Mak masih teringat malam tu.
Kami mesra bersama. Bergelak ketawa. Berkongsi cerita. Sedih dan duka kami
kongsikan jua. Ya la. Kalau dah kata sisterhood tu, memang bonding dia kuat
uolss. Sangat kuat. Sesekali mak usik Shaz,
‘Kau ni tak straight kan Shaz?
Kau jawab soalan aku ni.’
‘Eh, mana ada la. Kita straight
la !!’ Jawab Shaz dengan yakin walaupun sekali kita dengar, memang jelas
kedengaran kelembutan dan kepondanannya. Tapi mak ikutkan aje. Sebab mungkin
dia tengah berlawan dengan diri dia sendiri. Melawan perubahan naluri yang kuat
menguasai dri. Naluri sukakan kaum sejenis. Mak faham. Sebab dulu mak juga
begitu. Seawal darjah 5 ya mak sudah mengalami perubahan naluri yang mendadak
selepas ada seorang mamat ni yang baru pindah dari Kuala Lumpur masuk ke
sekolah mak. Sejak tu, mak terus ada perasaan dekat lelaki. Mak cuba lawan,
tapi naluri tu sangat kuat. Pernah juga mak cuba untuk menafikannya, tapi sama
je. Selagi mak menafikan, selagi itulah naluri sukakan kaum sejenis itu semakin
kuat. Jadi, mak faham kalau-kalau Shaz sekarang ini sedang menafikan naluri
yang baru sahaja berevolusi dalam dirinya. Dalam keadaan yang orang panggil
sebagai denial. Mak faham. Faham
sangat-sangat.
‘Zaman. Ada gossip!’
Tersentak sekejap dari lamunan.
Kak Tun masuk dalam bilik dalam keadaan tersenyum manis. Seperti biasa, mak
dapat agak. Mesti ada benda panas yang dia nak kongsikan dengan mak. Nyah,
kalau dah pondan nok, suka juga bergossip segala. Hhahaha.
‘Gosip apa Kak Tun?’ balas mak
ringkas.
‘Gossip pasal Shaz uolss.’
‘Kenapa dengan dia uolss? Dia
buat apa je kali ni? Apa dia cerita?’ Tanya mak bersungguh-sungguh nak tahu
cerita walaupun pada mulanya malas nak layan. Sebab mak tahu Kak Tun ni jenis cerita
tak panas mana pun, tapi dia buat-buat panas. Tapi bagusnya Kak Tun ni, dia
akan ceritakan segala benda yang dia tahu pasal Shaz. Bukan dia nak menyibuk ke
apa. Tapi da tahu yang mak selalu risaukan Shaz. Takut terhanyut lebih jauh
‘Dia Suka dekat Farizzuan
Zaman. Sumpah tak tipu. Dia siap mengaku lagi dekat aku Zaman. Serious. Sumpah
tak tipu. Dia sendiri yang cakap dekat aku.
‘Kau biar betul Kak Tun. Uolss!!!
Ini panas ni. Bila dia kasi tahu kat uolss?’ Tanya mak ingin tahu.
Ok, cerita ni betul-betul
panas. Sebabnya dah lama gossip menceritakan yang Shaz ada hati dengan dia.
Baru sekarang tahu kebenarannya uolss.
‘Beberapa hari lepas.’
‘Kira baru lagi la ni. Hm.’
‘Apa yang kau Hmm kan Zaman?’
Tanya Kak Tun.
‘Tak de apa. Tak tahu nak
respon apa sebenarnya. Jawab mak
Bila dapat tahu kisah Shaz
dengan Farizzuan budak Sabah tu, terus mak jumpa Aiman. Aiman ni kawan rapat
mak. Kawan berkongsi gossip dan masalah. Hhaha. Kira kawan bergossip la uolss. Terus mak buka cerita dengan dia.
‘Aiman, kau nak tahu tak uolss.
Semalam Kak Tun cerita dekat aku.’
‘Kak Tun cerita apa dekat kau
nyah? Tanya Aiman.
‘Dia cakap, yang Shaz memang
betul-betul sukakan Farizzuan budak Sabah tu. Kau rasa nyah? Hari tu bila kita
tanya dia ni straight ke tidak, dia siap nafikan lagi nok. Siap cakap, ‘Aku
staright la’ bagai. Tiba-tiba mak dengar cerita dia mengaku yang dia suka
Farizzuan tu. Apa kejadahnya ni?’ Jelas mak panjang lebar.
‘Ala nok. Aku tak terkejut.
Sebab tengokkan cara dia tu pun nok, memang dah boleh agak nok.’
Pondan ada satu kelebihan atau
satu keistimewaan. Dia kenal spesies dia. Hhaha. Yes. Hanya pondan yang kenal
siapa pondan. Itu kelebihan yang dianugerahkan sejak azali. Korang kena terima.
Hhaha
‘Mak bukan apa nyah. Dia dah
tahun 2 nyah. Tahun depan masuk tahun 3. Dia akan ke Banting nak buat
praktikal. Macam-macam boleh jadi nyah. Macam-macam. Mak risau kalau-kalau dia
jadi macam senior kita je.’ Mak keberatan untuk buka cerita. Tapi disebabkan
mak dah anggap Shaz ni macam keluarga sendiri, tapi mak tabah. Gituh. Padahal nak
bergossip nok.
‘Senior? Kenapa dengan senior
kita?’ Jawab Aiman. Walaupun sebenarnya dia dah tahu cerita.
‘Senior kita si Razak tu. Kan
dia tu sesu juga uolss. Hah, dengar cerita dia ada sugar daddy lagi. Ada orang
jaga dia uolss masa dia dekat Banting. Kau rasa nyah? Kekawan dia cakap, dia
selalu keluar malam-malam. Tak balik-balik. Asyik menghilang je. Last-last nok,
sebabkan tu, dia kena repeat tahun 3. Mak risau benda yang sama akan jadi dekat
dia. I mean, ya la. Dia memang pandai nok. Andai kata tak gagal pun. Hah, apa
la yang akan jadi dekat dia tu nok? Risau la.’
‘Aku pun risau nyah. Sebab
dorang tu baru nak berkecimpung. Gelora nafsu tengah membuak-buak. Banyak benda
dia nak cuba nant bila dia dah explore dunia gebe’ ni.’ Tak sangka. Aiman pun
berfikiran yang sama seperti mak.
************************************************
Shaz sudah memulakan praktikal
klinikalnya di Banting. Memang pelajar perubatan bila masuk tahun ketiga,
mereka diwajibkan ke Banting untuk memulakan tahun klinikal mereka. Kira wajib
la benda ni. Memang nak tak nak, kena ke Banting. Mak ada juga rindu nak
berbual dengan Shaz and Sai. Memang rindu. Rindu gila. Ya la, mak ni bukan yang
digemari dalam batch sendiri. Semua tak rapat dengan mak. So, pepondan je la
kawan yang mak ada.
Mak ni agak terkenal dengan
aktif di Twitter. Sampaikan ramai la yang block mak dekat Twitter, sebab mereka
tak suka tengok mak aktif sangat dekat Twitter. Bodoh kan uolss? Kalau tak
suka, follow tu kenapa? Haish, Tak faham dengan manusia ni. Bangang sangat.
Susah ke nak tekan butang unfollow tu. Ok2, tak nak meroyan pula. So seperti
biasa, lepas kelas habis. Mak buka Twitter, and skrol timeline macam biasa.
Tiba-tiba mak ternampak satu akaun dekat bahagian ‘Who To Follow’. Bahagian
atas tepi belah kanan timeline. Jelas tulis dekat situ nama Shaz_Said.
‘Aik, dia buat Twitter baru ke?
Tak bagitahu pun. Buka la.’
*You Are Blocked From Viewing
This Acc*
Mak tak tahu nak respon apa.
Sedih ada. Marah ada. Benci ada. Sakit ada. Semualah uolss. Semua bercampur
baur. Mak macam. What??? Kenapa nak block mak pula ni?
Jenuh fikir, then mak buat fake
akaun menggunakan nama TK sebagai samaran. Profile Picture pula mak pakai
gambar Indonesia mana entah. Nampaklah real sikit uolss. Nak buat Fake Akaun
kenalah bijak, jangan jadi bodoh uolss. So, bila akaun baru tu dah siap semua.
Mak stalk la akaun Shaz_Said tu. Ya la. Nak tahu juga. Manalah tahu kot-kot itu
fake Akaun ke kan. Ada yang guna gambar dia ke kan. Sekali bila baca tweet2
dia. Yes! Memang betul. Sah! Ini akaun dia. Sebab gaya bahasa dia memang sama
dengan Shaz yang aku kenal. Tapi kali ini. Shaz yang ini berbeza. Berbeza sebab
semua tweet-tweet dia berunsur Gay. Berunsur lucah. Berunsur liberal. Mak tak
terkejut. Sebab mak tahu, akhirnya dia akan end up jadi macam tu juga. Tapi tak
sangka sampai ke tahap ini. Tahap sampai ada komuniti sendiri dalam alam maya
yang penuh penipuan tu. And the worst part is, dia block mak. Atas sebab bila
ditanya. Katanya nakkan privacy dan ruang sendiri. Ok, mak faham. Tak tak payah
la sampai nak block.
Dulu bila mak tanya dia gebe’
ke tak. Punya tak mengaku. Sekali, ada komuniti gebe’ sendiri dekat twitter.
Kita Straight la!!
Teringat lagi ayat yang keluar
dari mulut dia.
Straight la sangat.

No comments:
Post a Comment