Ego,
Milik setiap
insan.
Dibenci
kerana ini,
Disuka juga
kerana ini,
Terpulang
kepada pemilik untuk mengurusnya.
Ego,
Bisa jadikan
kita buta,
Buta dari
realiti,
Buta dari
mengenal
Yang mana
satu permata,
Yang mana
satu manikam.
Yang mana
satu dusta,
Yang mana
satu bahagia.
Ego,
Buat kita
tuli,
Dari
mendengar apa yang sekeliling berkata,
Katanya,
persetankan mereka.
Tapi sampai
bila?
Ego,
Membuat kita
diam membisu,
Menutup
luka-luka lama,
Dengan
harapan nampak sempurna semuanya.
Tapi sampai
bila?
