Powered By Blogger

Friday, 27 November 2015

GEBE' 17 : TAKKAN LA

‘Senak kot semalam dia buat dekat aku. Serius sneak gila. Tapi aku diam je la. Layan je dia nak buat apa dekat aku.’

‘Kau biar betul Ijat. Ni bukan benda main-main. Ni dah melibatkan maruah dan agama. Takkan dia buat benda tu kot. Aku tak percayalah.’

‘Aduh… Ya Allah Aiman, yang kau tak nak caya ni dah kenapa. Benda betul la. Aku mangsa kot dalam kes ni. Aku mangsa. Mangsa keadaan. Mangsa untuk lempiaskan nafsu dia.’

‘Aku tak percayalah. Aku tahu dia bukan jenis yang macam tu Jat. Dia baik kot.’

‘Masalahnya dalam kes macam ni bukan kira baik ke tidak. Kita kira songsang ke tidak. Tak semestinya songsang tu jahat Man. Tapi yang jadi masalahnya lagi. Mangsanya aku! Faham tak? Aku!!!’

Malam tu juga Aiman cerita segalanya pada mak. Sebab dia tahu Khairul rapat dengan mak. Mak rasa tak sedap. Tak percaya sebenarnya. Takkan la Khairul sebaik-baik manusia tu nak buat benda keji macam tu uolss. Mak tak percaya. Hmm. ‘Takkan la.’ Dia baik kot. Dia bukan macam mak uolss. Bukan macam pepondan yang lain. Takkan dia berani nak buat benda macam tu dekat orang lain. Nak expose pun dia takut uolss, inikan pula buat benda-benda macam tu. Tapi kira dia berani juga kan. Hmm. Esoknya, untuk mendapatkan kepastian. Mak sendiri tanya Ijat. Tanya dengan sedalam-dalamnya. Minta untuk dia ceritakan semuanya. Secara detail ya mak minta. Sebab mak nak tengok. Betul ke tak. Sama ke tidak dengan Khairul yang mak kenal.

‘Kau cakap benda betul ni Ijat? Kau tak tipu?’ Tanya mak. Nak pastikan semua yang disampaikan dia benar-benar belaka.

‘Ya Allah Zaman. Betul. Takkan aku nak tipu kau pula. Buat apa aku nak tipu. Cuba bagitahu aku. Buat apa aku nak tipu. Tak de faedah. Takkan aku nak tipu kot benda-benda ni.’

‘Aku bukan apa. Tuduhan kau ni berat Jat. Silap hari bulan, semua orang boleh pulau dia. Kesian dekat dia wei.’

‘Yang aku tahu, aku cakap benda betul. Aku tak tipu. Kau dengan Aiman sama je. Tak nak percaya dekat aku. Hm. Aku tahu la aku ni bukan budak baik man.’

‘Ish kau ni. Ke situ pula.’

‘Hah. Ya la.’

‘Ok2, aku percaya dekat kau. Tapi aku nak pastikan lagi benda ni betul-betul terjadi ke tak.’

‘And lagi satu. Kau ada hebohkan pasal benda ni? Aku harap tak la. Sebab ni bersangkut paut dengan maruah. Jangan heboh-hebohkan. Bagi aku dengan Aiman siasat dulu benda ni.’

Walaupun mak tahu. Hampir semua budak-budak satu batch dah tahu pasal benda ni. Jantan nok. Dorang bergossip lagi dahsyat dari kita and perempuan tau. Kau rasa? Tahu-tahu dah tersebar. Hish.


Pagi tu. Mak rasa janggal bila berada dengan dia. Bukan apa. Semua bebudak RK dah heboh cerita pasal dia. Mak dengan Amir cuba buat biasa. Seolah-olah tiada apa yang berlaku. Tapi hati mak ni membuak-buak je nak tanya. Untuk kepastian.

‘Zaman. Cikgu Mariam panggil. Nak minta tolong hias dewan. Jom la kita tolong dia.’ Tanya Khairul.

‘Janggalnya Amir. Buat biasa je la kan.’ Bisik mak pada Amir.

‘Aah Zaman. Kita buat biasa je. Jangan bagi dia perasan.’ Balas Amir.

‘Aah, Ok. Pergi la dulu. Nanti kami sampai. Nak hantar kerja rumah dekat Teacher Ida kejap. Jumpa dekat dewan terus la ae.’ Amir cuba menghilangkan kejanggalan.

‘Aah, nanti kami menyusul uolss.’ Mak menambah.
‘Ok. Jumpa sana nanti. Jangan lambat tau. Kesian Cikgu Mariam. Tak de siapa nak tolong dia. Tak ramai tenaga kerja.’

‘Hello. Pernah ke kami tak tolong dia. Nanti kami datang. Haiyo pondan ni. Tahu la anak kesayanag Cikgu Mariam. Hhahaha’ Balas kami berdua.

‘Kuang ajar tau. Hha, datang jangan tak datang.’ Khairul pun berlalu pergi meninggalkan kami. Dari jauh mak dengan Amir tengkok dia berjalan. Semakin jauh sampailah hilang dari pandangan. ‘Hm, betul ke ae Amir dia buat benda tu?’

‘Hmmm, entah la Zamil. Eh, jom la. Nanti lambat.’

‘Ok, jom.’

Susah nak hilangkan kejanggalan yang ada. Susah. Sebab bukan seorang je yang bercerita. Bercerita benda yang sama dan yang menambahkan lagi keyakinan kami terhadap cerita itu. Modus operandi dia sama. Iaitu waktu malam. Pukul 2 ke 3 pagi. Waktu semua orang tengah tidur. Mak cuba untuk tak percaya. Sebab dia kawan baik mak. Mak kenal dia sejak tingkatan 1 lagi.

‘Zaman. Nak tak nak. Kita kena siasat benda ni. Takut nanti melarat lagi dia.’ Amir tiba-tiba cakap macam tu dekat mak masa dalam perjalanan ke bilik guru nak hantar kerja rumah.

‘Aku bukan apa Amir. Aku tak percaya la budak-budak tu. Silap-silap dorang saja je. Entah-entah dorang yang suruh. Kau bukan tak kenal kan.’ Mak balas. Kali ni dengan nada yang agak serius.

‘Ya Zaman. Aku faham. Tapi kau kena ingat. Kita ni pondan. Dia pondan. Mahu lari atau tidak. Dia tetap ada naluri tu. Kau tak tengok cara dia layan laki-laki yang rapat dengan dia? Kau tak perasan ke?’ Amir macam nak sampaikan sesuatu.

‘Cara dia melayan? Tak pula aku perasan. Kenapa? Ada beza ke?’ Mak tanya. Sebab bab ni, mak memang tak tahu menahu.

‘Kau tengok ae. Kalau Zarif kacau dia. Ada dia menolak? Tak de kan. Cuba kalau Ipan kacau dia. Kau tengok dia tolak macam mana. Lepas tu. Kalau Farizzuan kacau dia juga. Kau tengok. Menggeliat dia macam mana. Hah. Macam cacing je meliuk lintuk je badan dia weii. Kau tak perasan?’ Tanya Amir

‘Tak de pula aku perasan weii. Serius ar??’

‘Serius. Dari dulu lagi aku perhatikan. Macam tu la dia. Jadi lain kalau dengan jantan.’

Mak makin tak sedap hati. Sebab bagi mak selagi mak tak nampak bukti depan mata. Memang mak tak akan percaya. Mulut orang ni kalau tak menjatuhkan tak sah. Kira nak sebar fitnah, nak sebar kebencian. Nombor satu. Itulah mulut-mulut puaka namanya. Kalau nak hokum terutamanya golongan pondan, memang dahsyat. Semua salah. Semua Allah murka la. Alla laknat la. Habis kau sebarkan fitnah. Mengumpat, apa Allah tak laknak? Allah tak murka. Memang Allah tu laknat, murka pada pondan je ke?

‘Aku rasa aku nak buat sesuatu. Kau kena tolong aku.’

‘Aku ok je. Apa plan kau?’ Amir setuju nak tolong mak jalankan plan. Plan untuk memastikan betul ataupun tidak cerita tu. Bukan plan untuk menjatuhkan. Tetapi nak tengok sendiri dengan mata kepala ni. Jadinya, mak merangkan satu plan. Seperti biasa. Mak follow modus operandi dia. Malam. Pukul 2 ke 3 pagi. Waktu semua tengah tidur. Mak plan semua ni. Walaupun mak bergelut dalam hati menjangkakan yang dia takkan buat benda tu.

‘Harap-harap salah apa yang aku dengar.’ Bisik mak sebelum tidur malam tu. Selamat malam dunia. Selamat malam dunia pondan. Selamat malam semua. Mak tidur awal malam tu. Sebab esoknya mak nak cari kekuatan. Untuk berjumpa seorang kawan mak yang agak rapat dengan Khairul. Ya. Untuk dijadikan umpan.


‘Pat. Ada benda aku nak bincang sikit boleh? Ada benda aku nak minta tolong kau.’ Mak beranikan diri uolss. Tanya Pat. Pat antara yang rapat dengan Khairul. So mak rasa dialah calon yang sesuai. Muka dia pun not bad. Sedap mata memandang. Memang antara ciptaan tuhan paling agung la. Haip ! Fokus-fokus.

‘Apa dia Zamil? Macam serius je.’ Mak tahu Pat boleh agak pasal apa. Cuma mungkin dia tak dapat agak caranya.

‘Ok, macam ni. Nak sembang dekat sini ramai sangat. Kita jumpa dekat Bilik Prep lepas isyak. Senyap-senyap tau. Ni antara kita je. Jangan bagitahu sesiapa. Aku tak nak sape-sape pun tahu yang kita nak jumpa malam ni.’ Pesan mak dekat Pat. Takut orang lain tahu. Tak menjadi plan mak nanti.

‘Ok, Zaman. Lepas isyak ae.’


‘Zamil. Aku tak nak. Kerja gila kot. Aku tak nak buat. Serius.’

‘Pat, kau je harapan kami. Please. Aku merayu dekat kau.’ Amir mencelah. Pat je la harapan yang kami ada. Siapa lagi nak tolong kami jalankan plan ni kalau bukan dia.

‘Pat, please. Aku merayu dekat kau. Kau je yang boleh jalankan plan kami. Kau seorang je. Bukan aku nak jual kau ke apa. Tapi memang kau je harapan yang kami ada. ‘

‘Zamil, masalah plan kau ni plan gila. Aku tak sanggup la.’

‘Eleh kau jangan nak tak nak sangat la Pat. Aku tahu kau suka Khairul. Aku tahu. Sebab dia pernah cerita dekat aku. Dia sendiri yang cerita dekat aku. Dah ada peluang depan mata, kenapa nak tolak pulak?!!’ Nada Amir sedikit tinggi dari tadi. Tak sangka dia akan bocorkan pasal benda tu.

‘Amir! Aduy. Memanglah aku suka dekat dia. Tapi tak de la sampai nak buat benda bukan-bukan. Aku memang suka dekat dia. Puas hati kau??!!’ Pat kali ni lain macam respon dia. Tak macam Pat yang aku kenal. Sedikit berbeza.

‘Dah dah. Jangan bergaduh. Part suka suka tu kita tolak ke tepi dulu. Sekarang ni, Pat kau nak tolong kami ke tak?’

‘Huh!’ Pat berdengus

‘Ok, fine. Andai kata kalau bukan sebab kami. Please, buat sebab aku. Please. Sebab kita fikirkan pasal Khairul. Aku tak nak orang sebut pasal dia lagi.’

‘Aduh !!’ Pat nampak serabut. Dia menggaru-garu kepala dia. Mak tahu bukan garu gatal sebenarnya. Tapi garu serabut. Dalam hati mak memang mengharapkan dia.

‘Ok Zamil. Aku join!’ Pat tanpa ambil masa lama terus bersetuju nak sekali dengan rancangan kami. Amir sedikit merah muka dia. Tapi takpe la. Asalkan Pat setuju.

‘Ok, macam ni plan dia.’ Mak mula terangkan apa yang perlu kita lakukan.


Malam ini penentuannya. Ya. Malam ini. Mak sangat mengharapkan plan menjadi. Malam tu untuk menampak semuanya berjalan lancar. Mak dengan Amir tidur di katil paling hujung. Di suatu sudut. Kebetulan malam tu, ramai yang minta balik ke rumah. Sebab ada urusan. Jadi dorm agak sunyi dan tiada orang. Mak dengan Amir bersembang bagi mengelakkan suasana menjadi terlalu janggal. Lama nak tunggu umpan terkena. Maka banyak cerita yang kami buka. Nak menampakkan lagi natural, kami ajak Khairul sembang bersama. Ya la. Takkan la kami bersembang berdua, tak ajak dia kan. Nampak sangat sundal kalau kau tak ajak dia sembang sekali. Kami ajak Pat sekali untuk bersembang. Banyak yang kami sembangkan. Sampailah ke bahagian yang agak seksual pun juga kami sembangkan. Berkongsi pengalaman uolss. Yang si Pat tu pun acah-acah nak tahu pula bila sembang pasal benda tu. Harus uolss. Kita kena bagi initiator uolss. Baru plan menjadi. Sembang punya sembang. Jam dah menunjukkan pukul 2.30.

‘Ok la korang. Aku mengantuk la. Nak tidur la.’

‘Eh, dah nak tidur dah? Rilek la esok Sabtu kot. Awal lagi.’ Amir mengusik.

‘Sambung sembang esok la Amir. Mengantuk gila. Penat tadi petang. Aku tidur dulu ae. Bye. Selamat malam.’ Khairul pun pergi ke katil dia. Selang 2 buah katil je dari katil mak. Katil yang kami lepak tadi.

‘Ya la. Tidur la Khairul. Kau kan ala-ala puteri gitu. Tak boleh tidur lambat. Tidur-tidur.’ Kalau bab sakat menyakat ni bagi dekat Amir. Tahu la dia nak buat macam mana. Hhaha.

‘Ok, selamat malam.’ Sambil mata menjeling kea rah Pat yang hanya berboxer. Tanda ‘On’ , mulakan plan. Kami ambil masa beberapa minit untuk beredar dari situ. Takpe. Take time. Mak dengan Amir seperti biasa malam sabtu akan tarik tilam masing-masing dan tidur di atas lantai. Senior dorm memang bagi kebenaran. Tapi hanya hujung minggu. Plus, kalau kami tidur bawah lebih senang nak melihat apa yang akan terjadi nanti. Kebarangkalian untuk mereka perasan kami sedang memerhatikan adalah sedikit. Lagi, siapa tak suka tidur bawah. Sejuk. Sebab betul-betul bawah kipas.


Jam menunjukkan pukul 3.15. Pat dah nak memulakan langkah. Dia datang ke katil Khairul. Perlahan-lahan. Baring sebelah dia. Pat ni pandai juga cari spot-spot yang boleh menaikkan nafsu syahwat. Setelah kepala Pat dilabuhkan, perlahan-lahan tangan dia merangkul pinggang Khairul yang kecil tu. Perlahan-lahan juga dia mendekatkan bibir dia ke leher Khairul. Pondan mana tak suka orang bernafas dekat leher dia uolss. Mak pun suka. Celaka Pat. Betul-betul ambil kesempatan dia ni. Cis ! Khairul mula menggeliat manja. Mak dan Amir berpura-pura tidur. Tapi sekali sekala kami berpandangan. Seolah-olah dapat mengagak apa yang Amir nak cakapkan.

‘Celaka Pat.’

Permainan Pat kemas. Dia tak gelojoh. Segala tindak tanduknya berlaku dengan sangat perlahan. Kemas. Teratur. Penuh dengan lemah lembut. Saat dia merangkul pinggang Khairul. Mak boleh nampak, Khairul mendekatkan lagi punggungnya rapat ke Pat. Mak berpandangan dengan Amir. Walaupun tak berbicara walau sepatah. Tapi pondan ni seolah-olah ada telepati. Kami bisa berkomunikasi tanpa bersuara. Kami seolah-olah berdialog.

Amir. Betul kea pa aku tengok ni. Reaksi dia Amir !!!’

‘Percayalah Zamil. Inilah hakikatnya.’

Tapi sabar dulu. Permainan baru nak bermula. Menggeliat manja tu biasa la. Tengok la Pat buat macam mana. Sekali sekala Pat cium bahu Khairul. Kau rasa? Siapa je takkan terjebak kalau macam tu.

‘Melampaunya dia ni. Kang aku bangun kang.’ Bisik mak.

Pat semakin lama, semakin berani. Tiba-tiba dia cium pipi kiri Khairul. Mak aih. Mak dengan Amir yang tengok ni pula jealous uolss. Penat-penat mak plan, dia buat plan dia sendiri. Exaggerate melampau Pat ni. Siap dia lepas habis semua benda ni.

Sekali lagi Khairul menggeliat manja. Kali ni lagi manja. Manja tahap dewa. Dia pegang tangan Pat dialihnya dari pinggang dia. Lalu dia berpusing menghadap muka Pat. Tangan Pat tadi diletakkan betul-betul atas pinggul dia yang montok tu. Kepala dia dilabuhkan diatas dada Pat. Kau rasa nyah???!!!! Pukimak betul jantan ni. Mak bukan jeles ke apa. Tapi dia tak buat seperti yang dirancang. Malah ditokok tambahnya sendiri. Apa yang terjadi buat kami bingung. Sebab pokoknya, kami hanya nak tahu samaada khabar angina itu benar atau tidak. Bila dah Pat bersetuju nak bantu kami begini pula jadinya. Tapi satu benda yang mak tahu. Khairul memang gebe’. Itu dah pasti melihatkan kepada reaksi dia dengan segala pergerakan Pat. Tak terkejut. Sebab sama-sama pondan kan. Mak faham naluri dia.

Lama. Khairul baring atas badan dia sangat lama. Penat juga mak nak menunggu. Gigih mak dengan Amir tahan mata daripada tidur. Semata-mata nak menyaksi apa yang berlaku. Peliknya, dia tak perasan ke kami tengah memerhati ni. Hmm. Mungkin dah datang inzalnya kot. Mungkin. Sampai tak perasan yang kami sedang memerhati.

‘Takkan la Khairul nak buat dekat Ijat. Dengan Zul. Takkan la. Takkan dia nak buat dengan random orang. Dia tak tahu ke dia ada Pat. Kenapa nak malukan diri sendiri buat dekat orang lain. Sedangkan dia tahu yang benda ni akan heboh. Bodohnya Khairul ni. Buat tak fikir . Tahu nak sedap je. Tapi apa yang sedapnya. Dia bukan mendapat pun. Orang tu yang dapat. Haish. Betul la kot pilihan aku ambil Pat malam ni. At least, aku dapat tengok dengan mata sendiri. Siapa Khairul yang sebenar.’

Jam dah nak pukul 4.20 pagi. Masih tiada gerakan. Mak dengan Amir hampir terlelap. Tahan macam mana sekalipun akan terlelap juga. Mak pandang Amir. Amir pandang mak. Seolah-olah Amir nak cakap dekat mak, ‘Zamil, plan kita tak menjadi kot malam ni.’ Mak boleh nampak dengan jelas. Mata Amir semakin lama semakin mengecil. Mata mak pun. Sama-sama penat menunggu. Lama betul. Tak tahan dah mata ni. Seolah-olah digam, disteapler. Nak melekat je rasanya. Terlelap la kami pagi tu. Sia-sia la segalanya.

‘SSSS, Ahh !’

Tiba-tiba kami terdengar satu suara. Suara macam nak mengadu sakit. Bukan. Sakit tak macam ni. Pedih? Pun bukan. Ini bukan suara tanda pedih. Jatuh katil? Takkan jatuh katil dengan suara je tak dengar bunyi jatuh. Tapi yang pasti dalam kesunyian pagi yang hening itu, suara itu buatkan mak dan Amir serentak terjaga. Tak sempat nak dibuai mimpi. Amir membulatkan matanya. Seolah-olah mahu berbicara sesuatu.

OMG ! Ini bunyi senak. Ya. Bunyi dalam kesenakan. Mak memberanikan diri melihat katil pasangan itu tadi. Posisi mereka kini sudah berubah. Kali ini Khairul memeluk Pat dari belakang. Pat pula dihadapan. Dua-dua menghadap ke arah kami, yang mata masing-masing dah membeliak melihat permainan ranjang mereka.

Betul ke apa yang aku tengok ni. Betul ke. Tak tipu ke. Ke aku mimpi. Sungguh aku tak percaya benda yang dihebohkan itu sebenarnya betul dan memang benar-benar berlaku.’ Bisik mak dalam hati.

Bunyi yang kami dengar tadi tu datangnya daripada Pat. Kalau tadi dia yang menguasai. Kini giliran Khairul. Tangan Khairul kini berada di dalam boxer Pat. Ya. Anda tidak salah baca. Tangan Khairul berada di dalam boxer Pat. Suara yang kami dengar tadi, barangkali disebabkan si Pat tu senak. Senak sebab kemaluan dia kena elai. Kau rasa nyah? Mungkin ini kali pertama untuk Pat. Tapi melihatkan kepada cara Khairul. Ini bukan kali pertama baginya. Sambil tangan kirinya bermain dengan keris milik Pat, tangan kanannya ligat bermain putting Pat yang dah tajam terbonjol. Tapi adegan yang kami saksikan ini hanya bertahan beberapa minit sahaja. Sebelum mereka berdua beredar dari katil tu.

‘Jadi betul la apa yang dorang cakap.’

‘Nampak gayanya macam tu la Zamil. So, sekarang apa kita nak buat?’

‘Aku tahu apa yang kita kena buat. Sekarang ni dah kecoh dekat senior-senior. Ada beberapa orang senior dah tahu pasal benda ni. Aku tahu nak buat apa. Jangan risau.’

‘Nak bagitahu Izh?’ Amir seolah-olah dapat mengagak cadangan mak lepas ni

‘Itu je caranya nak buat senior2 semua tutup mulut.’ Memang dengan cara ini sahaja boleh buat cerita ni berhenti setakat disini sahaja dan tak merebak. Tak nak. Mak tak nak dia burukkan nama pepondan yang ada. Mak takkan biarkan.

‘Izh banyak tolong kita cover cerita.’

‘Sebab Zamil dah bagitahu dia pasal benda ni. And dia kena tolong juga.’

‘Eh kejap kejap. Dorang pergi mana tu?’


‘Hm..’

Thursday, 19 November 2015

GEBE' 16 : HANDSOMEKAN DIA?

Kerja sekolah menimbun. Cikgu Qayyum suka bagi latihan Matematik banyak-banyak dekat kami. Haish. Tak bernafas mak nak siapkan. Tapi katanya, untuk kebaikan bersama. Sebab makin banyak latihan mak buat, makin pandai matematik katanya. Gituh! Redha je la nyah. Buat je la kerja sekolah tu. So, malam tu banyak kerja yang mak kena siapkan. Sebab bukan kerja matematik je. Ada juga kerja Bahasa Melayu dengan Sains yang kena disiapkan. Mak ala-ala bekerjaya malam tu. Siapkan kerja rumah dekat bilik Prep.

Jam dah pukul 9.30 malam. Bosan. Penat. Sebab menghadap buku je dari tadi. Nasib petang dah siapkan separuh. Jadi malam tu tak de la terkejar-kejar nak siapkan semua. Mak bersandar pada kerusi.

‘Wei Zaman, kau dah siap dah kerja matematik? Nak pinjam weii. Malas la nak buat.’ Tanya orang belakang.

‘Dah siap dah. Nak pinjam ambil la. Nah!’ Mak menghulurkan buku matematik mak dekat dia. Nak tiru, tiru la. Sebab mak faham. Memang banyak kerja kena siapkan hari tu. Kalau tak dibuat dari petang memang tak siap uolss. Alamatanya, Copy and Paste la kome. Hhaha.

‘Tapi bahagian last tu aku hentam je. Sebab tak tahu nak buat macam mana. Esok baru nak tanya cikgu macam mana nak buat.’

‘Ok-ok. Ni kira bagus dah ni. Tak sempat doh nak siapkan semua.’

‘Ya-ya. Tirulah. Bahagian last tu nak tiru aku boleh, nak tiru orang lain pun boleh. Terpulang.’

‘Beres!’
Sesekali aku termenung tengok tingkap kelas yang dah berhabuk balik minta dicuci tu. Rindukan rumah. Minggu ni tak boleh balik, tunda ke minggu depan. Sebab minggu lagi satu tu dah cuti seminggu. So, 3 minggu la mereput dekat asrama. Tapi takpe, hujung minggu balik sekejap.

Bila dah bosan, benda yang mak suka buat adalah termenung. Tengok orang lain buat kerja. Kacau kawan mak buat kerja. Jalan keluar masuk bilik prep tu. Buka buku lain. Selak-selak kemudian tutup semula. Tak tahu nak buat apa. Padahal kerja belum siap lagi. Pandai la mak cari alasan esok ni macam mana. Tiba-tiba dari dalam mak nampak kelibat seorang lelaki yang tak pernah mak jumpa sebelum ni. Tak pernah. Budak baru ke.

Dia masuk dalam bilik prep kami. Macam nak sampaikan sesuatu. Sebab dia terus ke depan kelas. Dengan kedua-dua tangannya masuk ke dalam poket baju melayunya.

‘Assalamualaikum. Wei korang. Tadi Abang Syaffiq pesan. Lepas Isyak terus tunggu dekat surau. Sebab ada benda penting dia nak bagitahu. Tunggu tau lepas Isyak.’

Ada sesuatu pada diri dia yang buatkan mak tertarik. Ada sesuatu dengan matanya. Berkilau. Entah kenapa. Tapi bila mak tengok mata dia macam berkilau semacam. Mak rasa dia ni pemalu orangnya. Tak tahu apa sebab mak cakap macam tu. Tapi mak dapat rasakan dia ni pemalu orangnnya. Rambut dia uolss. Rambut dia ala-ala fesyen terkini masa tu. Bahagian depan terjatuh . Belah belakang ala-ala tercacak sikit. Fesyen ni mak tengok dekat kepala lelaki lain. Tak sesuai. Buruk jadinya. Tapi pada dia, perfect! Sangat perfect. Sesuai. Sesuai dengan mata dia yang berkilau-kilau tu. Kulit dia. Kulit jantan. Gelap sedikit. Tidak. Sawa matang. Tak de gelap sangat. Tak de cerah sangat. Sesuai la dengan dia. Badan dia. Biasa je. Tak de la tegap sangat. Mungkin sebab dia ni atlit bola kot. Sebab mak tengok budak-budak yang main bola semuanya tak tegap mana. Mungkin sebab bola sepak. Bukan ragbi. Mungkin. Tapi walaupun tak tegap, mak tetap suka tengok dia masa tu. Ada sesuatu yang berbeza dengan dia ni. Cara dia berjalan. Agak pelik. Macam terkengkang sedikit. Of course bukan macam model la nok. Agak lain daripada yang lain cara dia berjalan. Lain. Sangat lain. Suara dia. Lagi unik. Penyet tak penyet. Nak kata serau. Lagi la tak. Macam pelat tak pelat. Tapi pelat yang bila dengar, buatkan mak senyum je sentiasa. Macam. Entahlah nak samakan dengan apa. Tapi memang comel. Suara dia macam tak sesuai dengan rupa dia yang mencairkan itu. Tapi mak suka. Just nice. Oh mai. Cara dia berdiri depan kelas prep mak masa tu. Goyang kiri kanan, dengan kedua-dua belah tangan dia dimasukkan ke dalam poket baju melayu hijau yang dia pakai. Menampakkan yang dia ni lagi comel di mata mak. Bukan. Bukan comel. Handsome. Yes. Handsome.

‘Handsomenya dia.’ Tiba-tiba terkeluar dari mulut mak tanpa sedar.

‘Jap Zaman. Apa dia? Kau cakap dia handsome??!!’ Bunyi suara Izhwan dari belakang. Celaka betul. Mak tengah berimaginasi ni.

‘Weii korang, Zaman cakap dia handsome weii.’ Jerit Izhwan. Satu kelas prep boleh dengar.

‘Babi la ko. Mana ada aku cakap dia handsome.’ Mak cuba menafikan.

‘eee. Ko ni gay ae?’ Jerit Izhwan lagi.

‘Eh, mana ada. Celaka la kau Izhwan.’


‘Zaman, satu asrama dah heboh. Cakap kau suka dekat dia. Betul ke Zaman?’

‘Eh, mana ada. Siapa yang bawa cerita ni? Celaka la. Mana ada.’

‘Iya Zaman. Dekat budak-budak sukan semua dah heboh pasal kau suka dekat dia. Ada yang siap tanya aku lagi. Betul ke kau suka dia?’

‘Eh, mana ada. Hish, ni mesti ada yang bawa mulut ni. Hmm.’

Dar tingkatan 1 sampailah tingkatan 3, Mak tak pernah bersembang dengan dia. Kalau bertegur, bertegur hai hai bai bai je. Tak de la sampai nak sembang bertepuk tampar bagai. Hanya mampu melihat dari jauh. Sial budak yang sebarkan cerita tu. Sejak cerita tu heboh satu asrama, dia tak pernah nak pandang mak. Kalau bertentang mata. Memang takkan lama. Samaada dia atau mak akan mengalihkan pandangan.

Pernah sekali. Masa makan beradab. Nama je makan beradab. Tapi makan ikan je pun. Malam tu mak duduk berhadapan dengan dia. Bukan mak sengaja ya. Memang terkena. Sebab kedudukan dah ditetapkan. So, duduk je la. Mak bukan jenis yang makan ikan sangat. Tapi malam tu, tak tahu apa jenis perasaan yang merasuk mak.

‘Eh, kau tak makan ikan tu ke? Bak sini bagi aku. Aku lapar ni. Eh, kau tak habis juga? Meh sini bagi aku. Sayangnya nak buang ikan n. Weii. Makan tak? Bagi aku ikan kau boleh?’

Ada la dalam 7 ikan mak bedal malam tu. Depan dia. Tak tahu apa yang mak cuba untuk lakukan. Tak tahu apa benda yang mak cuba nak buktikan. Tak tahu. Yang mak tahu malam tu, mak kenyang gila.

‘Orang macam ni tak boleh bawa makan dekat hotel ni.’

Mak berhenti makan serta merta. Berhenti dari kunyahan yang mak sendiri paksa. Tak tahu kenapa mak jadi sedih. Mak tahu, perlakuan mak mungkin untuk mendapatkan perhatian dia. Tapi. Entah kenapa. Kadang-kadang benda tu terjadi dengan sendirinya. Depan dia, mak berubah jadi orang lain. Jadi orang yang mak sendiri tak kenal siapa. Dalam dewan makan, mak seboleh-bolehnya nak duduk dekat depan dia. Curi-curi pandang. Itu je mampu.



Sunday, 15 November 2015

GEBE' 15 : AKU STRAIGHT LA !

Mak masih teringat malam tu. Kami mesra bersama. Bergelak ketawa. Berkongsi cerita. Sedih dan duka kami kongsikan jua. Ya la. Kalau dah kata sisterhood tu, memang bonding dia kuat uolss. Sangat kuat. Sesekali mak usik Shaz,

‘Kau ni tak straight kan Shaz? Kau jawab soalan aku ni.’

‘Eh, mana ada la. Kita straight la !!’ Jawab Shaz dengan yakin walaupun sekali kita dengar, memang jelas kedengaran kelembutan dan kepondanannya. Tapi mak ikutkan aje. Sebab mungkin dia tengah berlawan dengan diri dia sendiri. Melawan perubahan naluri yang kuat menguasai dri. Naluri sukakan kaum sejenis. Mak faham. Sebab dulu mak juga begitu. Seawal darjah 5 ya mak sudah mengalami perubahan naluri yang mendadak selepas ada seorang mamat ni yang baru pindah dari Kuala Lumpur masuk ke sekolah mak. Sejak tu, mak terus ada perasaan dekat lelaki. Mak cuba lawan, tapi naluri tu sangat kuat. Pernah juga mak cuba untuk menafikannya, tapi sama je. Selagi mak menafikan, selagi itulah naluri sukakan kaum sejenis itu semakin kuat. Jadi, mak faham kalau-kalau Shaz sekarang ini sedang menafikan naluri yang baru sahaja berevolusi dalam dirinya. Dalam keadaan yang orang panggil sebagai denial. Mak faham. Faham sangat-sangat.

‘Zaman. Ada gossip!’

Tersentak sekejap dari lamunan. Kak Tun masuk dalam bilik dalam keadaan tersenyum manis. Seperti biasa, mak dapat agak. Mesti ada benda panas yang dia nak kongsikan dengan mak. Nyah, kalau dah pondan nok, suka juga bergossip segala. Hhahaha.

‘Gosip apa Kak Tun?’ balas mak ringkas.

‘Gossip pasal Shaz uolss.’
‘Kenapa dengan dia uolss? Dia buat apa je kali ni? Apa dia cerita?’ Tanya mak bersungguh-sungguh nak tahu cerita walaupun pada mulanya malas nak layan. Sebab mak tahu Kak Tun ni jenis cerita tak panas mana pun, tapi dia buat-buat panas. Tapi bagusnya Kak Tun ni, dia akan ceritakan segala benda yang dia tahu pasal Shaz. Bukan dia nak menyibuk ke apa. Tapi da tahu yang mak selalu risaukan Shaz. Takut terhanyut lebih jauh

‘Dia Suka dekat Farizzuan Zaman. Sumpah tak tipu. Dia siap mengaku lagi dekat aku Zaman. Serious. Sumpah tak tipu. Dia sendiri yang cakap dekat aku.

‘Kau biar betul Kak Tun. Uolss!!! Ini panas ni. Bila dia kasi tahu kat uolss?’ Tanya mak ingin tahu.

Ok, cerita ni betul-betul panas. Sebabnya dah lama gossip menceritakan yang Shaz ada hati dengan dia. Baru sekarang tahu kebenarannya uolss.

‘Beberapa hari lepas.’

‘Kira baru lagi la ni. Hm.’

‘Apa yang kau Hmm kan Zaman?’ Tanya Kak Tun.

‘Tak de apa. Tak tahu nak respon apa sebenarnya. Jawab mak

Bila dapat tahu kisah Shaz dengan Farizzuan budak Sabah tu, terus mak jumpa Aiman. Aiman ni kawan rapat mak. Kawan berkongsi gossip dan masalah. Hhaha. Kira kawan bergossip  la uolss. Terus mak buka cerita dengan dia.

‘Aiman, kau nak tahu tak uolss. Semalam Kak Tun cerita dekat aku.’

‘Kak Tun cerita apa dekat kau nyah? Tanya Aiman.

‘Dia cakap, yang Shaz memang betul-betul sukakan Farizzuan budak Sabah tu. Kau rasa nyah? Hari tu bila kita tanya dia ni straight ke tidak, dia siap nafikan lagi nok. Siap cakap, ‘Aku staright la’ bagai. Tiba-tiba mak dengar cerita dia mengaku yang dia suka Farizzuan tu. Apa kejadahnya ni?’ Jelas mak panjang lebar.

‘Ala nok. Aku tak terkejut. Sebab tengokkan cara dia tu pun nok, memang dah boleh agak nok.’

Pondan ada satu kelebihan atau satu keistimewaan. Dia kenal spesies dia. Hhaha. Yes. Hanya pondan yang kenal siapa pondan. Itu kelebihan yang dianugerahkan sejak azali. Korang kena terima. Hhaha

‘Mak bukan apa nyah. Dia dah tahun 2 nyah. Tahun depan masuk tahun 3. Dia akan ke Banting nak buat praktikal. Macam-macam boleh jadi nyah. Macam-macam. Mak risau kalau-kalau dia jadi macam senior kita je.’ Mak keberatan untuk buka cerita. Tapi disebabkan mak dah anggap Shaz ni macam keluarga sendiri, tapi mak tabah. Gituh. Padahal nak bergossip nok.

‘Senior? Kenapa dengan senior kita?’ Jawab Aiman. Walaupun sebenarnya dia dah tahu cerita.

‘Senior kita si Razak tu. Kan dia tu sesu juga uolss. Hah, dengar cerita dia ada sugar daddy lagi. Ada orang jaga dia uolss masa dia dekat Banting. Kau rasa nyah? Kekawan dia cakap, dia selalu keluar malam-malam. Tak balik-balik. Asyik menghilang je. Last-last nok, sebabkan tu, dia kena repeat tahun 3. Mak risau benda yang sama akan jadi dekat dia. I mean, ya la. Dia memang pandai nok. Andai kata tak gagal pun. Hah, apa la yang akan jadi dekat dia tu nok? Risau la.’

‘Aku pun risau nyah. Sebab dorang tu baru nak berkecimpung. Gelora nafsu tengah membuak-buak. Banyak benda dia nak cuba nant bila dia dah explore dunia gebe’ ni.’ Tak sangka. Aiman pun berfikiran yang sama seperti mak.

************************************************

Shaz sudah memulakan praktikal klinikalnya di Banting. Memang pelajar perubatan bila masuk tahun ketiga, mereka diwajibkan ke Banting untuk memulakan tahun klinikal mereka. Kira wajib la benda ni. Memang nak tak nak, kena ke Banting. Mak ada juga rindu nak berbual dengan Shaz and Sai. Memang rindu. Rindu gila. Ya la, mak ni bukan yang digemari dalam batch sendiri. Semua tak rapat dengan mak. So, pepondan je la kawan yang mak ada.

Mak ni agak terkenal dengan aktif di Twitter. Sampaikan ramai la yang block mak dekat Twitter, sebab mereka tak suka tengok mak aktif sangat dekat Twitter. Bodoh kan uolss? Kalau tak suka, follow tu kenapa? Haish, Tak faham dengan manusia ni. Bangang sangat. Susah ke nak tekan butang unfollow tu. Ok2, tak nak meroyan pula. So seperti biasa, lepas kelas habis. Mak buka Twitter, and skrol timeline macam biasa. Tiba-tiba mak ternampak satu akaun dekat bahagian ‘Who To Follow’. Bahagian atas tepi belah kanan timeline. Jelas tulis dekat situ nama Shaz_Said.

‘Aik, dia buat Twitter baru ke? Tak bagitahu pun. Buka la.’

*You Are Blocked From Viewing This Acc*

Mak tak tahu nak respon apa. Sedih ada. Marah ada. Benci ada. Sakit ada. Semualah uolss. Semua bercampur baur. Mak macam. What??? Kenapa nak block mak pula ni?

Jenuh fikir, then mak buat fake akaun menggunakan nama TK sebagai samaran. Profile Picture pula mak pakai gambar Indonesia mana entah. Nampaklah real sikit uolss. Nak buat Fake Akaun kenalah bijak, jangan jadi bodoh uolss. So, bila akaun baru tu dah siap semua. Mak stalk la akaun Shaz_Said tu. Ya la. Nak tahu juga. Manalah tahu kot-kot itu fake Akaun ke kan. Ada yang guna gambar dia ke kan. Sekali bila baca tweet2 dia. Yes! Memang betul. Sah! Ini akaun dia. Sebab gaya bahasa dia memang sama dengan Shaz yang aku kenal. Tapi kali ini. Shaz yang ini berbeza. Berbeza sebab semua tweet-tweet dia berunsur Gay. Berunsur lucah. Berunsur liberal. Mak tak terkejut. Sebab mak tahu, akhirnya dia akan end up jadi macam tu juga. Tapi tak sangka sampai ke tahap ini. Tahap sampai ada komuniti sendiri dalam alam maya yang penuh penipuan tu. And the worst part is, dia block mak. Atas sebab bila ditanya. Katanya nakkan privacy dan ruang sendiri. Ok, mak faham. Tak tak payah la sampai nak block.

Dulu bila mak tanya dia gebe’ ke tak. Punya tak mengaku. Sekali, ada komuniti gebe’ sendiri dekat twitter.

Kita Straight la!!

Teringat lagi ayat yang keluar dari mulut dia.


Straight la sangat.

Wednesday, 4 November 2015

GEBE' 14 : GOSSIP DENGAN CIKGU

Hai uolss semua. Sihat ke? Kalau sihat, sama-samalah panjatkan kesyukuran pada Tuhan. Kalau tak sihat pun, panjatkan kesyukuran juga. Sebab sudi menguji uolss semua. Syukur. Ok, kali ini, mak nak kongsikan satu kisah pembalasan teragung pernah berlaku dalam kehidupan mak selama bergelar pondan. Eh, bukanlah pondan sangat pun. Selama 22 tahun hidup ni la. Gituh! Pembalasan yang membuatkan ramai terkejut dengan apa yang berlaku. Ramai yang sibuk nak call, mesej mak tanya pasal kesahihan cerita itu yang pastinya mak dapat dari sumber yang boleh dipercayai, iaitu cikgu sekolah mak sendiri. Ahaks. Dah ready nak baca uolss. Kali ni, mak tulis sikit je ae. Sebab yang lepas banyak dah kan mak tulis. Hhaha, 2000 lebih patah perkataan kot. Hhaha. Ok2. Jom uolss.

Masa mak sekolah, memang ramai sebenarnya yang boleh mak gelar sebagai PondanPhobia. Hhaha. Takkan tak faham kot. Maknanya benci pondan la. Tak suka, jijik, geli dengan pondan. Hambik kau definisi dia uolss. Hha, ramai sebenarnya PondanPhobia. Tapi dorang ni macam senyap-senyap je la. Tahu-tahu dorang bash kita teruk-teruk. Tahu-tahu je dalam diam, dia cakap dia tak suka kita semua. Sentap mak bila tahu. Tapia da juga golongan PondanPhobia yang agak lantang bersuara. Lantang sampaikan tak tahu erti menghormati hak orang lain. Kira puas hati dia je. Main nak marah je. Main nak sembur je. Tak kisah pasal pandangan orang lain dah. Sebab bagi dorang, golongan pondan wajib dibasmi sehabis-habisnya. Bagi dorang la nok. Walaupun dorang tak de usaha langsung nak mendalami kehidupan seorang pondan. Gituh! Kan dan membebel dah mak ni hah. Hha.

Ok, ada seorang jantan masa sekolah ni. Dia jenis yang sangat benci pondan. Kiranya PondanPhobia la uolss. Phobia dia ni tahap yang menakutkan kot. Kiranya hardcore la uolss. Tambah pula badan dia besar, lagi la buatkan pepondan semua takut dengan dia tau. Ya la. Sangat besar. Muka bengis je. Ala-ala Bila AFA tu. Serius tak tipu uolss. Macam tu la besarnya. Kalau nampak pondan depan dia. Dia akan jerit.

‘Hoi Pondan! Jalan elok-elok la.’

Kisah pula mak kan. Suka hati la nak jalan macam mana. Tapi kadang-kadang apa yang di buat tu, mak faham la. Sebab dia nak betulkan yang tak betul. Kononnya la. Tapi kadang-kadang annoying juga uolss. Menjengkelkan. Yes ! That’s the word. Sebab kadang-kadang tak de angina, tak de ribut, dia main tolak-tolak orang.

‘Pondan! Kau sana sikit. Dah la pondan. Jijik tahu tak.’ Sambil dia tolak pondan semua ke tepi. Badan dia kan ala-ala gedabak besar uolss. Pepondan suci yang berbadan kecil bak ta cukup makan tu, kadang-kadang sampai terjatuh uolss. Sebab tolak dia tu jangan cerita la. Kuat gila uolss. Sangat kuat sampai sekali tu pernah ada yang terjatuh terhantuk kepala ke jalan tar. Kau rasa nyah? Kuat ke tidak di tolak. Mak kalau bab-bab nak mengutuk silakan. Kalau sampai nak sentuh-sentuh fizikal macam tu, memang mak akan menyirap. Ya la. Boleh bawa kes polis tau. Sebab ada sentuhan. Gituh. Bukan bersentuhan lain. Hhahaha.

Tahap dia ni agak membuatkan kami sangat menyampah dengan dia. Pernah sekali dia keluar statement, cakap semua pondan adalah ahli neraka dan tak layak hidup dalam dunia. Mak was like… What? Seriously. Lawaknya. Syurga neraka baru mak tahu dah ada dekat tangan dia. Hah! Ala-ala dialog Fauziah Nawi dalam cerita Hoore Hoore uolss. Hhaha. Tapi geram tak uolss, bila orang keluar statement macam tu? Apa masalah kau? Sampai nak cakap macam tu. Ada pepondan ni kacau hidup kau ke? Apa ada pondan sailing bapak kau ke nyah? Sedih!

Ada satu hari, mak ke kantin nak beli makanan. Lapar uolss. Mak curi-curi keluar la kan sekejap. Tiba-tiba.

‘Hoi Pelacur! Beli makanan awal gila. Babi punya pelacur!’

Kau rasa nyah? Apa masalah dia nak jerit aku macam tu. Suara dia masa tu, satu kantin dengar ya. Mak cik kantin semua tengok mak je. Malu uolss. Malu gila. Lepas beli, mak terus balik kelas balik. Malas nak layan jantan sialan tu. Tapi dia jerit lagi dengan kuatnya.

‘Pondan! Pondan! Pondan!’ Dia dengan budak Hafiz tu sama je. Suka nak panggil mak pelacur pondan bagai.

Andai kata, tiba-tiba mak jadi pelacur nanti, tak ke disebabkan doa dia. Ya la. Taip-tiap hari kalau jumpa je, panggil mak pondan bagai. Panggil pelacur segala. Tak ke kalau lebih 40 kali dia sebut, memang jadi betul-betul nyah? Sabar je la nok. Mak sekolah dekat sana, belajar je. Malas nak fikir benda lain nok. Fokus je. Sebab tujuan mak, nak bahagiakan mama dengan keputusan mak yang cemerlang. Itu je. Gituh! Cita-cita uolss. Haha. Tapi betul la kan. Memang mula-mula kena, rasa tak kuat. Dengan kawan-kawan mak yang semua dah pindah sekolahnya. Memang agak terkesan. Sebab kita sorang-sorang uolss. Dulu masa ada geng, seronoklah. Sebab semua benda buat sekali. Tak de nak asing-asing. Makan pun sekali. Rasa kuat la sikit kan.

Kira banyak juga la dia ni buat. Pernah sekali masa berjalan dari tapak perhimpunan nak ke kelas. Nak dibuatkan cerita, mak jalan sekali dengan kelas dia. Mak usha la dia kan. Usha dalam keadaan geram. Rasa nak tumbuk-tumbuk je muka dia. Rasa nak picit-picit je lelemak dia tu. Rasa nak tolak dia, then sepak kepala dia. Geram punya pasal uolss. Macam-macam mak bayangkan dah.

‘Kau tengok-tengok apa pondan?! Nak kena ke?! Bodoh betul.’

‘Kau pasal apa? Siapa tengok kau gila?!’ Mak melawan balik.

‘Kau nak kena ke? Nak aku kasi penumbuk. Jadi laki balik kau kang aku tumbuk.’ Sambil tunjuk penumbuk gemuk dia.
‘Tumbuk la. Kisah pulak aku.’ Mak beranikan diri melawan balik. Sekali gemuk tu datang dekat uolss. Dalam hati, mak berdebar je.

‘Pondan!’ Dia terus tolak mak. Badan mak pun ala-ala Kimpah Kirana juga uolss. So tak berapa nak terkesan la dengan tolakan dia. Tapi dia sekali lagi menyerang mak.

‘Kau memang celakakan pondan!’ Sambil dia pegang baju mak, tangan dah sedia nak tumbuk mak.

Nasib menyebelahi mak rasanya masa tu. Cikgu Sejarah mak lalu. Terus dia jerit.

‘Hoi, Apa tu??!!! Berhenti!’ Jerit Cikgu Sejarah tu (Nama dirahsiakan. Dia ada Facebook uolss)

‘Dia ni cikgu. Dia yang mulakan.’ Mak mula masuk jarum. Pondan nok, dekat sekolah kalau kena dengan cikgunya, memang kau akan menang. Kebetulan dia ni mengajar kelas mak. Kira kenal la. Terus dia cakap.

‘Awak jangan melampau sangat ya nak bergaduh bertumbuk-tumbuk dekat dalam kawasan sekolah.’ Warning cikgu tu uolss.

‘Nasib awak berdua baik, sebab mood saya baik pagi ni. Kalau tak memang saya akan bawa awak jumpa Guru Disiplin. Dah masuk kelas.’ Tambah cikgu tu.

Aik! Mak pun kena. Siot betul. Muka mak ni ada macam yang akan start pergaduhan ke hah? Aduyai! Sial betul jantan tu. Pagi tu memang mak ada kelas sejarah dengan cikgu tu. Cikgu tu ada tanya pasal benda tu dekat mak, belum sempat mak jawab. Terus kawan-kawan kelas mak yang menyaksikan kejadian tu back-up mak. Terharu uolss. So, cikgu tu tahu semuanya. Cikgu tu siap cakap, jangan layan budak macam tu. Nanti buat lagi sakit hati je.

Sepanjang 2 tahun. Tingkatan 4 dengan 5, mak tahan je dengan budak jantan tak guna tu. Sebab malas nak ambil port sangat uolss. Malas. Nanti kita pun kena tempias sama. Mak tak nak nama mak busuk just sebab bergaduh dengan jantan tak guna sialan tu. Buang masa! So, sampailah habis sekolah. Memang benda tu berlalu macam tu je.

Hari demi hari. Bulan demi bulan. Tahun demi tahun. Mak pun dah sambung belajar dekat Kuala Lumpur. Dia pun entah ke mana. Belajar dekat Kuala Lumpur ni agak sibuk juga la uolss. Sebab mak agak aktif dekat fakulti dengan kolej uolss. So, kalau nak balik hujung minggu tu macam tak berapa nak selalu la. Balik Ipoh masa cuti semester je. So, ada satu masa ni. Masa cuti semester. Mak balik Ipoh. Masa tu tak de apa-apa projek. So, boleh lah luangkan masa dengan family dekat Ipoh uolss. Hhaha, Nak dipendekkan cerita lagi. Mak ambil keputusan nak lawat cikgu dekat sekolah lama mak. Mak pergi seorang masa tu. Saja je. Sebab lama tak lawat sekolah kan. Rindu pula tempat belajar tu. Nostalgia uolss bila balik sekolah.

Dekat sekolah tu, mak jumpa seorang cikgu yang mak agak rapat la dengan dia. Kami berdua makan sama-sama dekat kantin sekolah tengahhari tu. Tiba-tiba cikgu tu buka cerita.

‘Zaman. Awak nak dengar cerita tak? Awak mesti suka dengar cerita ni. Percayalah.’

‘Cikgu ni suka tau gossip-gossip. Tak baik la. Saya dah bertaubat.’

‘Sudahlah Zaman, awak nak berubah. Memang tak la. Hhahahaha’

Kurang asam punya cikgu. Hhaha, tapi realitinya begitulah. Hhaha

‘Hhaha, tak baik la cikgu. Ok-ok. Cerita apa cikgu. Panas ke tidak?’ Mak memulakan perbualan gossip kami.

‘Of course la panas uolss. Haha, awak ingat lagi kan budak lelaki yang suka kacau awak masa sekolah dekat sini dulu tu?’ Tanya cikgu tu nak memastikan mak bisa menangkap apa yang dia nak sampaikan.

‘Hm. Yang mana ae cikgu? Ramai yang suka kacau saya. Tak terkira. Hhaha’ Jawab mak. Sebab ya la nok. Memang ramai pun. Kena la spesifik sikit kan.

‘Ala, yang badan besar-besar tu. Yang gangster-gangster tu. Yang suka tolak-tolak orang tu. Suka cari gaduh tu. Takkan awak lupa kot. Haih, musuh ketat awak kan. Siap datang jumpa saya nangis-nangis lagi. Takkan dah lupa.’ Menusuk ya penerangan cikgu masa tu. Ya Allah. Sentap mak part yang dia cakap ‘datang jumpa saya nangis-nangis’ tu. Hhaha. Kau rasa nyah?

‘Oh, budak tu. Ingat sangat cikgu. Bohong la kalau saya cakap saya lupa.’ Jawab mak ringkas. Terus teringat apa yang jantan tak guna tu selalu buat dulu. Dia memang sialan terbesar.

‘Dia ada adik tau sekolah dekat sini.’ Sambil tangan cikgu menyuap bihun sup yang dia beli tadi. Panas. Jelas kelihatan asap panas dari sup bihun sup tu.

‘So? Itu je gossipnya? Hhaha’ Gelak aku. Sebab mesti ada something cikgu nak cerita ni. Cikgu ni kalau gossip dia suka buat mak tertunggu-tunggu. Suspen katanya.

‘Sabar la. Biar saya habis cerita dulu. Adik dia buat hal dekat sekolah. Habis kecoh cikgu-cikgu semua.’ Cikgu sambung sekejap, kemudian dia sambung menghirup sup.

‘Slurrpp..’

‘Kenapa cikgu? Adik dia pun ala-ala anti-pondan ke cikgu? Bajet-bajet gangster juga macam abang dia la? Lantak la cikgu dengan dia. Elok la tu. Adik dengan abang sama naik.’ Mak terus tembak je. Geram punya pasal.

‘Kah Kah Kah ! Kakakakah !’

‘Kenapa cikgu gelak? Saya salah cakap ke? Betul la. Geram bila teringat balik.’ Tambah mak.

‘Adik dia pun pondan awak.’ Dengan selambanya cikgu cakap macam tu.

Mak terus letak sudu dengan garfu. Terbeliak mata, badan terus tegak. Lantas mak tanya cikgu.

‘Serious arr cikgu? Oh mai. What happened? Ok, ini panas. Ini panas. Ok, cikgu cepat cepat cerita. Cepat cerita. Tak sabar nak dengar.’ Mak jadi excited nak dengar. Sebab sekarang cerita da jadi semakin menarik. Adik dia pondan? Bukan abang dia anti sangat dengan pondan ke.

‘Kalau setakat lembut, cikgu tak kisah sangat nak cerita dekat awak. Tapi ada benda yang dia buat. Habis sampai Ustaz R pun geleng kepala ya.’

Ustaz R tu ustaz kegemaran aku. Memang baik. Dia tak kisah pun aku lembut. Dia cakap, asalkan tak buat benda bukan-bukan sampai melanggar akidah. Gituh. Ok2, back ti the story.

‘Apa yang dia buat cikgu?’ Mak semakin nak tahu.

‘Ok, cerita dia macam ni. Ada satu hari ni. Dalam kelas la kan. Saya mengajar masa tu. Kelas adik dia. Saya masuk kelas macam biasa la kan. Masuk then mengajar. Tiba-tiba bila saya masuk kelas tu, budak-budak macam tengah bisik-bisik tau. Saya macam pelik la. Kenapa nak bisik-bisik. Ada yang tak kena dengan baje saya ke. Ada yang tak kena dengan tudung saya ke kan. Saya teruskan mengajar macam biasa. Saya suruh dorang buka buku antologi, sebab saya nak mengajar komsas masa tu. Budak-budak ni terus berbisik-bisik. Saya jadi hairan la. Tak puas hati saya, terus saya letak buku saya atas meja. Tanya dorang. ‘Kenapa awak semua berbisik-bisik ni? Ada yang tak kena ke?’. Saya tanya macam tu tau dekat dorang.’

‘Then cikgu? Budak-budak jawab apa?’

‘Dorang cakap taka da apa-apa tau. Ok fine la. Saya sambung balik mengajar. Tak lama lepas tu, budak-budak ni berbisik balik. Kali ni siap tahan gelak bagai. Ohh, saya jadi nak mengamuk la kan. Saya nak masuk mengajar, dorang macam seolah-olah nak menguji saya pula. Memang nak kena la kan. Terus saya point dekat budak yang tahan gelak tadi. Saya tanya dia. ‘ Awak dah kenapa Zamri? Apa yang awak nak gelakkan? Awak jangan nak main-main dengan saya ya. Awak jangan sampai saya halau awak dari kelas saya. Jangan cabar saya.’ Saya cakap macam tu la dekat dia. Ya la. Siapa tak menyirap kalau tengah mengajar, budak-budak ni buat dunno pulak kan.’

‘Ya la cikgu, kalau saya pun akan marah. Kurang ajar kot.’ Mak balas. Sikit je. Sebab nak dengar gossip punya pasal. Cikgu kalau bercerita memang akan dengan detailsnya sekali. Hhaha.

‘Lepas tu saya nak halau dia dari kelas saya tau. Sebelum sempat saya nak halau, dia terus cakap.’Cikgu saya tahan gelak sebab dia cikgu.’ Saya tanya dekat dia kan. Kenapa sebab dia pula? Then, dia jawab, ‘Sebab dia pakai bra cikgu!’

‘Gulp.’ Mak hanya mampu telan air liur.

‘Ya Allah Zaman, betul. Adik dia pakai bra datang sekolah Zaman. Budak Zamri tu siap datang belakang adik dia tu, tarik-tarik bra yang dia pakai. Ya Allah Zaman, saya tak tahu nak buat apa masa tu. Pertama kali dalam hidup saya sepanjang saya mengajar dekat sini, ada budak lelaki pakai bra pergi sekolah. Awak. Awak tahu tak, siap pakai warna merah tau. Warna merah! Baju sekolah kan putih, memang nampak la bra dia pakai. Jelas Zaman. Jelas. Sangat jelas. Awak rasa Zaman, apa yang saya buat masa tu. Saya terkaku masa tu. Terkelu. Tak tahu nak buat apa. Pertama kali dalam kelas saya blurr nak buat apa. Buntu.’

‘Astaghfirullahala’zim cikgu. Betul ke cikgu? Ya Allah. Then cikgu buat apa?’

‘Saya minta kebenaran, saya keluar pergi tandas. Bila balik kelas semula, saya buat bodoh je. Saya mengajar macam biasa. Saya buntu Zaman. Awak faham tak? Tak tahu nak buat apa.’ Nampak muka cikgu berubah bila dia cerita masa tu uolss. Nampaklah yang dia buntu masa tu.

‘Cikgu…’ Itu je mak mampu jawab. Sambil mata mak membulat, tangan tutup mulut. Tak tahu nak respon apa.

‘Mula-mula bila budak tu cakap yang dia pakai bra, saya macam tak percaya tau. Tapi lepas tu saya tenung betul-betul. Memang sah Zaman. Dia pakai bra. Warna merah pula tu. Sepanjang saya mengajar dia tunduk je. Saya faham la. Sebab dah kena bash dengan kekawan dia kan. Saya biarkan je dia. Tak nak tegur. Emosi dia tengah terganggu. Tapi masalahnya Zaman, kenapa pakai bra pergi sekolah? Pergi sekolah kot. Nak pakai bra buat apa. Ya Allah, urut dada saya pagi tu Zaman.’ Nampak la kerisauan cikgu dari riak muka dia. Nampak yang dia takut dengan perkembangan pondan budak tu. Mak masa sekolah tak de la sampai macam tu sekali.

Belum sempat aku cakap apa-apa. Cikgu sambung.

‘Itu satu. Ni ada lagi dia buat hal.’ Tambah cikgu.

‘Ada lagi? Apa pula dia buat lagi cikgu? Dia pakai apa pula lagi cikgu?’ Tanya mak. Berkerut dahi mak dengar cerita cikgu ni. Haish. Inilah adik-adik sekarang. Confident tak bertempat.

‘Minggu lepas, waktu rehat masa tu. Cikgu-cikgu semua berehat la kan. Tapi dalam bilik cikgu tu, ada la Cikgu M ni tengah duduk berehat dalam tu je. Sebab dia kan jenis bawa bekal. Plus, dia banyak kerja kena buat masa tu. Nak tanda kertas peperiksaan. So dia duduk dalam bilik guru tu. Then dia cakap, tiba-tiba budak tu masuk terus dia meluru ke meja Cikgu F.’

‘Cikgu F? Siapa tu? Cikgu baru ae? Tak pernah dengar pula nama dia.’ Tanya mak.

‘Aah, dia cikgu baru. Dia dulu praktikal dekat sini. Lepas tu terus dia mengajar tetap dekat sini. Awak tahu apa budak tu letak dekat atas meja Cikgu F? Cuba teka Zaman.’ Cikgu nak main teka-teki pula.

‘Bunga?’

‘Kalau bunga sahaja tak apa. Ini…’

Belum sempat cikgu sambung, mak terus mencelah.

‘Jangan cakap dia bagi surat cikgu.’ Mak meneka.

‘Ya. Pandai awak Zaman. Dia bagi surat cinta. Siap berbedak ya. Mula-mula lepas rehat tu, Cikgu F ni masuk la bilik guru. Duduk dekat meja dia. Dia nak tanda kertas juga. Kebetulan masa tu dia tak de kelas. So, dia nak menanda la dalam bilik guru. Tiba-tiba dia perasan ada macam sekeping kad tau atas meja dia. Kad warna pink ya Zaman. Warna Pink. Cikgu F ni ingatkan ada undangan kahwin ke apa. Dia terus buka kad tu. Tapi, kad tu bukan kad jemputan kahwin ke apa. Depan kad tu ada bentuk love banyak-banyak macam-macam warna. Kad buat sendiri. Cikgu M terperasan. Dia pun tanyalah Cikgu F. ‘Kad apa tu F? Cantik. Siapa bagi?’ Cikgu F masa tu tengah khusyuk baca isi kad tu. Saya kebetulan juga ada sebelah dia. Saya pun tanya benda yang saya dekat Cikgu F. Lepas tu. Kami dua dengar Cikgu F mengucap panjang. Terus dia letak kad tu atas meja dia. Dia sandar badan dekat kerusi. Urut dahi dia.’

‘Kenapa F? Apa yang tak kena? Saya tanya Cikgu F. Then, dia jawab. Ini hah, kad ni. Cuba akak baca.’ Saya pun baca la kad tu. Awak tahu dia tulis apa Zaman. Macam ni ya bunyi dia.’

Kepada Cikgu F yang segak dan kacak, harap sudi terima kad ni.
Saya buatnya sendiri kad ni. Khas untuk cikgu. Sebenarnya ada sebab saya beri cikgu kad ni. Saya nak luahkan perasaan saya pada cikgu. Dah lama saya memendam perasaan ni pada cikgu. Saya rasa inilah masa yang sesuai untu saya luahkan pada cikgu. Dah lama saya menaruh harapan cinta saya pada cikgu. Baru sekarang diberikan kekuatan untuk luahkan pada cikgu. Saya betul-betul sukakan cikgu sepenuh jiwa saya. Bagi saya, cikgu sangat baik dan banyak ambil berat pasal saya. Saya sangat hargai apa yang cikgu buat pada saya selama ni. Harap cikgu sudi la terima cinta saya. Saya memang sayang dan cintakan cikgu. Segala nasihat cikgu pada saya selama ni, saya simpan jauh ke dalam hati saya. Walauapa pun yang berlaku, saya tetap sayang dan cintakan cikgu.

Yang Ikhlas,
S

‘Lebih kurang macam tu la surat dia Zaman. Geleng kepala Cikgu F. Sebab dia tahu siapa yang hantar surat tu sebab ada nama dia tulis dekat surat tu. Plus, Cikgu M pun cakap yang dia perasan yang budak tu ada masuk bilik guru waktu rehat tu. Awak rasa Zaman? Saya takut dengan budak tu. Jujur saya cakap. Saya memang semakin takut dengan dia. Saya lebih berani dengan budak-budak gangster daripada dengan dia Zaman.’

Dalam hati,

‘Celaka punya pondan, habis kau calar imej pondan kan. Ergh.’

‘Cikgu, saya tak tahu nak respon apa cikgu. Saya pun terkejut. Sangat terkejut dengan gossip ni. Belum pernah dengar gossip macam ni lagi cikgu.’ Respon mak.

‘Ya Zaman. Habis kecoh hal ni dekat semua cikgu. Sampaikan Ustaz R pun geleng kepala Zaman bila dengar cerita pasal budak tu Zaman. Hmm.’

Petang tu, mak pulang ke rumah. Muhasabah diri. Takut dengan balasan tuhan. Sebab menganiaya orang. Tuhan Maha Kuasa. Boleh bayar cash masa dekat dunia lagi. Betapa abang dia dulu taiko besar sekolah yang benci gila dengan pondan, tapi sebaliknya jadi dekat adik dia. Seburuk-buruk mak, mak tak pernah pakai bra pergi sekolah. Mak tak pernah hantar surat cinta dekat cikgu. Mak tak pernah buat benda bukan-bukan dekat cikgu uolss. Takut tak?

Sumpah takut uolss.