Powered By Blogger

Friday, 20 June 2014

SUSAH

Susah,
Kadang-kadang kita susah nak terima apa yang ada,
Sebab dah terbiasa pada yang lama,
Terbiasa dengan kenangan dulu-dulu,
Waktu kita mula-mula mengikat persahabatan.

Susah,
Bila semua menjadi rumit,
Jadi kusut masai,
Punah, hancur, longlai, lerai,
Nak dicantum tumbang,
Nak disusun runtuh.

Susah,
Bila kita saja yang beria-ia,
Tapi yang lain tidak,
Usahkan sokong, pandang pun tak ingin,
Sebab mungkin rasa tidak perlu,
Katanya nak tumpu,
Tapi bila aku pandang, aku jeling,
Sama sahaja kelabu,

Susah,
Bila layan hanya yang indah,
Yang hitam, yang legam
Langsung tidak diendah.


Susah,
Bila hati ini dah berubah.


Susah…

Wednesday, 18 June 2014

Bukan Mudah...

            Masih segar dalam ingatan. Memori ketika mana aku mendapat sepucuk surat tertera Urusan Seri Paduka Baginda.


Ya ! Masih aku ingat. Bulan Ramadhan menjadi saksi. Saksi kepada kehidupan yang bakal aku jalani akan berubah sama sekali selepas itu. Tidak lagi sama seperti dulu. Ya ! Betul ! Aku diterima masuk ke Sekolah Perubatan Universiti Malaya.


            Tapi yang peliknya, aku tidak gembira, tidak pula gelisah. Biasa. Seperti tiada apa yang berlaku. Pelik. Namun aku layankan sahaja perasaan aku. Kerana perasaan dan detik hati ini tidak pernah berbohong. Sekiranya aku gembira, maka memang benar aku gembira dan itu yang aku mahukan. Begitu juga sebaliknya. Aku keliru. Keliru yang membuatkan lidah aku terkelu tidak mengeluarkan kata-kata seperti biasa.


            Satu fakta yang tidak semua tahu. Perubatan tidaklah semudah yang disangka. Tidak ! Kalau benar anda mahu terjebak dalam bidang ini maka fikirkan semula. Fikir biar seribu kali. Tak mengapa. Daripada menyesal di hujung hari. Kerana sekali kita berada dalam landasan, maka susah untuk kita undur. Susah. Kerana banyak yang perlu kita fikirkan. Terutamanya hati dan perasaan mereka yang kita sayang.


            Aku juga tidak tahu mengapa, kerjaya ‘Doktor’ itu dipandang gah ! dipandang Hebat ! Dipandang Mulia !


Kerana bagi aku, tiada yang gah ! Tiada yang Hebat ! Tiada yang mulia  sekiranya kita lakukan dalam keadaan terpaksa.


Fikirkan semula. Mungkin ada yang ingat, belajar perubatan hanyalah sekadar pergi dan balik dari kelas. Kemudian siapkan assignment  dan tutorial. Mungkin. Tapi sedar atau tidak, ianya lebih dari itu.


Bercakap mengenai kerjaya seorang ‘doktor’. Bukan hanya sekadar memakai labcoat dan menggantung stetoskop di leher. Bukan !


Doktor itu lebih dahsyat dan ekstrim dari apa yang anda sangkakan.



Tuesday, 17 June 2014

Manusia

Manusia.


Tidak pernah lari daripada melakukan kesilapan.

Benarkah?

Atau itu sebagai alasan diatas kesalahan sendiri?


Fikirkan semula.



Monday, 16 June 2014

Permulaan

Ya. Siapa aku di hati anda kau semua. Aku ni bukanlah sesiapa. Hanya mampu untuk meluahkan isi hati di alam maya.

 ‘Keletak keletuk’ papan kekunci, jadi ‘keyboard warrior’ katanya.


Tapi itulah aku. Zaman Ismail.


Ramai musuhnya. Tapi sikit pun tidak aku hiraukan. Kerana apa? Kerana setiap sesuatu yang aku lakukan bersebab dan hanya mereka yang tinggi egonya akan pertikaikan setiap sesuatu yang cuba untuk aku zahirkan dalam bentuk kata-kata.


Sikit pun tak terkesan hati dan perasaan ini kalau engkau mahu kutuk hina sepak terajang aku sekalipun. Tidak ! Tidak akan aku hiraukan.


Sebab aku yakin Allah ada bersama aku. selagi mana aku tidak mensyirikkan Dia. Aku yakin. Itu pegangan aku dari dulu sampailah sekarang dan selamanya akan aku pegang dengan prinsip ini.



Ya. Mungkin ramai yang tertanya-tanya apa yang membuatkan insan ini selalu disebut dan mungkin dikecam sesetengah pihak. Anda tidak tahu bukan?

Hhaha…


Kenapa tidak bertanya? Takut? Segan? Atau tidak suka? Atau mungkin anda ini jenis yang hanya suka dengar pada kata-kata orang? Dengar tanpa soal selidik. Dengar dan hadam apa yang disuapkan. Itu tanda anda pemalas. Malas untuk mencari kebenaran.


Tak usah jawab, jawapannya anda sendiri yang telan. Jangan diungkap. Kerana mungkin perit dan pahit untuk diluah. Tak mengapa. Standard la ada ego sikit2. Tapi kalau ego dah tinggi menggunung, itu parah !
Kalau orang kata, cinta boleh buat orang buta, sebenarnya ego juga mampu. Malah ego mampu untuk lakukan lebih dari itu. Ya !


Nantikan apa yang bakal aku kongsikan disini. Nantikan.


Jangan terkejut, jangan cepat melatah. Nanti anda tahu apa yang ada. Apa yang akan aku berikan. Tunggu.


Tuesday, 3 June 2014

Teater Oh Perempuanku ! Esok jom !


Cerita yang sangat menarik. Khas untuk penggemar teater di luar sana. Jangan lepaskan peluang, Jom sama-sama saksikan Teater Oh Perempuanku esok, jam 8.30 malam bertempat di Panggung Eksperimen Universiti Malaya. Harga tiket masuk hanyalah RM 5 untuk pelajar, manakal untuk orang awam adalah RM10.

Jom semua !