BAHASA
SEORANG PEMIMPIN
Apakah yang kita katakana dengan bahasa
seorang pemimpin? Mungkin ada yang mentafsirkannya berbeza dengan apa yang saya
ingin bawa pada nukilan kali ini. kerna memang sudah menjadi lumrah, bahasa itu
subjektif. Bergantung pada orang yang mentafsirkannya. Jikalau mereka tafsirkan
perkara-perkara yang elok., maka eloklah jadinya. Dan boleh juga jadi
sebaliknya.
Sebagai seorang pemimpin,
ketua, atau pengarah sekalipun. Perkara pertama yang anda perlu jaga ialah
BAHASA. Jaga bahasa yang kita gunakan dalam memberikan arahan. Biar kena pada
tempat dan gayanya. Dan bukannya bahasa yang boleh menjatuhkan semangat mereka
yang bekerja dengan anda ataupun menjatuhkan kredibiliti anda sebagai seorang
ketua. Kita kena ingat, jikalau kita ingat kita ini bagus, ada ramai lagi orang
yang lebih bagus daripada anda. Jangan letakkan diri kita sebagai ketua yang
mahir dalam segala hal. Ataupun hebat dalam segala benda. Jangan ! kerana
barangkali, orang yang anda gelar sebagai ORANG BAWAHAN ANDA, mungkin lebih
hebat dan supreme dari anda.
Dalam memberikan arahan,
pastikan tidak menunjukkan inferiority. Kerana
bukan ramai yang menyukainya.
Bahasa Jiwa Bangsa...

No comments:
Post a Comment