Powered By Blogger

Tuesday, 31 December 2013

Tahun Baru

Assalamualaikum. Salam sejahtera semuanya.

Terima kasih, kerana sudi untuk membaca apa yang suka saya carutkan dalam nukilan-nukilan sebelum ini.

Terima kasih kerana sudi juga untuk membuka laman sesawang yang tidak seberapa ini.

Terima kasih kerana sekurang-kurangnya menyokong penulisan anak melayu yang tidak sehebat mana ini.

Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan.


2013 sudah berlalu. Selamat tahun baru kepada semua saya ucapkan. Saya percaya anda semua pasti punyai limpahan azam tahun baru yang ingin dilaksanakan. Namun, harus diingatkan setiap yang kita azamkan itu memerlukan disiplin dan kerahan tenaga yang tinggi walaupun ianya hanya sekecil-kecil azam. Azam tahun baru tidak ubah seperti perjanjian yang kita lakukan pada diri sendiri. Jadi wajar untuk kita kecapi. Walaubagaimanapun, saya doakan semuanya dapat dicapai dengan jayanya.


In sha Allah.


2013 banyak meninggalkan kesan kepada diri saya. Kepada Zaman Ismail. Seorang insan yang masih lagi meraba-raba mencari halatuju yang belum lagi jelas. Kabur semuanya seperti kaburnya penglihatan mereka yang rabun. Tahun 2013 merupakan satu-satunya tahun sepanjang 20 tahun aku bernafas di bumi Malaysia ini, yang banyak mengajar aku akan erti kehidupan yang sebenar. Ya ! Dunia bukan lagi sekadar hitam dan putih seperti yang kita sangkakan. Dunia bukan lagi tempat untuk yang indah-indah belaka. Dunia hanyalah sebuah ilusi semata. Ilusi yang memerlukan kita untuk mencoraknya. Hanya orang yang kuat mampu menempuhi dugaan di dunia. Itu yang saya pelajari.

2013 juga mengajar saya, jikalau engkau goyah, maka engkau tidak akan berjaya dalam hidup. Ya ! Itu yang saya pelajari. Menjadi seorang pelajar perubatan tidaklah semudah yang disangka. Diluarnya tampak indah, namun hakikatnya hanya Allah sahaja yang tahu betapa peritnya hari-hari yang saya lalui  tanpa ada sokongan dari sekeliling. Mereka katakan yang mereka menyokong, walhal itu hanyalah dusta belaka. Yang ada hanyalah Allah dan doa kedua-dua ibubapaku. Ya ! itu sahaja yang saya ada. Tetapi itu lebih dari cukup. Kerana itu sahaja yang aku perlukan.

Jikalau engkau jatuh, maka bangkit semula. Bangkit semula walaupun ada yang cuba menendang engkau untuk jatuh menyembah tanah. Ya ! itu yang saya pelajari. Bangkit walaupun terpaksa menanggung kesakitan. Bangkit walaupun pedih untuk ditelan.
2013 mengajar saya bahawa sahabat yang kita miliki tidak semuanya berada bersama kita kerana masing-masing punyai niat dan agenda tersendiri yang hendak mereka capai. Maka sebab itu, mereka mudah lupa akan hati dan perasaan orang lain. Betul ! mereka mudah untuk melukakan hati kita. Tidak diketahui samaada mereka sedar atau tidak. Namun hati kecil aku berkata:

“Eh, kita sudah dewasa.

Punyai akal dan fikiran.

Tidak hati dipermainkan, jikalau memang sudahnya niatnya.”


2013 juga mengajar saya, bahawa setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Ya ! maka benarlah kata orang-orang tua dahulu. Setiap kepahitan yang menimpa ada kemanisan yang bakal muncul disebaliknya.

Bermonolog aku:
“Ketika kita mengharapkan hari panas, Allah turunkan ribut. Kita marah, kita memberontak. Tetapi disebalik ribut yang melanda, kita tidak tahu sebenarnya Allah mahu berikan kita pelangi yang sangat indah. Maka kita tatap pelangi itu, dan kita mula berfikir. Apa yang aku sudah lakukan selama ini.”


Suatu perbuatan yang menimbulkan suatu penyesalan sehingga bisa membuat lidahku terkelu.

Tidak tahu apa yang patut diungkapkan.

Hanya ucapan ‘Alhamdulillah’ yang mampu diucap.


Sabar, Telan, Hadap. Tidak perlu memberontak. Tidak perlu marah. Tidak perlu juga untuk sedih. Kerana hari esok masih ada. Bekerjalah kamu seperti kamu ingin hidup 1000 tahun lagi, dan beribadahlah kamu seolah-olah kamu akan mati pada keesokan hari.


P/S: Jom ! sama-sama menjadikan tahun 2014 menjadi lebih dahsyat daripada biasa. 

Friday, 27 December 2013

Ilmu Itu Umpama Cahaya: siapa kamu.

Ilmu Itu Umpama Cahaya: siapa kamu.: Aku seolah-olah tidak lagi mengenali siapa mereka. Siapa mereka yang dahulunya aku kenal. Kenal dengan perwatakan yang berbeza. Itu yang me...

siapa kamu.

Aku seolah-olah tidak lagi mengenali siapa mereka. Siapa mereka yang dahulunya aku kenal. Kenal dengan perwatakan yang berbeza. Itu yang membuatkan mereka itu istimewa di mataku. Namun sekarang semuanya sudah lain sama sekali. Berbeza kerana masing-masing  sibuk mengejar glamor dan populariti. Walaupun tidak dizahirkan di bibirmu, namun ianya jelas terpancar pada perlakuan.


Kamu ! kamu yang ini tidak lagi ku kenali.

            Semua hanya mahu untuk diagungkan. Semua hanya mahu dipandang orang lain di atas pencapaian yang bukan engkau usahakan. Atas kerana titik peluh orang lain, kemanisan itu kamu ratah seorang. Kemudian diuar-uarkan pada semua seolah-olah itu kamu yang usahakan. Sedih. Sedih melihat kamu berubah begitu mendadak. Dalam setahun perkenalan kita, ini sudah banyak taringmu kelihatan. Jangan sampai beekor pula di kemudian hari nanti.


            Pada mulanya pelbagai amanah kamu tagihkan. Apabila amanah itu kamu sudah peroleh, seperti kera mendapat bunga pula jadinya. Apakah ini yang kamu cari selama ini? atau kamu punyai rencana lain? rencana yang lebih bagus?


            Tak ke mana pun kalau nama yang dicari. Tak boleh bawa kamu terbang ke tempat yang ingin dituju. Tidak. Ianya tidak akan pernah berjaya jikalau prestasi yang ini kamu tonjolkan. Maka selamat maju jayalah dalam percaturan nanti. Pesanku, jangan lama-lama menghilang. Kembalilah seperti diri kamu yang dahulu. Aku rindu kamu yang dahulu.



            Atau mungkin ini adalah warna kamu yang sebenar…

Saturday, 14 December 2013

Ilmu Itu Umpama Cahaya: Tips Belajar Untuk Semua...

Ilmu Itu Umpama Cahaya: Tips Belajar Untuk Semua...: :: TIPS BELAJAR for MUSLIM STUDENT! :: 1) Sebelum belajar, niat bahawa aku belajar ini kerana Allah S.W.T . Setiap kali mahu keluar bil...

Tips Belajar Untuk Semua...

:: TIPS BELAJAR for MUSLIM STUDENT! ::

1) Sebelum belajar, niat bahawa aku belajar ini kerana Allah S.W.T.

Setiap kali mahu keluar bilik untuk pergi kuliah, sentiasa ingatkan diri, aku menuntut ilmu ni kerana Allah S.W.T. Banyak kelebihan bagi orang yang menuntut ilmu.

Jangan rasa tertekan jika kelas bermula seawal jam lapan pagi dan habisnya pula dalam pukul lima petang. Tetapi fikir bahawa sepanjang proses menuntut ilmu ini, Malaikat akan sentiasa mendoakan kita. Jadi, kita tidak akan rasa terlalu tertekan jika kelas itu tersangatlah lama.

2) Disiplinkan diri.

Setiap kali mahu study, mesti baca satu muka surat al-Quran sebelum bermula waktu study itu. Jadi, pasti kita tidak tinggalkan al-Quran walau sesibuk mana pun kita.

3) Kembalikan cas-cas positif dalam diri supaya tiada ruang untuk syaitan menghalang kita menuntut ilmu.


Apaila kita rasa tertekan kerana berkali-kali sudah membaca topik tersebut, tetapi tetap tidak faham, dan akhirnya, kita rasa putus asa dan terus tutup buku. Dan yang lebih bahaya, mind setting akan mengatakan topik ini sangat susah dan tidak menarik. Akhirnya, kita tinggalkan terus topik itu hingga akhirnya kelam kabut waktu menjelang peperiksaan.

Jadi, apa kata kita cuba tips daripada ‘salafus soleh’ terdahulu. Apabila ada sesuatu yang menghalang fokus, mereka pergi perbaharui wudhuk dan solat sunat dua rakaat.Jika kita seperti ini, sekurang-kurangnya dapat perbaharui wudhuk sudah memadai.

4) Utamakan seruan Allah S.W.T.

Part paling penting! Apabila sedang khusyuk study, tiba-tiba azan berkumandang. Berhentilah sebentar untuk menyahut seruan Allah S.W.T. Tidak lama pun solat ini. Jadikan ia sebagai terapi diri selepas penat belajar. Imam Ghazali ada mengatakan bahawa:

"Orang yang menyahut seruan azan dengan serta merta meninggalkan segala urusan untuk menunaikan solat berjema’ah, di akhirat kelak, dia akan dijemput oleh Allah S.W.T dengan penuh lemah-lembut dan menjadi tetamu-Nya."

Jadi, setiap kali rasa berat punggung mahu berhenti study untuk solat, ingat kembali, jika aku mahu dijemput oleh Allah S.W.T di Akhirat kelak, aku perlu utamakan solat dahulu daripada kerja lain. Mana kita tahu bukan, kita lagi rasa mudah apabila belajar selepas selesai solat itu. Inilah namanya berkat. Apabila kita utamakan Allah S.W.T daripada benda lain.

5) Jangan lupa membaca doa dan ambillah wudhuk sebelum mula belajar.

Doa mohon Allah S.W.T memberi kekuatan dalam menuntut ilmu. Apabila kita ada wudhuk ini, kita akan sentiasa ingat bahawa belajar ini adalah satu ibadah yang sangat dituntut dalam Islam dan memudahkan lagi untuk kita terus solat jika sedang belajar, tiba-tiba azan. Kita tidak tahu dengan wudhuk itu, kita belajar lebih berkat.

……………………..……………………..………

Kesimpulannya, selamat beramal. Cubalah praktis tips belajar ini, matlamat kita bukanlah cemerlang dalam belajar semata, tetapi kita juga mahu keberkatan daripada Allah S.W.T. Ihfazillah yahfazka, ihfazillah tajidhu tijaahak (Jagalah Allah, nescaya Allah menjagamu).

Jadilah seperti Rasulullah S.A.W dan para sahabat yang hidupnya seimbang dunia akhirat, walaupun sibuk di medan perang dan sibuk mentadbir negara. Mereka lagi sibuk daripada kita, tetapi masih ada waktu untuk bangun tahajjud dan membaca al-Quran.

Buat pemburu dunia, jangan pula kita memberi alasan, mereka tidak sama macam kita, Iman mereka mantap kerana Rasulullah S.A.W ada di sisi. Kita tidak sehebat mereka. Andai itulah pemikiran kita, percayalah, selamanya kita akan menunduk ke bawah tanpa mendongak langit yang cerah di atas.

# via fb khalifah muda


diambil dari seorang hamba Allah yang sudi berkongsi. Semoga bermanfaat.

Saturday, 9 November 2013

RISAU

RISAU

Setelah mendengarkan cerita mengenai perangai sebenar mereka, maka terpanggil aku untuk menulis nukilan ini…


            Mereka punya ketua yang gah ! namun sayang, anak-anak buahnya tidaklah segah mana. Tiba-tiba, terbit rasa takut. Aku bermonolog, bagaimana kiranya nanti mereka menggantikan tempat yang di atas. Adakah masih ada sinar dan harapan? Atau nama yang sudah ditempa itu terkubur begitu sahaja. Setelah segala penat lelah, usaha dan kegigihan ketua mereka taburkan demi ‘ITU’, tiba-tiba hancur berderai.



            Tidak terdaya untuk aku capai tahap keegoan mereka. Sungguh tebal dan kukuh. Sudah keras dan tidak lagi boleh dilentur. Perasaan ‘rasa diri itu hebat’ bakal menjatuhkan mereka terbenam jauh ke bawah. Ibarat jentera berat tertimbus dek kerana tanah jerlus. Terus terbenam tiada siapa pun peduli.






Takut, Takut, dan takut untuk aku bayangkan apa bakal berlaku kelak. Sedih. Sedih. Sedih untuk aku fikirkan bagaimana nanti mereka pabila sudah berada di atas. Apalah nasib orang bawahan mereka. Pasti satu penyeksaan yang bukan sahaja menyeksa fizikal malah juga mental ! adakah pemimpin seperti itu yang kita cari? Tidak ! bukan dia yang kita cari.



Aku mengharapkan segalanya bakal berjalan seperti yang dirancang tanpa ada halangan-halangan yang tidak perlu di pertengahan jalan menuju wawasan. Maka, itu yang harus ketua mereka sedar dan mohon untuk bertindak dari sekarang.


Moga mereka terus maju kehadapan ! maju dengan seribu satu kekuatan bukan kelemahan.

Zaman Ismail. 


Thursday, 7 November 2013

RINDU

RINDU          



Pedih, sakit, gembira, sedih, suka, duka, lara, takut. Semuanya bercampur baur dalam lubuk hati ini. perasaan yang aku kira tiada siapa dapat ungkapkan. Satu per satu yang aku lalui dan dalam masa yang sama aku harapkan agar semua ini dapat mematangkan aku dalam berfikir. Mematangkan aku dalam tindakan. Mematangkan aku dalam pertuturan. 





Hati ini meronta-ronta meminta untuk pulang ke kampung halaman. Tetapi kerana ada yang menghalang, maka aku batalkan niat. Abah masih lagi belum pulih sepenuhnya. Along pula masih lagi belum sihat. Walaupun hari itu, hari terakhir aku menatap wajah mereka, namun aku tetap kuatkan hati. Dengan izin Allah, nanti kami akan berjumpa lagi.

           

Hanya gambar di telefon bimbit menjadi pengubat tatkala rindu…


Anak mana  tidak sayang pada orang tuanya…


Siapa tak rindu kalau sudah lama berjauhan. ..


Ya Allah, sampaikanlah salam rindu aku pada mereka melalui malaikatmu…


Lindungi mereka dengan perlindunganmu…








Aku disini merinduimu…

Wednesday, 6 November 2013

BENAR-BENAR RASA TERSEPIT

BENAR-BENAR RASA TERSEPIT

          

            Tersepit dengan tanggungjawab sebagai seorang anak dan tersepit dengan tanggungjawab sebagai seorang mahasiswa.


Kini aku benar-benar tersepit. Tersepit dengan perkara yang diri ini sendiri tidak rela. Tidak rela namun dek kerana tanggungjawab yang aku rasakan perlu, maka aku relakan juga. Diri ini berada dalam dilema. Dilema yang aku rasa boleh untuk aku lari, tetapi hanya mulut saja bisa melontarkan kata-kata berani itu namun tidak terdaya untuk aku laksanakan.


Bibir ini bisa katakan kata-kata berani melawan, tetapi hati ini tetap tidak sanggup. Cukup setakat ini. cukup sudah diri ini dicaturkan mereka-mereka yang ketagihkan kemegahan. Cukup ! aku sudah tidak sanggup melunaskan kata-kata mereka, kerana tiada seorang pun mendengar kata-kata aku yang kerdil ini. siapalah kita, hanya sekadar mencukupkan ruang-ruang kosong demi mencapai apa yang dirancang.


Belum terjawab lagi persoalan yang aku lontarkan. Tatkala aku bertanyakan mereka soal itu, tiada tanda-tanda keyakinan. Seolah-olah cuba sembunyikan sesuatu. Sesuatu yang mungkin boleh menjatuhkan mereka. Mungkin. Semakin lama aku bersama mereka, semakin banyak yang aku nampak. Semakin banyak yang aku belajar. Semakin banyak kepincangan yang aku lihat. Maka benar kata ‘dia’, jangan terlalu awal menyatakan konklusi. Sebaliknya, lihat dan nilai dahulu.


Bahasa Seorang Pemimpin

BAHASA SEORANG PEMIMPIN
           


 Apakah yang kita katakana dengan bahasa seorang pemimpin? Mungkin ada yang mentafsirkannya berbeza dengan apa yang saya ingin bawa pada nukilan kali ini. kerna memang sudah menjadi lumrah, bahasa itu subjektif. Bergantung pada orang yang mentafsirkannya. Jikalau mereka tafsirkan perkara-perkara yang elok., maka eloklah jadinya. Dan boleh juga jadi sebaliknya.
           


Sebagai seorang pemimpin, ketua, atau pengarah sekalipun. Perkara pertama yang anda perlu jaga ialah BAHASA. Jaga bahasa yang kita gunakan dalam memberikan arahan. Biar kena pada tempat dan gayanya. Dan bukannya bahasa yang boleh menjatuhkan semangat mereka yang bekerja dengan anda ataupun menjatuhkan kredibiliti anda sebagai seorang ketua. Kita kena ingat, jikalau kita ingat kita ini bagus, ada ramai lagi orang yang lebih bagus daripada anda. Jangan letakkan diri kita sebagai ketua yang mahir dalam segala hal. Ataupun hebat dalam segala benda. Jangan ! kerana barangkali, orang yang anda gelar sebagai ORANG BAWAHAN ANDA, mungkin lebih hebat dan supreme dari anda.
           


Dalam memberikan arahan, pastikan tidak menunjukkan inferiority. Kerana bukan ramai yang menyukainya.

Bahasa Jiwa Bangsa...

Wednesday, 30 October 2013

ADAKAH DIRI INI LAYAK UNTUK MEMIMPIN

ADAKAH DIRI INI LAYAK MEMIMPIN.
           

Mereka yang lain sibuk menjatuhkan sesama sendiri, sibuk mencari isu-isu kebajikan untuk diperjuangkan, memanipulasikan apa sahaja selagi mampu, aku di sini diam membisu. Hanya bisa memerhati dari jauh. Memerhatikan gelagat mereka sebelum benar-benar mereka itu bersinar di mata semua. Aku semakin merasakan diri aku ini kerdil. kerdil lagi lumpuh.

            Aku hanya mampu memerhati dari jauh. Melihat dengan penuh teliti.  Persoalannya apa sebenarnya yang mereka cari? Publisiti atau benar-benar mereka mahu perjuangkan soal kebajikan kami. Adakah itu caranya mereka untuk meraih perhatian dan simpati kami? Adakah itu cara mereka?

            Apa yang aku nantikan sekarang ini, adalah apabila mereka berada diatas nanti. Adakah akan diteruskan apa yang mereka beria-ia perjuangkan itu? Atau sepi di kemudian hari? Dalam ramai-ramai berbaju korporat hitam dan putih, boleh dikira dengan jari yang benar-benar ikhlas menabur budi. Itulah yang aku lihat selama ini.




            Kepada yang sudah berada di atas, kemudian lupa pada kami yang berada di bawah ini. Merasakan diri itu sudah besar dan tiada yang sehebat mereka. Adakah itu yang kami cari? Anda tahu jawapan kami ! Ya ! bukan itu yang kami cari.


            Dengan kesemua yang aku lihat dengan mata kepala sendiri ini, aku mulai terfikir, adakah aku mampu untuk meneruskan perjuangan ini? adakah aku mampu untuk menjadi pemimpin satu hari nanti? Menggeletar hatiku bila berkata soal itu. aku merasakan diri ini tidak mampu untuk menggalas tanggungjawab itu. biarlah ianya jatuh ke tangan yang selayaknya. Jangan dilepas kepada mereka yang rakus. Rakus mencari kemegahan dan bukan keikhlasan kiblat mereka. 

Friday, 25 October 2013

Keterlanjuran

KETERLANJURAN
          




          Kita kadangkala tidak sedar dalam pada terlalu menjaga hati dan perasaan ini, sebenarnya ada juga hati orang yang tidak kita pedulikan. Kerna setiap sesuatu yang kita lakukan pasti ada kebaikan dan keburukannya. Maka ini, aku telah lihat sendiri, perkara ini benar-benar terjadi. Bahkan, kedua-dua mata dan telinga ini melihat dan mendengarnya. Sungguh amatku kesali.

           

         Dengan ini, kita harus beringat. Barangkali apa yang kita lakukan mungkin mendatangkan keburukan lebih daripada kebaikan.

           

         Namun dari segi perspektif yang lain, kita selama ini terlalu menjaga hati dan perasaan orang sehinggakan kita terlupa yang kita juga punyai hati untuk dipelihara. Tetapi apabila perubahan drastik itu kita cuba untuk lakukan, kita jadi seolah-olah tidak ada orang lain di sekeliling. Terlupa pada mereka yang sentiasa menyokong kita daripada belakang. Terlupa akan perjuangan yang selama ini dirancang. Semuanya jadi tidak berguna lagi.


            

         Jadi itu yang harus kita jadikan sebagai pengajaran dan tauladan buat bekalan masa muka. Agar tidak lagi aku ulangi perbuatan itu. 

Thursday, 24 October 2013

Lari Tidak Bermakna Takut

Lari Tidak Bermakna Takut


Kadangkala aku perlu lari sejauh-jauhnya. Lari menyelamatkan diri daripada disakiti dan dirobek insan-insan durjana yang hanya tahu menjadikan hati dan perasaan ini satu barang permainan yang boleh dicampaknya ke sana ke mari.



Aku terpaksa jauh daripada benda yang aku gemari dan sukai. Aku pergi meninggalkan apa yang aku rasa dahulu mahu aku perjuangkan sehingga ke akhirnya. Tetapi dek kerana tidak rela perasaan ini dipermainkan sekali lagi, aku sanggup pergi meninggalkan itu semua.


Kini aku perlu mencari apa yang aku fokuskan. Agar kepala ini tidak lagi rungsing memikirkan apa yang perlu dilakukan saban hari. Agar diri ini tidak terbeban dengan perkara-perkara yang aku kini tidak rasai layak menjadi sebahagian daripadanya.


Berfikir aku sejenak memikirkan tentang apa tujuan utama mereka.


Aku mula mendapat satu jawapan. Bukan kemenangan yang sepatutnya mereka kejar. Tetapi pengalaman dan peluang yang seharunya mereka capai dan beri. Tetapi itu semua sudah kabur dari pandangan. Hanya kemegahan yang mereka ingin rasai. Namun, dalam pada tidak sedar ada yang terguris jiwanya Tidak mengapa, kerana aku sudah bisa menerima itu semua.


Teruskan mengejar. Semoga berjaya hingga keakhirnya.


Monday, 21 October 2013

Gelak Ketawa

‘Rasyid, jom temankan aku ke DTC malam ni? Ada pertandingan tarian kreatif. Jom la.’ Ajak aku.

‘Ala. malaslah.’ Jawab Rasyid.

‘Takpelah, aku pergi seorang.’ Jawab aku semula.



Teringat lagi aku pada peristiwa malam itu. Gigih aku keseorangan membawa diri ke Dewan Tunku Canselor semata-mata untuk menyaksikan sendiri apa yang dikatakan Festival Seni Universiti Malaya (FESENI) itu. Pada malam itu, adalah giliran pertandingan Tarian Kreatif. Memang menjadi kegemaran aku kalau bab-bab menari ni. Sejak daripada malam itu, aku sudah tanamkan niat untuk berada diatas pentas DTC itu bagi mewakili kolej dalam pertandingan tarian. Selepas habis PASUM, syukur aku ditawarkan ke UM semula untuk mengambil jurusan perubatan.



Alhamdulillah. Semasa  tahun pertama aku dapat juga melunaskan niat untuk mewakili kolej dalam pertandingan tarian. Walaupun pada ketika itu, keadaannya agak menyedihkan. Tapi demi semangat yang aku tahan sejak dari PASUM lagi, aku tetap kekal berada dalam kumpulan itu walau penat dan perit manapun yang terpaksa aku hadapi dan lalui. Menjadi pelajar perubatan merupakan satu cabaran yang harus aku pikul demi mencapai cita-cita dalam masa yang sama bergiat aktif  di kolej. Walaupun pada malam pertandingan tidak puas aku menari. Tapi, takpela, ‘nanti kita boleh cuba lagi baik daripada ini.’ kata aku dengan harapan sesi yang depan dapat aku sekali lagi mewakili kolej dalam pertandingan yang aku minati ini.



Tetapi hari ini, tidak dapat lagi aku tahan. Kerana diskriminasi yang aku rasakan tidak akan pernah berlaku di universiti, kini sudah menhantui aku semula. Aku palsukan senyuman, aku palsukan gelak tawa aku. Walau digelak dibahan sahabat yang aku dah anggap sebagai keluarga sediri. Aku rela. Kalau itu yang boleh menggembirakan mereka.
Terus aku teringat semasa 4 tahun lepas. Semasa aku berada di tingkatan 4. Aku hampir-hampir menjadi penari mewakili Negeri Perak dalam pertandingan tarian tradisional peringkat kebangsaan. Tetapi dek kerana saiz badan, aku dikeluarkan daripada kumpulan itu. Masih mekar di ingatan aku peristiwa hitam itu. Tetapi aku positif. Dengan harapan aku masih lagi boleh bergiat aktif dalam kesenian di tempat lain. Tetapi jangkaan aku itu silap. Diskriminasi ada dimana-mana.
Betapa cepatnya tersebar berita itu kepada yang lain. Yang mana aku rasakan tidak perlu pun nak disebarkan.


Ya, Akademik adalah untuk aku. Dan aku tidak ditakdirkan untuk menjadi penggiat seni. Suara aku tidak selunak mereka. Gerakan aku tidak setajam mereka. Rupa parasku tidak semolek mereka. Baru hari ini aku sedar, aku bukan untuk itu. Aku bukan untuk itu. Aku bukan untuk itu.


Segala yang aku rancang, tidak ada daya untuk aku teruskan. Tidak kuat untuk teruskan. Aku pura-pura setuju. Aku pura-pura ‘makan hati’. Namun dari tadi aku tahan tangisan ini. tidak mengapa, hati orang kita kena jaga. Itu pesan mama.


Diskriminasi dimana-mana. Ingat lagi semasa MHS, dimana aku dipilih untuk mewakili Kolej dalam kategori manifestasi puisi. Aku dikeluarkan juga daripada kumpulan dan diletakkan sebagai ahli teknikal. Juga dek kerana saiz badan. Apa boleh buat, semuanya sudah tertulis.



Mungkin ini bahagian aku. Mungkin ini balasan atas dosa-dosaku. Aku terima dengan senyuman penuh kepalsuan. Aku terima dengan gelak tawa penuh penipuan. Aku terima. Asalkan mereka gembira.

Sunday, 13 October 2013

Aidiladha kali ini..

sudah lama rasanya aku tidak menulis disini. Terlalu banyak perkara yang berlaku dalam hidup aku semenjak dua menjak ini. 

Ada ketika dimana aku rasakan aku tidak mampu menanggung semua ini. Tetapi ada juga ketika aku rasakan aku ini kuat untuk menempuhinya.

Ada ketika aku merasakan aku mahu berhenti daripada menjalani semua ini, tetapi dek kerana tanggungjawab dan amanah, aku teruskan jua walau sejarah lama itu amat pahit untuk aku telan. 

Angah ada berkata : Jangan terlalu fikirkan pasal orang lain, fikirkan juga pasal diri kita. Nanti sampai satu masa, orang akan pijak kepala kita. 

Benar katamu itu kakanda. Tetapi apakan daya kalau semuanya menolak dan akhirnya terpalit pada kita sendiri. Diluah salah, dimakan pun salah. 

Aku mengharapkan sokongan padu daripada sahabat-sahabat yang kini sudah aku anggap sebagai keluarga aku sendiri. Aku harapkan yang mereka dapat memahami dan menyokong aku dari belakang. Aku tidak mahu perkara lama berulang, kerana masa depan juga harus kita fikirkan. 

Perjalanan aku masih jauh dan panjang. 

AidilAdha kali ini aku sambut bukan seperti kebiasaan. Namun aku akur dan terima semuanya dengan hati yang terbuka. Kerana aku yakin Allah sedang berbicara dengan aku soal kehidupan. Barangkali Allah mahukan aku untuk menjadi lebih kuat dan bagus dalam pembahagian masanya. Barangkali Allah mahu aku untuk perbaiki kelemahan yang penuh di dada ini. 

Aku terima dengan redha. 

Zaman Ismail

Tuesday, 9 July 2013

Keluarga yang bakal ditinggalkan,.

persahabatan yang telah terjalin memang susah untuk putuskan.. tambah2 lagi apabila kita sudah rasa semakin selesa , semakin mesra dan semakin seronok bersama.

kadangkala kita sibuk mencari teman, rakan, kawan, sahabat, geng. tetapi kita tidak menyedari mereka berada dihadapan anda. 

namun, terpaksa aku tinggalkan seketika demi perjuangan yang belum lagi selesai. maaf kerana tidak dapat bersama buat seketika. tetapi, aku doakan semuanya berjalan dengan lancar hendaknya. semoga mereka tidak melupakan diri aku ini. dan harap mereka tidak akan merindui gelak tawa dan gelagatku. aku harap juga supaya mereka tidak 'krikss'. aku harap mereka tidak sunyi. aku harap mereka semakin maju dan semakin mantap lebih mantap daripada biasa. and aku harap mereka lebih disiplin. hhu, 

seronok melihat mereka gelak ketawa. harap mereka akan terus begini walaupun ketiadaan aku. aku harap mereka tidak akan merasa kehilangan aku yang seketika itu. diharapkan juga kehilangan aku nanti tidak dipersoalkan oleh orang lain ye.. cheerss elok2 ! 

Sunday, 30 June 2013

harapan..

Abah baru sahaja diberitahu doktor yang dia memerlukan rawatan jantung di Institut Jantung Negara (IJN). Lebih malang sekali, rawatan itu mungkin dijalankan pada bulan Ramadhan. Ramadhan merupakan satu-satunya bulan yang kami sekeluarga boleh mencari duit lebih untuk raya dan segala perbelanjaan lain. Itu yang mama risaukan. Mama risau kalau-kalau abah terpaksa juga menjalani rawatan itu pada bulan Ramadhan ini. manakala aku, mungkin aku perlu menghadirkan diri ke kelas tambahan fakulti untuk mengambil ujian semula. Abang dah bekerja, kakak pula di Putrajaya, manakala aku, belajar di Kuala Lumpur. Tak ada siapa yang boleh membantu mama. Kalau abah pergi buat rawatan, mesti mama kena ikut sekali. Mama kalau kat tempat orang, tidak berapa pandai nak bawa diri. Macam mana dia nak cari tempat makan? Macam mana dia nak solat dan tidur? Kadangkala aku fikir, kenapalah aku dilahirkan lambat sangat.. ya allah.. permudahkanlah segalanya ya Allah.. Aku yakin dengan rancanganMu.. 

Friday, 1 March 2013

nukilan Zaman Ismail.


Nasib Peniaga & Karenah Manusia

Admin pada blogpost kali ini ingin menceritakan apa yang kita sebagai rakyat Malaysia yang kononnya berhati mulia perlu tahu. Ceritanya sangat mudah dan rasanya semua orang pernah melaluinya, mengalaminya, melihat ataupun melakukannya sendiri ‘tanpa sedar’. Untuk memudahkan cara penyampaian, admin akan ceritakan mengikut situasi.

SITUASI 1: MAKCIK PENJUAL KUIH-MUIH DI TEPI JALAN
Mak Cik yang menjual kuih-muih ini pada ketika itu sedang sibuk melayan pelanggan yang datang berkerumun di gerai miliknya. Disebabkan makcik itu hanya berniaga seorang diri, jadi dia terpaksa melayan pelanggannya mengikut giliran. Siapa yang datang dahulu, maka dialah yang akan diutamakan. Namun, disebabkan rakyat Malaysia ini berhati ‘mulia’ lagi penyabar, maka situasi dibawah berlaku.

Mak Cik: Kejap ya nak, Mak Cik layan puan ni dulu. Sebab dia datang awal tadi nak.
Pembeli Muda : Mak Cik ! saya dah lambat dah ni, saya ada kelas ! boleh tak cepat sikit. (Muka Pembeli itu mula bertukar merah tanda marah).
Mak Cik : Kejap ya, anak datang lewat tadi, mak cik kena layan yang mana datang dulu. Kejap ya.

Setelah pelanggan itu tadi dilayan, maka makcik itu tadi pun beralih pula kepada pembeli Muda itu tadi.

Mak Cik : OK, anak nak apa tadi?
Pembeli Muda : Tak pe la mak cik ! saya dah lambat dah ni ! saya pun tak kebulur nak makan kuih mak cik ni ! ( anak itu sempat menghentak meja mak cik itu sebelum berlalu pergi )

SITUASI 2 : DI KEDAI KASUT
Kejadian ini berlaku beberapa hari lepas di sebuah kedai kasut yang agak terkenal. Pada ketika itu, ada 4 orang pelanggan ingin membeli kasut di kedai tersebut. melihatkan pada cara mereka berpakaian, pelanggan 1 & 2 adalah jururawat, pelanggan 3 seorang wanita lewat 30-an dan pelanggan 4 merupakan seorang pemuda berpewatakan agak lembut.
Pelanggan 1 : Dik ! akak nak tengok kasut ni saiz 4 ya !
Dalam masa yang sama pelanggan 2 juga minta untuk diambilkan kasut yang sesuai dengan kakinya.
Pelanggan 2 : Dik, akak pun sama. Nak kasut yang ini saiz 5.

Keadaan pada ketika itu masih terkawal. Baiklah, admin teruskan memerhati dan terus memerhati.

Pelanggan 3 : adik ! saya nak kasut ni saiz 8 dan ini kasut semalam saya nak tukar. Sebab anak saya tak boleh pakai. Cepat sikit ya !

Dalam keadaan kelam kabut, pekerja kedai kasut itupun bergegas untuk menuruti karenah pelanggannya. Namun, apa yang membuatkan saya kagum pelanggan 4 tidak minta apa-apa dan hanya menunggu setelah ketiga-tiga pelanggan itu mendapat kasut yang mereka minta. Setelah semua kasut itu dikeluarkan pekerja itu dari stor simpanan, barulah pelanggan 4 mengutarakan keinginannya.

Pelanggan 4 : Adik, minta kasut ini saiz 11. ( minta sambil melemparkan senyuman )

Pada masa yang sama, pelanggan 1 & 2 serentak meminta kasut mereka untuk ditukar kepada saiz yang lain. Mungkin longgar ataupun ketat agaknya. Kesian juga admin lihat pekerja itu. Kelam kabut dia buat kerja.

Pekerja :Bang ! ( pelanggan 4 ), ni kasutnya. Cubalah dulu ya. ( katanya sambil tersenyum ).
Pelanggan 1 & 2 : Adik ! cepat sikit boleh tak ! akak dah tunggu lama da ni ! ( ‘lama lah sangat ! baru seminit. Cis !”, monolog admin ketika itu )

Dalam masa yang sama pelanggan 3 juga minta untuk dilayan.

Pelanggan 3 : ( Sambil mukanya masam mencuka) Adik ! saya nak bayar ni !
Melihatkan kepada keadaan yang semakin tegang itu, pelanggan 4 itu terus ke mesin wang untuk mendebitkan wang pelanggan 3 itu tadi. Barangkali dia mempunyai pengalaman mengendalikan mesin wang agaknya. Kagum admin pada kemuliaan pelanggan 4 itu. Berubah juga muka pelanggan 3 apabila dia dilayan oleh seorang manusia yang juga bertaraf pelanggan sama seperti dia. Disebabkan ketidaksabaran BELIAU, maka pelanggan 4 itu tadi daripada sedang mencuba kasut, terus melulu ke arah kaunter pembayaran untuk membantu pekerja itu tadi.
P/S : Adakah ini rakyat Malaysia yang dikatakan berhati mulia itu? Adakah ini apa yang kita gelar sebagai watak ketimuran? Tepuk dada, Tanya iman. Adakah berdosa kalau kita bersabar? Mungkin kita tidak sedar, tetapi percayalah kedua-dua situasi di atas pernah kita lakukan. sedar ataupun tidak. Kalau ada yang tidak, maka tahniah diucapkan. Sebelum kita melakukan sesuatu kepada orang lain, cuba bayangkan terlebih dahulu apa perasaan kita jikalau kita berada di tempat dia. Adakah kita sanggup diperlakukan sedemikian? Kita sama-sama manusia. Punyai akal dan perasaan. Fikir dahulu sebelum bertindak. Jangan hanya mementingkan diri sendiri tanpa mempedulikan perihal hati dan perasaan orang lain. Hari ini hari dia, mungkin esok lusa adalah hari kita pula. Hidup ini seperti roda, sekejap kita dibawah, sekejap kita diatas. Maka janganlah terlalu angkuh apabila kita berada diatas, kerana takut kita tak mampu hadapi kehidupan apabila kita pula yang berada di bawah. Ingat ! apa yang kita bagi biasanya itulah yang akan kita terima kembali malah mungkin lebih.
Yang Ikhlas,
Zaman Ismail

Sunday, 17 February 2013

kini aku bangkit


Apabila kita mendapati bahawa dunia kita sudahpun gelap dan musnah, kita seperti tidak bermaya lagi untuk bangkit dan teruskan perjuangan walaupun inilah yang kita idam-idamkan dan inginkan selama ini. hancur luluh hati ini apabila perkara yang kita harapkan untuk kecapi tiba-tiba bertukar menjadi mimpi dan bukannya realiti. Peritnya tak ubah seperti ditikam beribu belati, malah lebih dahsyat lagi. Hanya Allah sahaja yang mengerti kekecewaan yang menyelubungi hati ini. Nak ataupun tidak, segalanya sudahpun tertulis buatku. Terpaksalah aku telan meskipun hati ini tidak ikhlas menerimanya. Walaupun sakit dan perit menghadapinya, perjuangan mesti dihabiskan. Genggam bara api biar sampai jadi arang. Kita masanya untuk aku bangkit !

Tuesday, 5 February 2013


Alhamdulillah..


Pada 3 Februari yang lepas, Program Interaksi Mahasiswa telahpun melabuhkan tirai dengan jayanya. Program ini berlangsung selama 3 hari 2 malam di Sekolah Menengah Sains Teluk Intan atau lebih dikenali sebagai SEMESTI.Satu nama yang gah di persada Malaysia. Mana tidaknya, batch yang kami ingin ketemu kali ini merupakan batch terbaik pencapaian PMRnya di Perak (kao Hado??) dan menyandang tempat ke-3 di peringkat kebangsaan.Tiada yang kelas melainkan kelas-kelas belaka !hha,

Banyak juga aktiviti yang kami jalankan bersama.Kami sedaya upaya untuk muatkan pelbagai jenis bengkel dan Latihan Dalam Kumpulan (LDK).Seronok rasanya bila boleh berkongsi pengalaman yang hanya secebis ini dengan mereka. Rasa diri ini dihargai.Lebih-lebih lagi apabila ada diantara mereka yang meminta nasihat daripada kita.Walaupun tidak banyak yang boleh diberikan, namun insya Allah dengan pengalaman yang ada, dapat aku berikan yang terbaik.

Jujur aku katakan, mereka ini sememangnya hebat !dan tidak hairanlah jikalau tahun ini mereka boleh menggondol sekali lagi keputusan SPM terbaik di Negeri Perak mengalahkan Sekolah Tunku Abdul Rahman (STAR). Amin… mudah-mudahan begitulah hendaknya.Jangan marah ya budak-budak STAR !hhe,


Teringat lagi sewaktu bengkel Tentang Aku.Bengkel ini pertama kali dilakukan oleh Kak AJ, motivator jemputan kami.Bengkel ini memerlukan beberapa orang fasilitator untuk menjadi Anak Kapal dan aku terpilih untuk menggalas tugas itu.Permainannya begini, kapal yang kami naiki itu sudah pun rosak dan hanya akan membenarkan beberapa orang sahaja untuk berada diatas kapal itu. Selebihnya, terpaksa ditinggalkan. Maka dengan itu, mereka yang lain (iaitu pelajar-pelajar SEMESTI) harus merayu kepada Anak Kapal untuk menaiki kapal tersebut. Mereka harus meyakinkan Anak Kapal agar dimasukkan ke dalam kapal tersebut. Menjadi Anak Kapal ini tidak semudah yang disangka. Pada mulanya aku tidak mengerti akan apakah tugas aku sebenarnya sebagai seorang Anak Kapal? setelah melihat rakan-rakanku yang lain, baru aku faham sebenarnya menjadi Anak Kapal ini memerlukan aku untuk menjadi seorang yang kejam. Sangat KEJAM !sangatlah berlawanan dengan sifat semulajadi aku. Namun, amanah yang diberikan wajib untuk aku jalankan. Dalam bengkel itu, bermacam-macam rahsia yang dapat aku gali daripada mereka (tidak perlulah aku nyatakan disini).Namun tugas untuk membuatkan orang menangis teresak-esak itu sangatlah berat buat diriku. hmmm. Kemudian kami akhiri slot Tentang Aku itu dengan sesi Salam Semut. Masa itulah, berat rasanya hatiku ini untuk bertemu kembali dengan mereka yang merayu-rayu kepada aku tadi. Rasa seperti nak mengalir air mata, namun aku cuba untuk tahan. Lemparan senyuman yang aku beri, aku selitkan dengan nasihat kepada mereka.

Telalu banyak perkara baru yang aku pelajari sepanjang aku menjadi fasilitator ini.lebih-lebih lagi ketika menjadi pengacara majlis pada majlis penutup. Malu rasanya apabila majlis tersebut ada sedikit kekurangan.Hmm, namun tidak mengapa. Orang kata, kesilapan kadang-kadang dapat menyedarkan manusia akan lemahnya mereka. Hhu.Selain itu, aku juga belajar untuk berkomunikasi dengan mereka yang jauh lebih muda daripada kita.walaupun dahulunya pernah aku tinggal di asrama dan selalu juga bersembang, berborak, bergelak ketawadengan adik-adik junior, namun pengalamanku yang ini agak berlainan. Berbeza daripada yang dahulu. Mungkin sekarang aku sudah mencecah 20 tahun dan Alhamdulillah sudahpun bergelar ‘Mahasiswa’.Melihatkan telatah mereka, terdetik perasaan rindu akan kehidupan sebagai pelajar sekolah. Walaupun, baru 3 tahun meninggalkan sekolah, tetapi rasa seperti sudah 10 tahun.
Rasanya cukuplah itu sahaja buat kali ini.sehingga bertemu lagi..

promote sikit biro protokol.. :)
Assalamualaikum…