Powered By Blogger

Tuesday, 29 September 2015

GEBE' 2 : TAK KE SURAU KE NYAH

TAK KE SURAU KE NYAH?


Aku pernah ditanya kenapa tak nak solat Jemaah dekat surau. Soalan tu agak menyentapkan jiwa nurari mak. Bukan apa. Ada kisahnya.


Ingat lagi dulu sekolah asrama. Masa tu mak tingkatan 3. Kelas Rancangan Khas ya uolss. Kerlas ke tidak? Nak dipendekkan cerita masa mak tingkatan 1 sampai 3 agak aktiflah duduk surau jadi ketua baca wirid selawat bagai. Memang rajin gila masa tu. Mak akan mandi awal, bersiap semua then terus ke surau sebab nak lead wirid and selawat sebelum maghrib masuk. Memang rajin gila la. Tiap hari Nampak muka mak je yang akan lead wirid tu.


Sampailah masa tingkatan 3. Setiap kali lepas PREP, semua budak asrama kena solat isyak dulu sebelum nak naik blok or makan malam. So disebabkan mak ni acah-acah geng-geng BADAR sekolah, makanya mak terus ambil wudhu’ dan jadi imam ya uolss masa tu. Mak rasa suci sangat masa tu. Ya la, semua pakat tolak menolak tak nak jadi imam. Pengecut ! Nak tolak-tolak buat apa. Kau kata kau jantan, hah jadilah imam!


Dah masuk rakaat terakhir. Tiba-tiba ! Mak dengan suara dari sebelah tingkap jerit kuat gila.


Dia cakap,’Woi! Sah ke solat korang pondan ni jadi imam?’


Btw, siapa je yang khusyuk solat kan? Imam Syafie pun mula khusyuk masa dia umur 40. Inikan pula mak ni hah. Memang tak khusyuk la. Masa dengar jeritan sial tu tuhan je tahu betapa sakit dan pedihnya lahai hati mak ni. Rasa macam kena toreh-toreh je. Mana tak nya. Dia persoalkan sah ke tak sah solat yang mak jadi imam tu. Gila tak marah?? Masalahnya yang jantan-jantan semua tak nak jadi imam. So, mak je la yang jadi imamnya. Hah! Kau hado? Itu yang mak geramkan. Sampai sekarang.


Sejak peristiwa tu, mak dah jarang datang awal ke surau sekolah. Mak akan mandi lambat dan turun pukul 7.15. Sebab geram punya pasal. Ya la. Kita kan tak layak nak jadi imam bagai.


Setiap kali orang ajak mak ke surau untuk solat berjemaah, mak aku teringat peristiwa ni. Sampai mati mak hingat ya! Jangan ingat mak cepat lupa. Tidak sama sekali. So sedikit sebanyak benda ni effect la kenapa mak tak selalu turun surau.

Lagipun setiap kali mak ke surau, orang akan pandang-pandang macamlah mak ni masuk surau lelaki pakai telekung. Ada yang sial mulut dia, siap ucapkan ‘Alhamdulillah’. Apa kau ingat aku ni baru masuk Islam ke hape? 

Monday, 28 September 2015

MBBS 3: SAJAK

Jom kita mulakan cerita.
           
Mohamaad Khairuzzaman Bin Ismail bukanlah seorang pelajar yang pintar di sekolah. Bukan juga cemerlang. Hanya seorang pelajar yang aktif dan patuh perintah cikgu-cikgunya walaupun belakang cikgu ada mengumpat sikit. Tapi ramai yang melihat aku ni sebagai seorang pelajar cemerlang sekolah. Tak tahu kenapa. Mungkin sebab aku ni orang nampak kot. Ya la. Badan besar. Siapa tak nampak kan. Tambahan pula, berperwatakan lembut. Lagi obvious la Zaman Ismail di mana-mana.
Aku ingat lagi masa tadika. Ustazah minta supaya aku hafal sebuah sajak dan deklamasikan ia di Majlis Graduasi Tadika Islam Surau Taman Cempaka. Gempak ke tidak, baru tadika dah ada Hari Graduasi. Puisi tu pendek dan senang untuk dihafal. Aku siap berlatih depan Mama dan Abah. Siap dengan gaya. Mama bagi nasihat lagi macam mana nak deklamasikannya supaya lebih menarik. Malam sebelum persembahan, aku siap boleh buat last rehearsal depan Mama kemudian terus tidur dengan harapan esok aku akan lebih bersedia.

Keesokan paginya.
‘Adik dah sedia?’ Soal Mama.
‘Sudah ma.’ Jawab aku ringkas sambal senyum. Tapi dalam hati rasa sesuatu yang tak senang. Rasa jantung berdegup kencang. Aku seolah-olah boleh merasai perjalanan darah dalam badan aku. (Melampaunya. Hiperbola sangat)

Bersama-sama dengan aku. Ada seorang lagi pelajar perempuan yang juga diamanahkan oleh ustazah untuk mendeklamasikan sajak. Tak ingat nama dia. Tapi badan dia kecil daripada aku (Sudah semestinya la kan). Mata sepet macam amoi. Kurus-kurus kecil-kecil je orangnya. Dia ni masa tadika memang dahsyat. Kira macam pelajar contoh la. Sebab selalu skor dalam semua subjek. Jadinya dia dipilih mewakili pelajar perempuan. Manakala aku dipilih mewakili pelajar lelaki. Tak tahu kenapa aku yang dipilih Ustazah.

Saat yang mencemaskan sudahpun tiba, Ustazah mengumumkan nama aku untuk naik ke atas pentas.

‘Baiklah sekarang Tuan-tuan dan Puan-puan dipersilakan Mohamaad Khairuzzaman Bin Ismail untuk mendeklamasikan sajak. Dipersilakan.’ Jemput Ustazah.
Tak tahu kenapa aku seolah-olah tidak bisa mendengar suara ustazah ketika mengumumkan nama aku waktu tu. Rasa sayup je suara dia.

Buat pertama kalinya aku merasa gementar. Pertama kalinya aku rasa gugup. Ya. Itulah pertama kali aku merasa gugup dan gementar. Orang putih kata Nervous. Walaupun setiap hari aku berlatih depan cermin. Berlatih depan Mama dan Abah. Masa hari kejadian, tak terkeluar walau sebutir pun dari mulut aku.

Masih segar dalam ingatan aku, aku berdiri di hadapan puluhan penonton (Ya la. Sekolah agama dekat Surau mana ramai sangat) dan aku hanya mampu melihat mereka satu per satu. Aku tengok muka seorang demi seorang yang hadir. Aku tatap muka seorang makcik yang mukanya putih melepak sambal berbisik dengan orang sebelahnya.

Di tepi pentas, ada Cikgu Nasir tanpa bersuara membuat isyarat kepada aku untuk cakap. Walaupun aku tahu dia sedang memberikan isyarat untuk aku mula bersajak, tetapi seolah-olah ketika itu aku jadi bodoh tahap gaban. Rasa macam bangangnya aku masa tu. Ada la dalam 5 minit aku atas pentas. Lepas tu, Cikgu Nasir bawa aku turun. Walaupun tak sembahkan apa-apa. Tapi ok la. Semua berikan tepukan. Walaupun bila aku teringat peristiwa ini, aku tahu tepukan tu tepukan menganjing je tu.

Nampak tak? Aku bukan budak pandai pun. Sedangkan pada hari yang sama budak perempuan bermata sepet tu dengan lancarnya mendeklamasikan sajaknya. Tak ke tercabar kelakian aku masa tu (Belum discover lagi masa tu). Aku bukan pandai mana pun. Tak hebat seperti yang semua uar-uarkan. Tidak.

Aku hanyalah seorang pelajar biasa. Sangat biasa. Itu dulu untuk nukilan ini. Banyak sangat. Aku tahu korang bukan jenis suka membaca. So aku tulis sedikit demi sedikit. Nak bawa anda semua melayari kehidupan Zaman Ismail dari dulu sehinggalah sekarang. Sehinggalah apa yang berlaku pada dri aku sekarang ini. Niat aku ingin berkongsi.

Sekian,

Zaman Ismail

Friday, 25 September 2015

MBBS 2

Sarjana Muda Perubatan & Sarjana Muda Pembedahan

Sarjana Muda Doktor Perubatan.

University Malaya Medical Programme.

Nama kursus ini barangkali berlainan mengikut negara ataupun Universiti. Tetapi tujuannya satu. Adalah untuk melahirkan doktor yang selamat bagi menampung keperluan negara merawat pesakit-pesakit yang mendaftar.

Kursus ini ditawarkan di hampir setiap negeri di Malaysia. Menjadikan kursus perubatan ini sebgaai satu kursus wajib ambil bagi mereka yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan di peringkat Pra-Universiti. Mungkin. Mungkin bukan semua. Tetapi itulah hakikatnya. Anda boleh bersetuju, boleh juga untuk sebaliknya. Terpulang.

Tetapi percaya ataupun tidak. Bukan semua yang mengambil kursus ini benar-benar mahukannya. Ada yang dipaksa, terdorong tidak kurang juga yang keliru.

Jom aku terangkan.

PAKSARELA
Ramai ibubapa yang sebenarnya memaksa anak-anak mereka untuk mengambil jurusan yang mereka inginkan. Iaitu berbeza dengan jurusan yang anak mereka mahukan. Ada beberapa kes yang pernah berlaku dihadapan mata aku sendiri.

KES 1:
Ada la seorang jiran ni. Sangat rapat dengan keluarga aku. Sangat rapat. Ibubapa aku sendiri dah menganggap mereka seperti adik beradik sendiri. Sangat rapat. Sebelum mereka diijabkabulkan lagi sebenarnya. Nak dibuatkan cerita, si ayah ini mewajibkan anak-anaknya untuk mengambil jurusan perubatan. Anak pertama dapat keputusan yang agak cemerlang ketika belajar di Matrikulasi. Tak pasti berapa, yang pasti lebih 3.75. Kira sangat cemerlang dah tu. Disebabkan bukan 4 rata, maka ianya tidak melayakkan dia untuk sambung pelajaran dalam jurusan doktor perubatan. Disebabkan ayah dia ni beria sangat nak anak dia berada dalam bidang perubatan, dia pastikan anak dia ambil juga apa-apa jurusan asalkan  berkaitan dengan perubatan. Maka, dengan akur anak dia sambung pelajaran dalam bidang Kejuruteraan Bioperubatan di Universiti Malaya. Walaupun dalam keadaan terpaksa.

Anak keduanya disebabkan anak pertama tidak berjaya untuk mendapatkan tempat di dalam jurusan perubatan, maka dipaksa untuk kekal cemerlang dalam setiap peperiksaan yang dia lalui. Sehinggalah anaknya menyambung pelajaran ke Matrikulasi. Ketika di Matrikulasi anak kedua dia ni mula memberontak. Kerana baginya sains bukan kegemarannya. Jadi dia membuat keputusan untuk keluar dari Matrikulasi dan sambung pelajaran ke Tingkatan 6. Percaya atau tidak, hampir sebulan tidak bertegur sapa. Setiap hari ayah dia ni asyik nak marah sahaja. Tetapi apabila diterangkan dengan baik-baik akhirnya ayah dia faham dan mengerti.

Selamat tak sampai kes lari rumah bagai kan.

KES 2:
Aku ada seorang kawan yang ayah dan ibunya hanya memberi 2 pilhan untuk beliau. Samaada jadi Peguam atau Doktor. Kedua-duanya berat dan memerlukan keputusan yang cemerlang. Disebabkan di semester pertama di Matrikulasi, beliau tidak peroleh keputusan cemerlang, maka ayahnya suruh dia berhenti dan sambung STPM. Dengan akur dia ikutkan saja. Bila berada di Tingkatan 6, sekali lagi beliau tidak berjaya mendapat keputusan yang membolehkan beliau untuk ambil jurusan Undang-undang mahupun perubatan. Disebabkan ayah dan ibunya agak berada, maka mereka menghantar anaknya itu ke university swast. Kalau dah tak minat, buat apa pun tak jadi. Tak sampai 2 semester, anaknya mahu berhenti belajar. Kerana tertekan.

Ini fenomena yang berlaku di Malaysia. Ibubapa terlalu memaksa dalam memilih jurusan atas alasan mereka mahukan yang terbaik untuk hidup anak mereka. Mengapa?

Tidak ada gunanya dipaksa, kalau dah tak minat. Memang ada orang pernah cakap dekat aku,’ Minat boleh dipupuk’. Tetapi bagi aku bukan dalam semua situasi. Bukan juga untuk semua orang. Bukan semua boleh dipaksa. Bukan semua boleh ikut. Itu lumrah.

TERDORONG
Selain itu, ada juga yang mengambil jurusan ini kerana mereka terdorong dengan peristiwa-peristiwa yang pernah berlaku dalam kehidupan mereka. Sebagai contoh, ibunya pernah didiagnos mempunyai penyakit Kanser Ovari. Ataupun mungkin makcik mereka menghidapi penyakit Kencing Manis sehingga terseksa kerana kaki sebelah kanannya terpaksa dipotong. Mungkin. Ada banyak jenis peristiwa yang bisa berlaku dalam kehidupan seseorang individu sehingga membuatkan mereka mahu mengambil jurusan perubatan.

Dek kerana peristiwa itu, mereka terdorong untuk terus gigih berusaha bagi mengejar cita-cita mereka untuk menjadi seorang doktor. Atas alasan kerana mereka mahu meringankan beban pesakit. Mereka mahu membantu orang lain untuk menghadapi penyakit yang mereka hidapi.

Kebiasaannya mereka yang tergolong dalam golongan ini kekal berada di landasan yang mereka pilih. Kerana pilihan itu adalah pilihan mereka.

KELIRU
1 benda yang tak dapat kita sangkal, sekarang semakin ramai pelajar pandai. Untuk mendapatkan 4 rata itu begitu mudah bagi mereka (Tak tahu la sebab senang ke, sillibus lain ke macam mana). Merata pelajar lepasan Asasi, Matrikulasi dan juga STPM yang berjaya memperolehi keputusan cemerlang 4 rata.

Dilema berlaku apabila hendak mengambil kursus yang kononnya sesuai dengan diri. Bagi mereka yang sudah jelas akan cita-cita, ini tidak menjadi masalah buat mereka. Malah ada sesetengah yang sudahpun ada perancangan jangka panjang berkenaan perjalanan hidup mereka. Ada ya yang begitu. Jangan terkejut. Untuk mereka yang berada dalam dilema ini, bila keputusan yang mereka peroleh adalah 4 rata,

‘Kita ambil medic la. Tak tahu nak ambil apa sebenarnya. Go je la.’
‘Tak tahu la nak jadi apa, ambil doktor je la. Senang.’

Percaya ataupun tidak golongan begini wujud dalam masyarakat kita. Dan golongan ini yang perlu dibantu. Kerana keliru akan jurusan yang ingin mereka ambil. Ini tidak bermakna mereka tiada halatuju. Cuma mereka lambat dalam menentukan minat sebenar mereka. Mungkin sebab pada awalnya tidak diberikan pendedahan terhadap dunia pekerjaan. Mungkin.

Itulah antara sebab mengapa mereka memilih untuk mengambil jurusan perubatan. Ada banyak lagi sebab lain. Tetapi ini merupakan 3 sebab utama.

p/s: Dalam memberikan pendapat, mungkin akan ada yang tidak bersetuju dengan apa yang kita katakan. Tetapi aku memegang slogan kata ‘Perbezaan adalah untuk diraikan, bukan untuk didebatkan. Baru aman harmoni kehidupan kita.’

Sekian,
Zaman Ismail


Thursday, 24 September 2015

PONDAN 1

GEBE’


Kalau kau buka Facebook, Twitter even Instagram pun. Kau boleh nampak betapa ramainya manusia yang mengeji perbuatan terkutuk ini. Gebe’. Atau nama panjangnya, Gay Boy. Ramai gila yang mengeji ya. Tak percaya buka la tengok. 


Semua pandai nak cakap, keluar habis segala hadis, potongan ayat Al-Quran. Padahal kalau kau balik rumah siap sepak terajang mak ayah kau. Apa ke hal?


Berbalik kepada isu Gebe’. Kau kena kena ingat tau. Gebe’ dengan ‘Lelaki Lembut’ adalah dua benda yang berbeza. Tak sama. Tidak sama sekali. Tidak pernah akan sama. Ada je mak jumpa nampak jejans gila, tapi kat belakang duk jual bontot. Kau rasa?


Ada juga mak pernah jumpa. Sorang lelaki lembut ni. Lembut habis. Siap bawa cermin ya pergi mana-mana. Sebab nak jaga muka katanya. Tapi kau. Ada makwe. Makwe dia cun gila. Kau rasa? Species apakah itu?

So, sebenarnya Gebe’ dengan ‘Lelaki Lembut’ ni tak boleh disamakan. Tak boleh. Berdosa besar ya kalau samakan. Haram !! 

Tuesday, 22 September 2015

MBBS 1

Kini blog saya akan bertukar menjadi tempat untuk aku berkongsi kisah hidup yang selama ini aku pendam sedalam-dalamnya.

Khas untuk semua.

Secara jujurnya aku menulis kisah ini bukanlah untuk menjatuhkan semangat sesiapa. Tetapi untuk berkongsi kisah hidup aku sepanjang bergelar pelajar perubatan di Universiti Malaya. Segala perit getir yang aku lalui di situ. Segala ilmu yang aku pelajari, cerita soal perhubungan aku dengan rakan-rakan lain, program-program yang aku sertai dan sebagainya.

Sekarang ini, terlalu banyak buku yang diterbit menceritakan tentang kehidupan seorang doktor dan pelajar perubatan. Cara penceritaan yang dihujungnya berunsur positif lebih kepada bersifat mengajak berbanding memikir secara mendalam. Mereka tidak menegaskan langsung bahawa sekiranya anda tidak berminat, atau ini bukan kemahuan hati, adalah lebih baik untuk anda undur diri. Lebih baik untuk berhenti. Lebih baik anda pergi memilih jalan yang lebih selamat dan lebih mendamaikan. Daripada setiap hari memendam rasa. Menipu jiwa. Memaksa jasad untuk katakana ‘Ya’.

Dalam dunia perubatan, terlalu banyak yang perlu anda korbankan; antaranya kehidupan bersosial yang anda milik sekarang. Jikalau anda jenis yang suka bersosial dan bukan jenis yang praktikal maka ini bukan jalannya. Mungkin anda perlu fikirkan semasak-masaknya. Kerana susah untuk anda patah semula ke permulaan. Mula semula itu bisa menyakitkan ramai pihak. Ramai.


Di atas kesedaran itu, maka aku menulis kisah hidup aku yang tidaklah seberapa hebat dan seronok pun sebenarnya di blog ini. Supaya semuanya bisa baca dan teliti. Agar anda semua berfikir.