh my god. Zikri. What are you talking about? Bukan you kata it was Zul ke? Babe, tell me. Tell me now. I insist.’ Siapa tak terkejut dengan statmen yang baru keluar dari mulut Zikri. Ini bukan benda yang boleh dibuat main. Itu satu pertuduhan besar.

‘But wait. You told me that day it was Zul. Zul yang ada dekat belakang awak masa tu and it happened. Kan. Zikri?’ Aku yakin, yang dia ceritakan hari itu berbeza.

‘Memang ya. Tapi Zul just membantu dia untuk kita.’

‘Maksudnya? Saya tak faham.’

‘Zul just mulakan, yang habiskan dia. Dia yang habiskan Zaman. Dia habiskan.’

‘Y-Y-You Were B-Bleeding that night kan?’ Tersekat-sekat nak sebut. Sebab darah. Siapa yang tak takut tengok darah.

‘It was him. Not Zul’ Zikri hanya jawab itu sahaja. Kemudian dia diam. Aku terus bungkus makanan kami and naik atas, bilik. Takkan aku nak biarkan budak tu bermain mata dengan Zikri. Aku tak nak Zikri macam-macam lagi. Tak nak. Cukup la dengan apa yang dah lalui. Cukup. Enough is enough.


Friday, 11 December 2015

GEBE' 19 : TANPA RELA

‘Hai.’ Senyum. Dengan harapan senyuman tu dibalas.

‘Hai.’ Dia balas senyuman aku. Ok. Maknanya tak semualah pondan dekat sini yang kekwat Zaman. Tak semua. Takut juga. Sebab ni pertama kali aku di negeri orang. Tak biasa berjauhan sangat dengan keluarga. Inilah padahnya kalau dulu masa sekolah dekat Ipoh je memanjang.
Disebabkan dia balas senyuman aku. Maknanya dia pun ok la kot. Tak sombong. Boleh buat kawan ni.

Keesokannya jumpa dia di tempat yang sama. Depan kooperasi. Aku beranikan diri juga nak tegur. Bukan apa. Saja nak buat kawan. Dah duduk tempat orang ni, takkan kau nak sendiri sendiri je kan. Tak manis la macam tu.
‘Hai. Beli roti je ke? Tak makan nasi ke?’ Aku beranikan diri untuk memulakan perbualan. Walaupun sebenarnya tak de modal nak tanya apa.

‘Haah, beli roti je. Tak lalu la nak makan nasi. Nasi dah tak lalu nak telan. Lebih kepada nak beli roti-roti je. Lagipun makan roti je ni pun dah kenyang dah.’

‘Untunglah makan roti pun dah kenyang. Kita ni kalau tak jumpa nasi, tak sah. Sehari tu kena juga makan nasi at least sekali. Kalau tidak, jawabnya akan kebulur la sampai malam. Memang wajib la makan nasi.’ Aku dan jemah tak boleh dipisahkan. Kalau berjumpa dengan orang, memang kaedahnya ramah tahap 9.

‘Hai, ni nama apa. Berbual punya berbual tak kenal nama tak sedap la kan. Nama apa? Asal mana?’ Dia memulakan soalan. Ini tanda baik ni. Maknanya dia dah boleh dibuat geng. Kalau bukan geng rapat pun at least, berkawan la juga aku dekat sini.

‘Nama Khairuzzaman. Panggil Zaman je. Asal orang Perak. Tapi Perak celup la. Kamu nama apa? Asal mana?’ Orang kata, dah dia tanya nama dengan asal, kita tanya la dia pula kan.

‘Nama kita Zikri. Asal Terengganu.’

‘La Terengganu ke. Tak de bunyi-bunyi Terengganu pun. Hha’

‘Aah, sebab Terengganu celup je pun. Tapi boleh la cakap Terengganu tu sikit-sikit.’

‘Oh, Ok. Eh nak ke mana? Nak naik bilik ke? Jom la sekali. Kita pun baru lepas habis makan tengahhari nak naik bilik dah ni. Jom la. Jalan sekali.’

‘Eh, boleh juga.’

Maka bermulalah persahabatan antara kami. Perjumpaan yang tak disangka-sangka. Akhirnya membuahkan satu jalinan ukhwah.


Sejak dari hari tu, kami makin rapat. Boleh dikatakan rapat juga la. Nak ke mana mesti berkepit berdua. Walaupun berbeza kelas. Dia Fizikal dan aku Hayat. Tapi kalau nak ke kafe, memang akan bersama. Sekali. Berdua. Nak keluar beli barang pun kadang-kadang ajak sesama juga. Walaupun hanya sekadar nak ke Amcorp Mall nak beli sabun basuh baju dekat Giant tingkat bawah tu. Kami jadi makin rapat hari demi hari. Kami sampai boleh bertukar-tukar rahsia. Dia simpan rahsia aku, aku simpan rahsia dia.  Sejak daripada mula-mula berjumpa. Tak sangka yang dia akan jadi BFF aku.  

‘Tut tut. Tut tut.’ Dering telefon bimbit.

‘1 message received.’ Siapa pula yang hantar mesej ni.

‘Zaman, jom keluar. Pergi Mid Valley. Teman aku boleh?’

Mesej dari Zikri. Seperti biasa. Ajak aku keluar. Nasib baik aku dah siapkan semua tutorial. Jadi, boleh la keluar kejap. Kira ganjaran untuk aku yang dah siapka tutorial awal.

‘Ok, boleh juga. Pukul berapa?’

‘Lepas Zohor. Jangan makan dulu. Kita makan dekat sana terus. Dalam pukul 2 aku tunggu dekat depan kooperasi dekat kerusi tu. Ok?’

‘Alright, jumpa nanti.’

Nak ke Mid Valley hari tu bukan nak keluar sakan tengok wayang ke apa pun. Tapi nak teman dia beli barang. Ada benda dia nak beli dekat DAISO. Dia nak beli bekas. Bekas untuk letak barang-barang dia. ya la. Lagi berapa minggu je lagi, kami dah nak habis belajar dekat PASUM. Nak kemas barang, rasanya bukan senang. Tengok barang-barang aku je. Dah penuh sebilik. Tak tahu macam mana nak angkut balik Ipoh nanti. Petang tu lepas habis beli belah, kami lepak makan dekat Old Town. Tempat kegemaran aku dan Zikri. Selalu lepak sini sebab nak rasa kopi dia. Old Town White Milk Tea kegemaran aku. Zikri pula lebih kepada hazelnut. Tapi kali ni, disebabkan tak makan lagi. So aku order Old Town Curry Chicken Rice,manakala dia  dia pula order Meehon Soup with Fish Ball. Macam biasa la. Dia bukan nak makanan yang ada nasi. Tak bihun, mee yang dia akan order. No wonder la badan dia kurus sekeping macam tu. Petang tu, kami berbual agak rancak. Gelak sakan tanpa mempedulikan orang keliling. Dari satu topik ke satu topik.

‘Zaman. Kalau kita nak tanya satu soalan ni. Kamu jangan marah ya.’

‘hahahaha. Tak tanya lagi, nak marah buat apa. Nak tanya apa sebenarnya ni?’

‘Hmm. Soalan ni agak sensitif sikit la sebenarnya. Macam tak sesuai nak tanya pun ada. Dah lama sebenarnya kita nak tanya. Saja nak tahu.’

‘Apa benda yang kamu nak tanya ni sebenarnya? Tanya je la. Nak berbelit-belit pula. Hhaha. Tanya je Zikri. Kita jenis yang open. Tak de hal la nak tanya apa pun.’

‘Hm. Zaman. Awak ni songsang ke? I mean awak ni homoseksual ke? Mmm. Awak ada perasaan dekat lelaki?’

‘La. Nak tanya soalan tu ke. Hm. Kamu rasa? Kita songsang ke tidak?’

‘Hmm. Nampak gaya macam ya. Tu nak tanya. Just nak confirmkan. Bukan apa Zaman mmm, sebab saya pernah juga jumpa lelaki lembut, tapi dia tak songsang pun. Itu yang kita tanya awak. Ya la. Kita dah lama kenal. Tapi tak kenal luar dalam sangat pun.’

‘Aah Zikri. Saya seperti yang awak sangkakan.’

‘Kamu marah ke kita tanya soalan tu? Sorry la.’

‘Eh, tak la. Nak marah buat apa. I mean, I dah anggap you as my friend. My close friend. So, I think tak salah kalau kamu nak tanya. But, why? Kenapa tanya soalan tu? I mean, like kenapa sekarang?’

‘Sebenarnya ada benda yang nak kita ceritakan. Nak kongsi la dengan kamu. Sebab tu kita tanya dulu. Mana la tahu kan. Tiba-tiba cerita sekali kamu tak selesa terus tak nak kawan dengan kita dah ke kan. So tanya je la dulu.’

‘Ish tak de la sampai tak nak kawan bagai. Apa benda yang nak cerita? Macam serius je. Anything related to our study? Or basically pasal you?’

Bila ada orang macam tiba-tiba jadi lain dan nak cakap sesuatu dekat kau. Kau akan automatik jadi lain dan macam berdebar tunggu apa yang dia nak cakap. Kau jadi tak sabar-sabar nak dengar pun ada. Tapi dalam masa yang sama takut. Takut dengan apa yang bakal keluar dari mulut dia. Itulah perasaan aku sekarang. Bila dia cakap dia nak ceritakan sesuatu. Ya ceritakan. Bukan luahkan ya. Takut juga kalau-kalau dia luahkan cakap suka dekat aku ke apa ke kan. Takut juga uolss. Bergesek!

‘Tahu tak kenapa kita pilih PASUM?’

‘Kenapa pilih PASUM… Hmm. Kenapa?
Belum sempat dia jawab, aku dah pintas.

‘Haish macam serius je ni. Awak ok tak ni Zikri? Betul-betul ok?’

Nampak perubahan pada muka dia. Tak seceria tadi masa kami bergossip pasal pensyarah. Muka dia jadi muram. Senyuman yang baru beberapa minit terukir, hilang. Macam tu je. Aku tanya dia lagi. Soalan yang sama.

‘Awak ok tak ni?’

‘Tak ok. Tak ok Zaman.’

‘But why? Ok cerita dekat kita dari mula sampai habis.’

‘Ada sebab kenapa kita pilih PASUM.’

‘Ok, I’m listening.’ Keadaan semakin senyap. Bunyi sembang ketawa amoi-amoi yang duduk sebelah pun tak kedengaran. Betapa aku nak fokus dengar cerita Zikri. Seolah-olah ada rahsia besar yang dia nak ceritakan.

‘Kita dulu sekolah asrama penuh. Dekat Selangor. Dari tingkatan 1 Sampailah tingkatan 5. Waktu kita tingkatan 1. Kita kenal dengan seorang lelaki ni. Baik orangnya. Kamu kenal dengan dia Zaman.’

‘Kita kenal? Celah mana kita boleh kenal pula? Hmm. Ke dia PASUM sekali dengan kita?’ Aku tanya dia balik. Semakin menarik cerita dia.

‘Dia budak Hayat la Zaman. Zul. Kenal?’

‘Zul. Zul. Zul mana ae. Banyak sangat orang nama Zul.’

‘Faizul. Sorry. Faizul. Tapi orang panggil dia Zul.’

‘Oh mai. Zul yang herlok gila badan sedap tu. Yang kononnya couple dengan budak perempuan kecik2 orang Kelantan tu. Yang hari tu main basketball masa kita lalu sebelah court tu? Maigad. Dia sekolah dengan you dulu? Wah.’ Sakat aku. Tak nak la serius sangat kan.

‘Atau lebih detail lagi. Boyfriend kita masa sekolah. Dari tingkatan 2 sampailah tingkatan 5. Kami couple.’

‘Zikri. Wow. 4 tahun kot. Tapi apa yang buatkan kamu sedih macam ni? U guys masih berhubung? Or still couple lagi?’

‘Nak dipendekkan cerita masa form 5, dia nak putus. Sebab dia kata lepas ni masing-masing akan ikut haluan masing-masing. Dia akan sambung belajar dekat UM, which is memang impian dia dari kecil pun nak belajar dekat UM. And I kononnya akan ke luar negara. Jadi, dia kata lebih baik untuk kami berpisah.’

‘Zikri. I’m so sorry to hear that. Tak tahu nak respon apa. But sorry to hear that.’

Aku hirup teh susu yang aku order tadi. Nak menghilangkan kejanggalan yang jelas kelihatan pada muka Zikri. Masa cerita dekat aku kisah dia dengan Zul. Tak sangka. Aku mati-mati ingatkan Zul ni lurus orangnya. Sekali. Songsang juga. Betapa manusia ni sebenarnya tak boleh ditafsir melalui luarannya sahaja.  Mata Zikri berkaca. Seolah-olah ada benda lain yang tersimpan dalam benak hatinya. Seperti ada lagi yang dia mahu luahkan, ceritakan. Mungkin ada tragedy. Siapa tahu.  

‘Kamu nak menangis ke Zikri. Please don’t. Don’t make me feel bad. What actually happened between you two?’

‘Lepas sekolah kita dapat tahu yang dia akan ke PASUM ambil jurusan fizikal. Tanpa fikir panjang, kita terus tolak tawaran biasiswa ke luar negara. Semata-mata nak kejar dia semula. Nak dapatkan dia semula. U know how I feel kan Zaman. 4 tahun kami bersama and I sejujurnya tak boleh lupakan dia. I have to do something. So, I buat keputusan drastik.’

‘Apa reaksi your parents? Diorang marah ke kamu tolak tawaran biasiswa tu?’

‘Tak. Diorang tak marah. Plus, dia seronok. Sebab kita tak jadi keluar negara. Tapi sekarang I menyesal tak ambil peluang tu. Kalau tahu benda akan jadi macam ni.’

‘Apa dia dah buat?’

‘First day masa daftar PASUM, dia terkejut tengok kita dekat dalam dewan. Dia macam tak boleh percaya yang kita akan masuk PASUM sama-sama dengan dia. Sebab dia ingatkan yang kita akan ambil biasiswa ke luar negara tu. Tapi sebabkan dia, kita tolak. And ambil PASUM. Ambil jurusan fizikal. Tak kisahlah walaupun tak sekelas asalkan jumpa juga dia dekat sini. But you know what Zaman.’

‘Apa dia…?’

‘On the first day. Dia terkejut jumpa kita dekat dalam dewan. Bila kita beratur nak keluar dewan, masa tu dia tarik tangan kita. Dia bawa kita ke tandas. Kamu tahu apa soalan dia yang pertama?’

Apa dia tanya awak Zikri?’

‘Dia tanya,’Apa awak buat dekat sini. Bukan nak ke luar negara ke? Kenapa datang dekat sini?’. Itu yang dia tanya dekat kita Zaman. Dia seolah-olah macam tak percaya yang berdiri depan dia masa tu adalah Zikri Abdullah.

‘And kamu balas apa lepas dia cakap macam tu?’

‘Kita jujur. Cakap yang betul. Cakap yang kita pilih PASUM sebab kita nak kejar dia balik. Nak cari dia. Nak bersama dengan dia.’ Suara Zikri semakin mengecil bila sebut yang dia nak bersama dengan si dia. Seolah-olah ada kekesalan. Seolah-olah ada kekecewaan.

Aku tak sanggup nak sambung apa-apa. Sebab jelas kelihatan yang dia tengah sedih. Mata yang tadi hanya berkaca, sekarang dah mengalirkan air mata. Aku satu-satunya orang yang ada depan dia jadi tak senang duduk.

‘And then dia balas, dia cakap, ‘Sudahlah Zikri. Kita dah besar. Kita bukan budak sekolah dah. Hubungan ni takkan ke mana. Takkan bawa kita ke jinjang pelamin pun. Bukannya kita boleh kahwin ke apa. Lambat laun, kita akan berpisah juga Zikri. Please faham.’

‘Itu yang dia cakap dekat kita. Hati kita meronta-ronta. Rasa nak menjerit masa dia luahkan begitu. Rasa macam hidup ni dah tiada maknanya lagi. Rasa kosong untuk seketika.’

‘Then kamu balas apa dekat dia?’

‘Kita just cakap yang kita tak sanggup nak berpisah dengan dia. Zaman, 4 tahun kami bersama Zaman. 4 tahun. Bukan senang nak lupakan dia. Tak senang Zaman. Tak mudah kita nak lupakan dia macam tu je.’

‘And Zaman awak tahu apa yang lebih menyakitkan?’

‘Apa dia?’

‘Dua minggu lepas tu. Mungkin sebab dia tak tahan dengan kita. Asyik mesej dia je. Asyik datang bilik dia. Dia kata dia nak buat hubungan seks dengan kita. Dia kata kalau itu yang kita nakkan, dia boleh bagi, Tapi jangan kacau dia. Dia siap boleh cakap, kalau lepas ni kalau andai kata kita nak, dia boleh bagi. Zaman awak faham tak perasaan kita macam mana? Awak faham tak? Being gay, is not all about sex. No. Kita just nak ada lelaki yang boleh sayang kita. Boleh jaga kita. Itu je. Bukan hubungan seksual yang kita cari. Bukan. Kita tak pernah minta pun. Tapi dia boleh cakap macam tu. ‘Kalau awak nak, saya boleh bagi tapi please jangan kacau atau ganggu hidup saya dah lepas ni.’ Manusia jenis apa dia tu Zaman. Manusia jenis apa dia tu?’

‘Zikri.’ Kali ni aku betul-betul tergamam. Kali ni aku betul-betul tak tahu apa yang aku boleh tolong untuk sekurang-kurangnya redakan kesedihan Zikri. Aku memang bodoh waktu tu. Tak tahu nak buat apa. Being gay is not all about sex my dear. It was not all about having sex. No. Itu yang ramai orang dekat luar sana tersalah tafsir. It is not all about sex. Kadang-kadang mereka hanya memerlukan teman dan insan yang bisa memberikan mereka kasih sayang. Itu je.
Lepas habis makan, kami terus ambil teksi dan balik ke UM. Malas nak balik lewat. Sebab kalau boleh sebelum senja dah nak sampai bilik dah. Nak berhibernasi dalam bilik menikmati hujung minggu dengan amannya.


2 minggu sebelum peperiksaan. Minggu-minggu yang orang kata tough la untuk kami semua. Banyak subjek yang kena cover. Kena baca, kena hafal. Kena faham. Banyak. Terlalu banyak. Masa-masa genting macam ni memang semua akan luangkan masa dekat bilik menalaah selagi mampu. Belajar sampai rasa nak meletup kepala. Tapi lebih rilek, sebab dah tak ada kelas. Jadinya, boleh tidur dan bangun pukul berapa pun yang kau nak. Tak kisah. Tapi benda paling tak best masa studyweek adalah aku akan sentiasa lapar dan nak makan sesuatu. Sentiasa nak kunyah something. Macam biasa. Nak turun bawah. Malas nak pergi seorang-seorang. Jadinya aku mesej la Zikri.

‘Zikri, lapar. Cari benda nak kunyah jom. Dekat bawah.’

Sambil menunggu Zikri nak reply. Aku pun membelek la lagi kertas-kertas tutorial yang ada. Orang kata masa itu emas. Tak boleh nak dibazirkan. Selagi ada masa, selagi itulah kita cuba untuk manfaatkan. Jangan pernah buang masa.

*10 minit kemudian*

‘Ish, mana Zikri ni. Tak balas-balas pun mesej. Tidur ke kan. Haish, itulah. Asyik tidur lambat je. Dah bangun pun liat dah. Baik aku call dia. Kang sampai ke senja dia membuta kang.’

‘Trrutt trrutt… Trrutt trrutt… Yu have reached the mailbox of zero one two, five…’ Cuba lagi la.

‘Eh, tak berangkat pula. 6 kali dah aku cuba call ni.’ Hati mula rasa tak sedap. Macam ada benda yang berlaku. Nak turun la.’

Aku gigihkan turun ke bilik Zikri. Bilik dia tingkat 4. Aku pula Tingkat 6. Agak jauh. Sebab blok lain-lain. Tapi gigihkan juga. Sebab rasa macam ada yang tak kena je. Ya la. Mesej tak balas. Call tak angkat. Sampai je depan bilik 423. Aku terus ketuk pintu.
‘Zikri… Zikri… Tidur ke? Bangun weii. Dah pukul 4 dah ni!’ Jerit aku. Tak kisah la siapa pun dengar. Lantakkan. Asalkan aku nak kejut kawan aku ni hah.

‘Zikri…! Zikri…!’ ada orang buka pintu bilik kemudian terus Zikri peluk aku. Tak sempat nak buat apa-apa. Yang aku dengar esakan dia. Menangis? Tapi kenapa? Stress sangat ke?

‘Zikri. Are you okay? Kenapa ni awak? Ada masalah ke? Kenapa awak menangis sedahsyat ni?’

Zikri terus berdiam. Dia tarik tangan aku masuk ke dalam biliknya. Gelap. Roommate dia tak ada. Ya la, budak KL je. Senang la nak ulang alik dari rumah ke PASUM. Zikri tanpa berbicara apa, dia terus duduk atas katil dia. Membisu. Tak cakap apa-apa pun. Senyap je.

‘Zikri. Talk to me. Are you okay dear? Are you okay? Kenapa ni? Jangan buat kita takut.’

‘Zaman. I terkena lagi Zaman. Kali ni I memang terkena.’ Zikri menangis kali ni. Menangis yang membuatkan dia tersedu.

‘Terkena? Terkena apa? Apa yang terkena? Apa semua ni? Tell me from A to Z please.’

Dia tak menjawab. Malah, terus menangis.

‘Hm. Takpe la. Take your time Zikri. But, kamu tak boleh terus macam ni. Exam nak dekat dah ni. Kena fokus. Jangan biarkan emosi kamu mengganggu. Nanti sayang pula.’

‘Zaman, aku ni bodoh Zaman.’ Tiba-tiba dia balas begitu. Apa yang dia maksudkan. Kalau dia nak kata dia bodoh dalam pelajaran, takkan la. Dia pandai kot. Antara yang cemerlang dalam kelas. Semua orang akan tanya soalan dekat dia bila ada masalah yang tak boleh nak diselesaikan dalam mana-mana subjek. Kira jadi rujukanlah dia ni sebenarnya.

‘Kenapa cakap macam tu. Belum cuba belum tahu Zikir. Plus kau pan…’

Belum sempat aku habiskan ayat, dia mencelah.

‘Haha, bukan yang itu Zaman. Tapi bodoh dalam kehidupan. Aku tak pandai menilai mana yang betul. Mana yang tak betul. Mana yang ikhlas. Mana yang tak ikhlas.’

Aik, kenapa main ikhlas tak ikhlas ni. Aku dah bau sesuatu. Mesti ada yang tak kena.

‘Zikri. Kenapa ni? You tengah break down sangat-sangat ni sayang. Why? What happended ni sebenarnya? You better tell me now Zikri.’

‘Tengok atas meja kita Zaman.’

Tengok atas meja pula. Apa benda dia ni. Nak main explorace ke apa. Orang tanya dia sihat ke tak, dia boleh suruh kita tengok meja dia.

‘Hm, ada apa je. Nota. Nota. Kalkulator. Apa benda je atas meja awak ni?’ Sungguh, aku tak perasan apa-apa pun masa lihat kali pertama. Mungkin aku tak bersungguh-sungguh nak tahu pun apa yang ada dekat atas meja tu. Tiba-tiba

‘Wait! What is this???!! Zikri. Is that tisu penuh dengan darah? Oh my gosh. What happened dear? Did you try to…’

‘No Zaman. No. Tak.’ Zikri cakap dalam keadaan tak bermaya. Dia bangun dari katil dia. Datang ke arah aku. Dan tunjuk tuala dia yang berlumuran darah. Tak banyak. Tapi cukup untuk membuatkan tuala itu bertukar warna.

‘What really happened Zikri? Please tell me. Tell me now.’

‘Zaman, kita malu. Malu nak cerita. Kita malu!’

‘No. Jangan nak malu-malu dengan Zaman. Please. Dalam kepala Zaman ni macam-macam dah terlintas ni. Please I’m begging you. Please.’ Aku genggam tangan dia erat-erat. Mohon, merayu untuk dia ceritakan. Dengan apa yang aku nampak depan mata. Macam-macam spekulasi aku boleh bagi. Tapi aku nak dengar dari mulut dia sendiri. Nak dengar dia cerita semuanya. Nak dengar dia terangkan betul-betul semuanya bagi jelas.


‘Kita belikan makanan ae dekat bawah. Kamu nak makan apa?’ Aku temankan dia seharian dekat bilik. Sebab nak pastikan dia okay. Tapi still dia tak ceritakan apa yang berlaku. Takpe la. Aku tak nak paksa dia. Lepas kemas-kemas bilik dia. Cuci tuala dia. Buang semua tisu-tisu dengan kesan darah tu. Aku pun turun bawah belikan dia makanan. Kot kot dia lapar ke kan. Padahal yang lapar tu aku. Dari tadi tak makan. Temankan Zikri dalam bilik.
Balik je aku dari kafe.

‘Zaman. Kita ni bodoh. Tak tahu menilai keikhlasan orang. Disebabkan layan sangat perasaan kita lupa semua. Kita lupa dekat kamu Zaman.’

‘Zikri. Dah la. Stop it. If you tak rasa nak share anything, its okay. Just forget about it.’

‘It’s okay Zaman. Kita just rasa serba salah. Sebab kamu sangat ambil berat pasal kita. Thanks Zaman.’

‘You’re welcome Zikri. Nah makan ni.’

‘Malam semalam dia mesej kita. Dia kata nak jumpa. Tapi jumpa dalam bilik ni. Zikri terkejut juga. Dah lama Zikri cuba lupakan dia. Tapi end up, dia yang mesej dulu. Nombor dia dah lama kita padam. Lepas Zaman suruh kita padam, kita terus padam. Malas nak berhubung dengan dia dah. Nak bina kehidupan baru. Konon.’

Mungkin dia dah nak start bercerita. Aku senyap je. Sambil bukakan air milo ais ikut penuh yang aku belikan untuk dia. Perlahan-lahan aku buka. Seolah-olah menghormati dia yang baru nak mula bercerita.

‘Dia ajak jumpa malam semalam. Kata dia urgent. Dia nak jumpa kita. Sungguh-sungguh dia kata. Bodoh kan. Kita pun ikutkan je la. Kita balas mesej dia. Cakap. Datang je la. Awak tahu nombor bilik saya kan. Saya ada je dekat dalam bilik. Tak ke mana pun.’

‘Zikri. You boleh stop if you tak selesa nak bercerita lagi.’ Serba salah pula rasanya.

‘Dia datang bilik beberapa minit lepas tu. Tapi bukan dia seorang je. Dia bawa kawan dia. Kita tak kenal siapa kawan dia tu. Sebab tak pernah jumpa sebelum ni. Mungkin kenalan luar. Kita benarkan dua-dua masuk. Waktu tu, pertama kali tengok muka dia sedekat tu. Rasa jatuh hati semula. Walaupun pada awalnya kata nak move on. Tapi susah. Sebab kita tak pernah lepaskan dia pergi dari ingatan. Dia masuk. Dia tanya khabar. Kami berbual macam biasa. Macam tak de apa yang pernah berlaku antara kami dulu. Macam seolah-olah dia lupakan apa yang dia buat dekat kita dulu masa awal-awal PASUM.’

‘Then, apa dia buat Zikri?’ Aku telan air liur. Takut. Menunggu apa yang dia nak ceritakan selanjutnya.

‘Dia duduk dekat atas katil kita. Dekat penghujung katil. Hah, dekat situlah dia duduk. Kawan dia duduk sebelah. Senyap. Mungkin janggal masuk bilik orang yang dia tak kenal kot. Sembang macam biasa. Antara kita dengan Zul. Masa tu juga kita duduk dekat meja. Sebab malas nak menghadap muka dia. Kalau boleh kita nak jauhkan diri dari dia. Nak lari. Sebab makin lama kita pandang, kita tenung muka dia. Makin kita rindu, makin kita sayang dekat dia. Bila kita pandang mata dia, kita akan ingat pada semua kisah-kisah lama kami masa dekat sekolah dulu. Banyak kenangan Zaman. Banyak.’

‘Kita faham Zik..’

Seperti biasa, dia potong line aku.

‘Tiba-tiba dalam rancak bersembang. Keadaan jadi senyap seketika. Ingatkan dia dah pergi. Tapi kawan dia masih duduk dihujung katil. Sedar tak sedar. Zul dah ada dekat belakang kita. Tiba-tiba dia peluk kita dari belakang. Zaman…’

Zikri menangis. Aku seolah-olah dapat mengagak apa yang berlaku sebenarnya.
‘Zaman. Kita tewas Zaman. Kita tewas. Bunyi nafas dia. Buatkan kita teringat zaman sekolah. Masa kami bersama-sama dulu. Bila dengar pujukan rayu dia. Kita tewas Zaman. Kita tewas.’

‘Zikri. So malam tu juga?’

Zikri senyap. Tanda dia mengiyakan soalan aku.

‘Eh, kejap. Bukan kawan dia ada sekali ke malam tu? Don’t tell me…’

‘Ya Zaman. Ya.’



Bersambung... 



Thursday, 3 December 2015

GEBE 18: MAAF AKU TAK SELESA

‘Nyah ! Kau kenal Ilman nyah? Ya Allah. Bergetar apam nok tengok dia.’

‘Ilman mana nok? Tak kenal la mek.’

‘Ala, Ilman budak Kolej 3 tu. Yang main keyboard untuk FESENI kolej dia tu. Kau rasa nyah. Badan dia. Tough gila.’

‘Oh, budak tu. Tahu2!! Taste u la nok. Mek tak taste.’

‘Dada dia nok, kalau sembamkan muka sure lemas nok. Dia main gim sekarang nok. Kau rasa nyah? Mana tak badan dia macam tu. Masa dekat PASUM biasa-biasa je badan dia. Orang kata kurus keding je badan dia.’

‘Yeke. Tapi nampak la. Sebab beza kot dari tahun lepas dengan tahun ni. Lately, dia nampak yummy. Inzal nok tengok.’

‘Khennn, Maria (nama samaran kawan mak). Kau memang memahami nok. Hhahha’

‘Eh Sal, kau ok tak? Nampak senyap je. Tak sihat ke?’ Mak tanya. Maria pun macam perasan juga perubahan pada muka Sal. Atau nama penuhnya Salleh.

‘Eh, aku ok je. Korang sembang je la. Hihihi.’ Sal hanya menjawab itu. Ringkas. Sambil senyum tawar diberikan.

‘Hm, ok.’ Maria buat muka kat mak. Tapi takpe la. Biarkan aje. Sebab mungkin Sal tak de mood hari ni kot. Penat mungkin. Semalam seharian dia tak de dekat kolej. Keluar gamaknya.


Malam tu agak penat. Sebab minggu depannya kuiz uolss. So, memang kaedahnya kena pulun la minggu ni baca serap segalanya. Semuanya ada 4 subjek. Dan kena hadam keempat-empat subjek yang ada. Memang memenatkan. Sesekali mak ada juga curi-curi skrol susurmasa Twitter. Tengok siapa yang meroyan. Siapa yang ada tweet-tweet sedih ke kan. Itulah hobi mak tatkala bosan selain upload gambar di Instagram.
‘Tuk.. Tuk.. Tuk..’ Pintu bilik mak diketuk.

‘Aduh sape pula tu?’ Bisik mak dalam hati. Kalau nak diikutkan, malas nak layan.

‘Tuk.. Tuk… Tuk…’

‘Aduyai, masuk ler ! Pintu tak kunci uolss.’ Mak memang jenis pemalas nak kunci pintu. Bukan apa. Sebab malas nak duduk bangun nak buka pintu. Kalau ada yang ketuk nak masuk. Mak akan jerit je dari dalam. Suruh masuk.

‘Masuk ler....’

‘Nyah!!!!!!!’ Ton jerit dengan meriahnya. Biasalah pondan. Kalau tak meriah, tak sah. Dia tak datang seorang. Dia datang berdua. Dengan Salleh. Atau nama manjanya Sal.

‘Hah, Ton. Eh, Sal pun ada. Masuk la nok. Maaf ler bilik mak bersepah sikit uolss. Almaklum ler tengah study. Hhahaha’ Seloroh mak. Ya la kan. Takkan mak nak serius je muka kan. Tahu ler stress dengan study, tapi kalau tetamu nak masuk bilik apa la salahnya lemparkan senyuman sikit.  

‘Nok, study ke?’ Ton tanya benda yang dah OBV mak memang tengah study masa tu. Melayu kan. Udah jadi adat dan budaya. Memang suka tanya benda yang dah jelas-jelas depan mata.

‘Aah nok, study ler. Buat apa lagi. Next week kan mak ada test nok. Kena ler belek-belek apa yang patut. Hah, Sal. Kau dah habis cover dah weii?’

‘Belom weii. Banyak lagi. Aku baca awal-awal ni nanti bukan masuk kepala pun. Kena baca dah nak dekat-dekat nanti. Aku serap je semua.’

‘Untunglah kau Sal. Otak serap. Aku ni memang kena baca dari awal. Kalau tak nanti memang susah aku nak hafal. Kena faham semua benda dulu. Haih. Banyak weii.’ Kalau bab merungut memang bagi kat mak la. Hhahahha. Memag dahsyat kalau merungut ni.

Malam tu memang mak, Sal dan Ton bersembang sakan. Takpelah. Bagi mak dorang tak ganggu pun. Sebab mak pun dah malas nak belek buku dah. So, bersembang sakan la kami. Hhaha. Sampai la tiba-tiba Ton buka cerita pasal seorang lelaki. Gossip la uolss.

‘Zaman, kau kenal budak nama Emar? Kenal tak?’

‘Emar? Tak kenal la. Yang mana ni? Budak kolej ni.’

‘Ya, budak kolej ni. Emar. Budak Kelantan tu. Budak first year tu uolss.’

‘Yang mana ni. Tak perasan la.’ Mak memang blurr kalau bab nak ingat-ingat watak ni. Susah nak melekat dekat kepala. Susah sangat.

‘Ala, yang hari tu uolss kata dia herlok dekat kafe tu. Yang masa tu dia pakai singlet dengan kain pelikat je tu. Yang badan sedap2 tu uolss. Takkan lupa kot.’

‘Oh, mai ! Yang tu kan. Yes2 kenal. Oh, nama dia Emar. Ok baru tahu. Maaf ler mak tak berapa nak kenal first year tahun ni uolss. Sebab macam sendu je budak-budak tu. Hah, kenapa dengan dia uolss?’ Ton kalau datang bilik mak. Tak lain tak bukan. Mesti nak mengeji mengutuk ataupun mengumpat. Hobi. Hhaha

‘Uolss tahu tak. Dia terkantoi dengan Maria uolss. Terkantoi!!!’ Sambil menggoncang tangan mak. Seronok betul Ton bercerita kali ni.

‘Seronok betul kau. Bergoncang tangan aku ni hah. Terkantoi apanya? Maria?’

‘Iye. Dia kantoi dengan Maria nok. Tahu tak. Sebenarnya dia tu gebe’ juga. Bottom nok ! Melepas aku.’

‘Wait what???!!!! Bottom. Babe, Takkan la kot. Takkan la.’ Mak macam tak percaya apa yang mak dengar. Sebab takkan la Emar, badan sado tu. Boleh jadi bottom pula. Plus, dia tu indah mata memandang uolss. Sangat indah.

‘Iye Zaman dia tu..’ belum sempat Ton menerang panjang lebar. Sal bangun dari tempat dia duduk. Terus beredar dari bilik mak.

‘Korang, nak pergi tandas sekejap ya.’
Perbualan kami terhenti seketika. Masing-masing memandang kea rah Sal yang terus beredar dari bilik tu.  
‘Eh, sambung-sambung sembang. ‘

‘Ahh, Ok.’

Tiba-tiba suasana jadi janggal. Janggal buat mak. Tapi macam tak dekat Ton. Muka dia macam biasa je. Tunggu Sal melangkah keluar dari bilik. Lepas tu sambung cerita dia.

‘Hah, dekat mana tadi?.. Ah. Iya Zaman. Maria sendiri cerita dekat aku. Dia tunjuk dekat aku lagi nok. Maigad !!!!’

‘Kejap.’

‘Kenapa Zaman?’ Ton berubah muka. Sebab mak tanya kenapa. Mencelah cerita dia. Ton memang paling tak suka sebenarnya orang potong cerita dia. Tapi mungkin riak muka mak masa tu yang agak serius. Dia tak teruskan bercerita. Malah nak tahu apa yang mak nak suarakan.

‘Kenapa dengan dia ya sebenarnya. Sebab tiba-tiba jadi pelik. Muka dia terus berubah tadi. Kenapa dengan dia? Tak sihat ke? Or aku ada salah cakap?’ Sebab Ton dah mula tanya. Mak menggunakan peluang yang ada untuk terus tanyakan soalan tanpa lapik-lapik.

‘Pelik? Muka dia berubah ke tadi? Ada ae? Tak perasan pula aku. Hhaha.’

‘Ya la. Berubah. Terus tunduk tadi. Sebelum ni masa aku keluar dengan Maria pun dia jadi macam tu juga. Pelik la kami. Sebab ingatkan mungkin kami ada tersalah cakap ke kan. Mana la tahu. Mulut aku ni kadang-kadang main lepas je. Tak fikir apa-apa.’

‘Hmmm. Zaman.. Dia tu..’

Mak senyap. Menunggu jawapan dari mulut Ton selaku yang paling rapat dengan dia. Sebab serba serbi Ton tahu pasal Sal. Sebab kaedahnya Sal tu reaksinya sama seperti waktu kami keluar bersama dulu. Apa…

‘Dia sebenarnya tak selesa sebenarnya Zaman.’

‘Apa yang dia tak selesanya?’ Mak jadi macam tertanya-tanya. Apa yang membuatkan dia tak selesa. Apa yang mak buat sampai dia tak selesa. Apa mak ada buat salah dengan dia ke. Ke mak pernah terumpat dia? Biasalah kan mulut pondan.

‘Dia sebenarnya tak selesa dengan kita. Perasan tak setiap kali kalau kita sembang pasal jantan, mesti dia akan berubah. Mesti dia akan tunduk je kan. Katanya dia tak selesa nok.’ Ton cakap.

‘Tapi kenapa? Kenapa tak selesa? Bukan dia tak lembut juga ke? Hm. Pelik la dia tu.’

‘aah, dia memang tak selesa. Dia sendiri cakap dekat aku. Dia memang tak selesa bila kita semua sembang pasal jantan. Pasal benda2 gay2 ni. Dia tak suka. Sebab dia kata kat aku, dia awkward. Sebab dia tak biasa.’

‘Yeke. Ok. Poyonya. Hhaha’

‘Kan. Tapi biarlah dia nok. Dia memang macam tu. Selalu rasa tak selesa la apa la. Padahal pondan juga. Entah. Kita hormat je la pendirian dia nok ya. Nak tak nak, dia kawan kita nok. Kita kena hormat juga.’

‘mak faham nok. Bukan semua pondan melachur nok. Hhaa. Faham la. Lepas ni kita tak sembang dah la pasal benda –benda tu depan dia nok. Kesian dia. Aku pun tak nak mengajar benda yang bukan-bukan dekat dia.’


Sudah berapa lama mak dan yang lain dengar khabar dari dia. Mungkin dia sibuk sangat kot. Ya la. Dah tak sekolej. Jadinya, nak berhubung susah sikit. Satu hari mak bosan. Malas nak buat assignment, malas nak buat segalanya. Malas. Mak online Twitter, Facebook sepanjang hari. Tiba-tiba di ruangan Who To Follow’ ada satu akaun yang mak sendiri rasa macam kenal. Ya la. Dia letak muka sendiri. Jadinya mak kenal la kan.

‘Pelik. Kenapa aku tak follow dia. Bukan aku dah follow dia ke. Hm.’

Maka dengan naifnya, mak tekan pada akaun dia. Akaun Sal. Tapi kali ni, lain nama yang tertera. Berbeza. Sangat berbeza. Mungkin ini akaun kedua dia. Barangkali akaun pertama dia yang mak follow sebelum ni dia dah deactivate. Mungkin. Husnudzon nok. Hhaha.

You Are Blocked From Viewing His/Her Tweets

‘Wait. What?? Takkan dia pun kot. I mean Shaz dah block aku. Takkan dia pun sama. Ok. Like. Ok. I’m shocked.’ Disebabkan terkejut mak bermonolog seorang diri ya. Kau rasa nyah.

Tapi mak tetap nak stalk tweet2 dia. Tetap gigih. Mak memang ada acc tweet lain. Makanya mak follow guna acc tweet yang itu. Semata-mata nak stalk mereka. Satu-satu mak baca. Satu per satu. Tanpa tertinggal ya. Dari yang latest sehinggalah ke yang lama-lama.

“Sedang menggoda suami orang... shit i've gone down low. Kena padam nombor telefon dia sekarang juga!”

“Tapi i x puas membottom lagi”

“Almost commit murder with his dick.”

“Gay friends please turn off ur Grindr and other gay apps when we are hanging out!!!!”

Mata terbeliak. Mulut terbuka luas. Tangan kaku. Kaki bak tidak dapat dirasa, bagaikan kebas.

‘Maaf aku tak selesa.’ Itu dulu. Konon.

Sekarang?

I rest my case.