Powered By Blogger

Sunday, 30 June 2013

harapan..

Abah baru sahaja diberitahu doktor yang dia memerlukan rawatan jantung di Institut Jantung Negara (IJN). Lebih malang sekali, rawatan itu mungkin dijalankan pada bulan Ramadhan. Ramadhan merupakan satu-satunya bulan yang kami sekeluarga boleh mencari duit lebih untuk raya dan segala perbelanjaan lain. Itu yang mama risaukan. Mama risau kalau-kalau abah terpaksa juga menjalani rawatan itu pada bulan Ramadhan ini. manakala aku, mungkin aku perlu menghadirkan diri ke kelas tambahan fakulti untuk mengambil ujian semula. Abang dah bekerja, kakak pula di Putrajaya, manakala aku, belajar di Kuala Lumpur. Tak ada siapa yang boleh membantu mama. Kalau abah pergi buat rawatan, mesti mama kena ikut sekali. Mama kalau kat tempat orang, tidak berapa pandai nak bawa diri. Macam mana dia nak cari tempat makan? Macam mana dia nak solat dan tidur? Kadangkala aku fikir, kenapalah aku dilahirkan lambat sangat.. ya allah.. permudahkanlah segalanya ya Allah.. Aku yakin dengan rancanganMu..