ADAKAH
DIRI INI LAYAK MEMIMPIN.
Mereka yang lain sibuk
menjatuhkan sesama sendiri, sibuk mencari isu-isu kebajikan untuk
diperjuangkan, memanipulasikan apa sahaja selagi mampu, aku di sini diam
membisu. Hanya bisa memerhati dari jauh. Memerhatikan gelagat mereka sebelum
benar-benar mereka itu bersinar di mata semua. Aku semakin merasakan diri aku
ini kerdil. kerdil lagi lumpuh.
Aku
hanya mampu memerhati dari jauh. Melihat dengan penuh teliti. Persoalannya apa sebenarnya yang mereka cari?
Publisiti atau benar-benar mereka mahu perjuangkan soal kebajikan kami. Adakah
itu caranya mereka untuk meraih perhatian dan simpati kami? Adakah itu cara
mereka?
Apa yang
aku nantikan sekarang ini, adalah apabila mereka berada diatas nanti. Adakah
akan diteruskan apa yang mereka beria-ia perjuangkan itu? Atau sepi di kemudian
hari? Dalam ramai-ramai berbaju korporat hitam dan putih, boleh dikira dengan
jari yang benar-benar ikhlas menabur budi. Itulah yang aku lihat selama ini.
Kepada yang sudah berada di atas, kemudian lupa pada kami yang berada di bawah ini. Merasakan diri itu sudah besar dan tiada yang sehebat mereka. Adakah itu yang kami cari? Anda tahu jawapan kami ! Ya ! bukan itu yang kami cari.
Dengan kesemua yang aku lihat dengan mata kepala sendiri ini, aku mulai terfikir, adakah aku mampu untuk meneruskan perjuangan ini? adakah aku mampu untuk menjadi pemimpin satu hari nanti? Menggeletar hatiku bila berkata soal itu. aku merasakan diri ini tidak mampu untuk menggalas tanggungjawab itu. biarlah ianya jatuh ke tangan yang selayaknya. Jangan dilepas kepada mereka yang rakus. Rakus mencari kemegahan dan bukan keikhlasan kiblat mereka.


No comments:
Post a Comment