Powered By Blogger

Saturday, 9 November 2013

RISAU

RISAU

Setelah mendengarkan cerita mengenai perangai sebenar mereka, maka terpanggil aku untuk menulis nukilan ini…


            Mereka punya ketua yang gah ! namun sayang, anak-anak buahnya tidaklah segah mana. Tiba-tiba, terbit rasa takut. Aku bermonolog, bagaimana kiranya nanti mereka menggantikan tempat yang di atas. Adakah masih ada sinar dan harapan? Atau nama yang sudah ditempa itu terkubur begitu sahaja. Setelah segala penat lelah, usaha dan kegigihan ketua mereka taburkan demi ‘ITU’, tiba-tiba hancur berderai.



            Tidak terdaya untuk aku capai tahap keegoan mereka. Sungguh tebal dan kukuh. Sudah keras dan tidak lagi boleh dilentur. Perasaan ‘rasa diri itu hebat’ bakal menjatuhkan mereka terbenam jauh ke bawah. Ibarat jentera berat tertimbus dek kerana tanah jerlus. Terus terbenam tiada siapa pun peduli.






Takut, Takut, dan takut untuk aku bayangkan apa bakal berlaku kelak. Sedih. Sedih. Sedih untuk aku fikirkan bagaimana nanti mereka pabila sudah berada di atas. Apalah nasib orang bawahan mereka. Pasti satu penyeksaan yang bukan sahaja menyeksa fizikal malah juga mental ! adakah pemimpin seperti itu yang kita cari? Tidak ! bukan dia yang kita cari.



Aku mengharapkan segalanya bakal berjalan seperti yang dirancang tanpa ada halangan-halangan yang tidak perlu di pertengahan jalan menuju wawasan. Maka, itu yang harus ketua mereka sedar dan mohon untuk bertindak dari sekarang.


Moga mereka terus maju kehadapan ! maju dengan seribu satu kekuatan bukan kelemahan.

Zaman Ismail. 


No comments:

Post a Comment