Hai uolss semua. Sihat ke?
Kalau sihat, sama-samalah panjatkan kesyukuran pada Tuhan. Kalau tak sihat pun,
panjatkan kesyukuran juga. Sebab sudi menguji uolss semua. Syukur. Ok, kali
ini, mak nak kongsikan satu kisah pembalasan teragung pernah berlaku dalam
kehidupan mak selama bergelar pondan. Eh, bukanlah pondan sangat pun. Selama 22
tahun hidup ni la. Gituh! Pembalasan yang membuatkan ramai terkejut dengan apa
yang berlaku. Ramai yang sibuk nak call, mesej mak tanya pasal kesahihan cerita
itu yang pastinya mak dapat dari sumber yang boleh dipercayai, iaitu cikgu
sekolah mak sendiri. Ahaks. Dah ready nak baca uolss. Kali ni, mak tulis sikit
je ae. Sebab yang lepas banyak dah kan mak tulis. Hhaha, 2000 lebih patah
perkataan kot. Hhaha. Ok2. Jom uolss.
Masa mak sekolah, memang ramai
sebenarnya yang boleh mak gelar sebagai PondanPhobia. Hhaha. Takkan tak faham
kot. Maknanya benci pondan la. Tak suka, jijik, geli dengan pondan. Hambik kau
definisi dia uolss. Hha, ramai sebenarnya PondanPhobia. Tapi dorang ni macam
senyap-senyap je la. Tahu-tahu dorang bash kita teruk-teruk. Tahu-tahu je dalam
diam, dia cakap dia tak suka kita semua. Sentap mak bila tahu. Tapia da juga
golongan PondanPhobia yang agak lantang bersuara. Lantang sampaikan tak tahu
erti menghormati hak orang lain. Kira puas hati dia je. Main nak marah je. Main
nak sembur je. Tak kisah pasal pandangan orang lain dah. Sebab bagi dorang,
golongan pondan wajib dibasmi sehabis-habisnya. Bagi dorang la nok. Walaupun
dorang tak de usaha langsung nak mendalami kehidupan seorang pondan. Gituh! Kan
dan membebel dah mak ni hah. Hha.
Ok, ada seorang jantan masa
sekolah ni. Dia jenis yang sangat benci pondan. Kiranya PondanPhobia la uolss.
Phobia dia ni tahap yang menakutkan kot. Kiranya hardcore la uolss. Tambah pula
badan dia besar, lagi la buatkan pepondan semua takut dengan dia tau. Ya la.
Sangat besar. Muka bengis je. Ala-ala Bila AFA tu. Serius tak tipu uolss. Macam
tu la besarnya. Kalau nampak pondan depan dia. Dia akan jerit.
‘Hoi Pondan! Jalan elok-elok
la.’
Kisah pula mak kan. Suka hati
la nak jalan macam mana. Tapi kadang-kadang apa yang di buat tu, mak faham la.
Sebab dia nak betulkan yang tak betul. Kononnya la. Tapi kadang-kadang annoying
juga uolss. Menjengkelkan. Yes ! That’s the word. Sebab kadang-kadang tak de
angina, tak de ribut, dia main tolak-tolak orang.
‘Pondan! Kau sana sikit. Dah la
pondan. Jijik tahu tak.’ Sambil dia tolak pondan semua ke tepi. Badan dia kan
ala-ala gedabak besar uolss. Pepondan suci yang berbadan kecil bak ta cukup makan
tu, kadang-kadang sampai terjatuh uolss. Sebab tolak dia tu jangan cerita la.
Kuat gila uolss. Sangat kuat sampai sekali tu pernah ada yang terjatuh
terhantuk kepala ke jalan tar. Kau rasa nyah? Kuat ke tidak di tolak. Mak kalau
bab-bab nak mengutuk silakan. Kalau sampai nak sentuh-sentuh fizikal macam tu,
memang mak akan menyirap. Ya la. Boleh bawa kes polis tau. Sebab ada sentuhan.
Gituh. Bukan bersentuhan lain. Hhahaha.
Tahap dia ni agak membuatkan
kami sangat menyampah dengan dia. Pernah sekali dia keluar statement, cakap
semua pondan adalah ahli neraka dan tak layak hidup dalam dunia. Mak was like…
What? Seriously. Lawaknya. Syurga neraka baru mak tahu dah ada dekat tangan
dia. Hah! Ala-ala dialog Fauziah Nawi dalam cerita Hoore Hoore uolss. Hhaha.
Tapi geram tak uolss, bila orang keluar statement macam tu? Apa masalah kau?
Sampai nak cakap macam tu. Ada pepondan ni kacau hidup kau ke? Apa ada pondan
sailing bapak kau ke nyah? Sedih!
Ada satu hari, mak ke kantin
nak beli makanan. Lapar uolss. Mak curi-curi keluar la kan sekejap. Tiba-tiba.
‘Hoi Pelacur! Beli makanan awal
gila. Babi punya pelacur!’
Kau rasa nyah? Apa masalah dia
nak jerit aku macam tu. Suara dia masa tu, satu kantin dengar ya. Mak cik
kantin semua tengok mak je. Malu uolss. Malu gila. Lepas beli, mak terus balik
kelas balik. Malas nak layan jantan sialan tu. Tapi dia jerit lagi dengan
kuatnya.
‘Pondan! Pondan! Pondan!’ Dia
dengan budak Hafiz tu sama je. Suka nak panggil mak pelacur pondan bagai.
Andai kata, tiba-tiba mak jadi
pelacur nanti, tak ke disebabkan doa dia. Ya la. Taip-tiap hari kalau jumpa je,
panggil mak pondan bagai. Panggil pelacur segala. Tak ke kalau lebih 40 kali
dia sebut, memang jadi betul-betul nyah? Sabar je la nok. Mak sekolah dekat
sana, belajar je. Malas nak fikir benda lain nok. Fokus je. Sebab tujuan mak,
nak bahagiakan mama dengan keputusan mak yang cemerlang. Itu je. Gituh!
Cita-cita uolss. Haha. Tapi betul la kan. Memang mula-mula kena, rasa tak kuat.
Dengan kawan-kawan mak yang semua dah pindah sekolahnya. Memang agak terkesan.
Sebab kita sorang-sorang uolss. Dulu masa ada geng, seronoklah. Sebab semua
benda buat sekali. Tak de nak asing-asing. Makan pun sekali. Rasa kuat la sikit
kan.
Kira banyak juga la dia ni
buat. Pernah sekali masa berjalan dari tapak perhimpunan nak ke kelas. Nak
dibuatkan cerita, mak jalan sekali dengan kelas dia. Mak usha la dia kan. Usha
dalam keadaan geram. Rasa nak tumbuk-tumbuk je muka dia. Rasa nak picit-picit
je lelemak dia tu. Rasa nak tolak dia, then sepak kepala dia. Geram punya pasal
uolss. Macam-macam mak bayangkan dah.
‘Kau tengok-tengok apa pondan?!
Nak kena ke?! Bodoh betul.’
‘Kau pasal apa? Siapa tengok
kau gila?!’ Mak melawan balik.
‘Kau nak kena ke? Nak aku kasi
penumbuk. Jadi laki balik kau kang aku tumbuk.’ Sambil tunjuk penumbuk gemuk
dia.
‘Tumbuk la. Kisah pulak aku.’
Mak beranikan diri melawan balik. Sekali gemuk tu datang dekat uolss. Dalam
hati, mak berdebar je.
‘Pondan!’ Dia terus tolak mak.
Badan mak pun ala-ala Kimpah Kirana juga uolss. So tak berapa nak terkesan la
dengan tolakan dia. Tapi dia sekali lagi menyerang mak.
‘Kau memang celakakan pondan!’
Sambil dia pegang baju mak, tangan dah sedia nak tumbuk mak.
Nasib menyebelahi mak rasanya
masa tu. Cikgu Sejarah mak lalu. Terus dia jerit.
‘Hoi, Apa tu??!!! Berhenti!’
Jerit Cikgu Sejarah tu (Nama dirahsiakan. Dia ada Facebook uolss)
‘Dia ni cikgu. Dia yang
mulakan.’ Mak mula masuk jarum. Pondan nok, dekat sekolah kalau kena dengan
cikgunya, memang kau akan menang. Kebetulan dia ni mengajar kelas mak. Kira
kenal la. Terus dia cakap.
‘Awak jangan melampau sangat ya
nak bergaduh bertumbuk-tumbuk dekat dalam kawasan sekolah.’ Warning cikgu tu
uolss.
‘Nasib awak berdua baik, sebab
mood saya baik pagi ni. Kalau tak memang saya akan bawa awak jumpa Guru
Disiplin. Dah masuk kelas.’ Tambah cikgu tu.
Aik! Mak pun kena. Siot betul.
Muka mak ni ada macam yang akan start pergaduhan ke hah? Aduyai! Sial betul
jantan tu. Pagi tu memang mak ada kelas sejarah dengan cikgu tu. Cikgu tu ada
tanya pasal benda tu dekat mak, belum sempat mak jawab. Terus kawan-kawan kelas
mak yang menyaksikan kejadian tu back-up mak. Terharu uolss. So, cikgu tu tahu
semuanya. Cikgu tu siap cakap, jangan layan budak macam tu. Nanti buat lagi
sakit hati je.
Sepanjang 2 tahun. Tingkatan 4
dengan 5, mak tahan je dengan budak jantan tak guna tu. Sebab malas nak ambil
port sangat uolss. Malas. Nanti kita pun kena tempias sama. Mak tak nak nama
mak busuk just sebab bergaduh dengan jantan tak guna sialan tu. Buang masa! So,
sampailah habis sekolah. Memang benda tu berlalu macam tu je.
Hari demi hari. Bulan demi
bulan. Tahun demi tahun. Mak pun dah sambung belajar dekat Kuala Lumpur. Dia
pun entah ke mana. Belajar dekat Kuala Lumpur ni agak sibuk juga la uolss.
Sebab mak agak aktif dekat fakulti dengan kolej uolss. So, kalau nak balik
hujung minggu tu macam tak berapa nak selalu la. Balik Ipoh masa cuti semester
je. So, ada satu masa ni. Masa cuti semester. Mak balik Ipoh. Masa tu tak de
apa-apa projek. So, boleh lah luangkan masa dengan family dekat Ipoh uolss.
Hhaha, Nak dipendekkan cerita lagi. Mak ambil keputusan nak lawat cikgu dekat
sekolah lama mak. Mak pergi seorang masa tu. Saja je. Sebab lama tak lawat sekolah
kan. Rindu pula tempat belajar tu. Nostalgia uolss bila balik sekolah.
Dekat sekolah tu, mak jumpa
seorang cikgu yang mak agak rapat la dengan dia. Kami berdua makan sama-sama
dekat kantin sekolah tengahhari tu. Tiba-tiba cikgu tu buka cerita.
‘Zaman. Awak nak dengar cerita
tak? Awak mesti suka dengar cerita ni. Percayalah.’
‘Cikgu ni suka tau
gossip-gossip. Tak baik la. Saya dah bertaubat.’
‘Sudahlah Zaman, awak nak
berubah. Memang tak la. Hhahahaha’
Kurang asam punya cikgu. Hhaha,
tapi realitinya begitulah. Hhaha
‘Hhaha, tak baik la cikgu.
Ok-ok. Cerita apa cikgu. Panas ke tidak?’ Mak memulakan perbualan gossip kami.
‘Of course la panas uolss.
Haha, awak ingat lagi kan budak lelaki yang suka kacau awak masa sekolah dekat
sini dulu tu?’ Tanya cikgu tu nak memastikan mak bisa menangkap apa yang dia
nak sampaikan.
‘Hm. Yang mana ae cikgu? Ramai
yang suka kacau saya. Tak terkira. Hhaha’ Jawab mak. Sebab ya la nok. Memang
ramai pun. Kena la spesifik sikit kan.
‘Ala, yang badan besar-besar
tu. Yang gangster-gangster tu. Yang suka tolak-tolak orang tu. Suka cari gaduh
tu. Takkan awak lupa kot. Haih, musuh ketat awak kan. Siap datang jumpa saya
nangis-nangis lagi. Takkan dah lupa.’ Menusuk ya penerangan cikgu masa tu. Ya
Allah. Sentap mak part yang dia cakap ‘datang jumpa saya nangis-nangis’ tu.
Hhaha. Kau rasa nyah?
‘Oh, budak tu. Ingat sangat
cikgu. Bohong la kalau saya cakap saya lupa.’ Jawab mak ringkas. Terus teringat
apa yang jantan tak guna tu selalu buat dulu. Dia memang sialan terbesar.
‘Dia ada adik tau sekolah dekat
sini.’ Sambil tangan cikgu menyuap bihun sup yang dia beli tadi. Panas. Jelas
kelihatan asap panas dari sup bihun sup tu.
‘So? Itu je gossipnya? Hhaha’
Gelak aku. Sebab mesti ada something cikgu nak cerita ni. Cikgu ni kalau gossip
dia suka buat mak tertunggu-tunggu. Suspen katanya.
‘Sabar la. Biar saya habis
cerita dulu. Adik dia buat hal dekat sekolah. Habis kecoh cikgu-cikgu semua.’
Cikgu sambung sekejap, kemudian dia sambung menghirup sup.
‘Slurrpp..’
‘Kenapa cikgu? Adik dia pun
ala-ala anti-pondan ke cikgu? Bajet-bajet gangster juga macam abang dia la?
Lantak la cikgu dengan dia. Elok la tu. Adik dengan abang sama naik.’ Mak terus
tembak je. Geram punya pasal.
‘Kah Kah Kah ! Kakakakah !’
‘Kenapa cikgu gelak? Saya salah
cakap ke? Betul la. Geram bila teringat balik.’ Tambah mak.
‘Adik dia pun pondan awak.’
Dengan selambanya cikgu cakap macam tu.
Mak terus letak sudu dengan
garfu. Terbeliak mata, badan terus tegak. Lantas mak tanya cikgu.
‘Serious arr cikgu? Oh mai.
What happened? Ok, ini panas. Ini panas. Ok, cikgu cepat cepat cerita. Cepat
cerita. Tak sabar nak dengar.’ Mak jadi excited nak dengar. Sebab sekarang
cerita da jadi semakin menarik. Adik dia pondan? Bukan abang dia anti sangat
dengan pondan ke.
‘Kalau setakat lembut, cikgu
tak kisah sangat nak cerita dekat awak. Tapi ada benda yang dia buat. Habis
sampai Ustaz R pun geleng kepala ya.’
Ustaz R tu ustaz kegemaran aku.
Memang baik. Dia tak kisah pun aku lembut. Dia cakap, asalkan tak buat benda bukan-bukan
sampai melanggar akidah. Gituh. Ok2, back ti the story.
‘Apa yang dia buat cikgu?’ Mak
semakin nak tahu.
‘Ok, cerita dia macam ni. Ada
satu hari ni. Dalam kelas la kan. Saya mengajar masa tu. Kelas adik dia. Saya
masuk kelas macam biasa la kan. Masuk then mengajar. Tiba-tiba bila saya masuk
kelas tu, budak-budak macam tengah bisik-bisik tau. Saya macam pelik la. Kenapa
nak bisik-bisik. Ada yang tak kena dengan baje saya ke. Ada yang tak kena
dengan tudung saya ke kan. Saya teruskan mengajar macam biasa. Saya suruh
dorang buka buku antologi, sebab saya nak mengajar komsas masa tu. Budak-budak
ni terus berbisik-bisik. Saya jadi hairan la. Tak puas hati saya, terus saya
letak buku saya atas meja. Tanya dorang. ‘Kenapa awak semua berbisik-bisik ni?
Ada yang tak kena ke?’. Saya tanya macam tu tau dekat dorang.’
‘Then cikgu? Budak-budak jawab
apa?’
‘Dorang cakap taka da apa-apa
tau. Ok fine la. Saya sambung balik mengajar. Tak lama lepas tu, budak-budak ni
berbisik balik. Kali ni siap tahan gelak bagai. Ohh, saya jadi nak mengamuk la
kan. Saya nak masuk mengajar, dorang macam seolah-olah nak menguji saya pula.
Memang nak kena la kan. Terus saya point dekat budak yang tahan gelak tadi.
Saya tanya dia. ‘ Awak dah kenapa Zamri? Apa yang awak nak gelakkan? Awak
jangan nak main-main dengan saya ya. Awak jangan sampai saya halau awak dari
kelas saya. Jangan cabar saya.’ Saya cakap macam tu la dekat dia. Ya la. Siapa
tak menyirap kalau tengah mengajar, budak-budak ni buat dunno pulak kan.’
‘Ya la cikgu, kalau saya pun
akan marah. Kurang ajar kot.’ Mak balas. Sikit je. Sebab nak dengar gossip
punya pasal. Cikgu kalau bercerita memang akan dengan detailsnya sekali. Hhaha.
‘Lepas tu saya nak halau dia
dari kelas saya tau. Sebelum sempat saya nak halau, dia terus cakap.’Cikgu saya
tahan gelak sebab dia cikgu.’ Saya tanya dekat dia kan. Kenapa sebab dia pula?
Then, dia jawab, ‘Sebab dia pakai bra cikgu!’
‘Gulp.’ Mak hanya mampu telan
air liur.
‘Ya Allah Zaman, betul. Adik
dia pakai bra datang sekolah Zaman. Budak Zamri tu siap datang belakang adik
dia tu, tarik-tarik bra yang dia pakai. Ya Allah Zaman, saya tak tahu nak buat
apa masa tu. Pertama kali dalam hidup saya sepanjang saya mengajar dekat sini,
ada budak lelaki pakai bra pergi sekolah. Awak. Awak tahu tak, siap pakai warna
merah tau. Warna merah! Baju sekolah kan putih, memang nampak la bra dia pakai.
Jelas Zaman. Jelas. Sangat jelas. Awak rasa Zaman, apa yang saya buat masa tu.
Saya terkaku masa tu. Terkelu. Tak tahu nak buat apa. Pertama kali dalam kelas
saya blurr nak buat apa. Buntu.’
‘Astaghfirullahala’zim cikgu.
Betul ke cikgu? Ya Allah. Then cikgu buat apa?’
‘Saya minta kebenaran, saya
keluar pergi tandas. Bila balik kelas semula, saya buat bodoh je. Saya mengajar
macam biasa. Saya buntu Zaman. Awak faham tak? Tak tahu nak buat apa.’ Nampak
muka cikgu berubah bila dia cerita masa tu uolss. Nampaklah yang dia buntu masa
tu.
‘Cikgu…’ Itu je mak mampu
jawab. Sambil mata mak membulat, tangan tutup mulut. Tak tahu nak respon apa.
‘Mula-mula bila budak tu cakap
yang dia pakai bra, saya macam tak percaya tau. Tapi lepas tu saya tenung
betul-betul. Memang sah Zaman. Dia pakai bra. Warna merah pula tu. Sepanjang
saya mengajar dia tunduk je. Saya faham la. Sebab dah kena bash dengan kekawan
dia kan. Saya biarkan je dia. Tak nak tegur. Emosi dia tengah terganggu. Tapi
masalahnya Zaman, kenapa pakai bra pergi sekolah? Pergi sekolah kot. Nak pakai
bra buat apa. Ya Allah, urut dada saya pagi tu Zaman.’ Nampak la kerisauan
cikgu dari riak muka dia. Nampak yang dia takut dengan perkembangan pondan
budak tu. Mak masa sekolah tak de la sampai macam tu sekali.
Belum sempat aku cakap apa-apa.
Cikgu sambung.
‘Itu satu. Ni ada lagi dia buat
hal.’ Tambah cikgu.
‘Ada lagi? Apa pula dia buat
lagi cikgu? Dia pakai apa pula lagi cikgu?’ Tanya mak. Berkerut dahi mak dengar
cerita cikgu ni. Haish. Inilah adik-adik sekarang. Confident tak bertempat.
‘Minggu lepas, waktu rehat masa
tu. Cikgu-cikgu semua berehat la kan. Tapi dalam bilik cikgu tu, ada la Cikgu M
ni tengah duduk berehat dalam tu je. Sebab dia kan jenis bawa bekal. Plus, dia
banyak kerja kena buat masa tu. Nak tanda kertas peperiksaan. So dia duduk
dalam bilik guru tu. Then dia cakap, tiba-tiba budak tu masuk terus dia meluru
ke meja Cikgu F.’
‘Cikgu F? Siapa tu? Cikgu baru
ae? Tak pernah dengar pula nama dia.’ Tanya mak.
‘Aah, dia cikgu baru. Dia dulu
praktikal dekat sini. Lepas tu terus dia mengajar tetap dekat sini. Awak tahu
apa budak tu letak dekat atas meja Cikgu F? Cuba teka Zaman.’ Cikgu nak main
teka-teki pula.
‘Bunga?’
‘Kalau bunga sahaja tak apa.
Ini…’
Belum sempat cikgu sambung, mak
terus mencelah.
‘Jangan cakap dia bagi surat
cikgu.’ Mak meneka.
‘Ya. Pandai awak Zaman. Dia
bagi surat cinta. Siap berbedak ya. Mula-mula lepas rehat tu, Cikgu F ni masuk
la bilik guru. Duduk dekat meja dia. Dia nak tanda kertas juga. Kebetulan masa
tu dia tak de kelas. So, dia nak menanda la dalam bilik guru. Tiba-tiba dia
perasan ada macam sekeping kad tau atas meja dia. Kad warna pink ya Zaman.
Warna Pink. Cikgu F ni ingatkan ada undangan kahwin ke apa. Dia terus buka kad
tu. Tapi, kad tu bukan kad jemputan kahwin ke apa. Depan kad tu ada bentuk love
banyak-banyak macam-macam warna. Kad buat sendiri. Cikgu M terperasan. Dia pun
tanyalah Cikgu F. ‘Kad apa tu F? Cantik. Siapa bagi?’ Cikgu F masa tu tengah
khusyuk baca isi kad tu. Saya kebetulan juga ada sebelah dia. Saya pun tanya
benda yang saya dekat Cikgu F. Lepas tu. Kami dua dengar Cikgu F mengucap
panjang. Terus dia letak kad tu atas meja dia. Dia sandar badan dekat kerusi.
Urut dahi dia.’
‘Kenapa F? Apa yang tak kena?
Saya tanya Cikgu F. Then, dia jawab. Ini hah, kad ni. Cuba akak baca.’ Saya pun
baca la kad tu. Awak tahu dia tulis apa Zaman. Macam ni ya bunyi dia.’
Kepada
Cikgu F yang segak dan kacak, harap sudi terima kad ni.
Saya
buatnya sendiri kad ni. Khas untuk cikgu. Sebenarnya ada sebab saya beri cikgu
kad ni. Saya nak luahkan perasaan saya pada cikgu. Dah lama saya memendam
perasaan ni pada cikgu. Saya rasa inilah masa yang sesuai untu saya luahkan pada
cikgu. Dah lama saya menaruh harapan cinta saya pada cikgu. Baru sekarang
diberikan kekuatan untuk luahkan pada cikgu. Saya betul-betul sukakan cikgu
sepenuh jiwa saya. Bagi saya, cikgu sangat baik dan banyak ambil berat pasal
saya. Saya sangat hargai apa yang cikgu buat pada saya selama ni. Harap cikgu
sudi la terima cinta saya. Saya memang sayang dan cintakan cikgu. Segala
nasihat cikgu pada saya selama ni, saya simpan jauh ke dalam hati saya.
Walauapa pun yang berlaku, saya tetap sayang dan cintakan cikgu.
Yang
Ikhlas,
S
‘Lebih kurang macam tu la surat
dia Zaman. Geleng kepala Cikgu F. Sebab dia tahu siapa yang hantar surat tu
sebab ada nama dia tulis dekat surat tu. Plus, Cikgu M pun cakap yang dia
perasan yang budak tu ada masuk bilik guru waktu rehat tu. Awak rasa Zaman?
Saya takut dengan budak tu. Jujur saya cakap. Saya memang semakin takut dengan
dia. Saya lebih berani dengan budak-budak gangster daripada dengan dia Zaman.’
Dalam hati,
‘Celaka punya pondan, habis kau
calar imej pondan kan. Ergh.’
‘Cikgu, saya tak tahu nak
respon apa cikgu. Saya pun terkejut. Sangat terkejut dengan gossip ni. Belum
pernah dengar gossip macam ni lagi cikgu.’ Respon mak.
‘Ya Zaman. Habis kecoh hal ni
dekat semua cikgu. Sampaikan Ustaz R pun geleng kepala Zaman bila dengar cerita
pasal budak tu Zaman. Hmm.’
Petang tu, mak pulang ke rumah.
Muhasabah diri. Takut dengan balasan tuhan. Sebab menganiaya orang. Tuhan Maha
Kuasa. Boleh bayar cash masa dekat dunia lagi. Betapa abang dia dulu taiko
besar sekolah yang benci gila dengan pondan, tapi sebaliknya jadi dekat adik
dia. Seburuk-buruk mak, mak tak pernah pakai bra pergi sekolah. Mak tak pernah
hantar surat cinta dekat cikgu. Mak tak pernah buat benda bukan-bukan dekat
cikgu uolss. Takut tak?
Sumpah takut uolss.
‘

No comments:
Post a Comment