Assalamualaikum.
Salam sejahtera semuanya.
Terima
kasih, kerana sudi untuk membaca apa yang suka saya carutkan dalam nukilan-nukilan
sebelum ini.
Terima kasih
kerana sudi juga untuk membuka laman sesawang yang tidak seberapa ini.
Terima kasih
kerana sekurang-kurangnya menyokong penulisan anak melayu yang tidak sehebat
mana ini.
Terima kasih
yang tidak terhingga diucapkan.
2013 sudah
berlalu. Selamat tahun baru kepada semua saya ucapkan. Saya percaya anda semua
pasti punyai limpahan azam tahun baru yang ingin dilaksanakan. Namun, harus
diingatkan setiap yang kita azamkan itu memerlukan disiplin dan kerahan tenaga
yang tinggi walaupun ianya hanya sekecil-kecil azam. Azam tahun baru tidak ubah
seperti perjanjian yang kita lakukan pada diri sendiri. Jadi wajar untuk kita
kecapi. Walaubagaimanapun, saya doakan semuanya dapat dicapai dengan jayanya.
In sha Allah.
2013 banyak
meninggalkan kesan kepada diri saya. Kepada Zaman Ismail. Seorang insan yang
masih lagi meraba-raba mencari halatuju yang belum lagi jelas. Kabur semuanya seperti
kaburnya penglihatan mereka yang rabun. Tahun 2013 merupakan satu-satunya tahun
sepanjang 20 tahun aku bernafas di bumi Malaysia ini, yang banyak mengajar aku
akan erti kehidupan yang sebenar. Ya ! Dunia bukan lagi sekadar hitam dan putih
seperti yang kita sangkakan. Dunia bukan lagi tempat untuk yang indah-indah
belaka. Dunia hanyalah sebuah ilusi semata. Ilusi yang memerlukan kita untuk
mencoraknya. Hanya orang yang kuat mampu menempuhi dugaan di dunia. Itu yang
saya pelajari.
2013 juga
mengajar saya, jikalau engkau goyah, maka engkau tidak akan berjaya dalam
hidup. Ya ! Itu yang saya pelajari. Menjadi seorang pelajar perubatan tidaklah
semudah yang disangka. Diluarnya tampak indah, namun hakikatnya hanya Allah
sahaja yang tahu betapa peritnya hari-hari yang saya lalui tanpa ada sokongan dari sekeliling. Mereka
katakan yang mereka menyokong, walhal itu hanyalah dusta belaka. Yang ada
hanyalah Allah dan doa kedua-dua ibubapaku. Ya ! itu sahaja yang saya ada.
Tetapi itu lebih dari cukup. Kerana itu sahaja yang aku perlukan.
Jikalau
engkau jatuh, maka bangkit semula. Bangkit semula walaupun ada yang cuba
menendang engkau untuk jatuh menyembah tanah. Ya ! itu yang saya pelajari. Bangkit
walaupun terpaksa menanggung kesakitan. Bangkit walaupun pedih untuk ditelan.
2013
mengajar saya bahawa sahabat yang kita miliki tidak semuanya berada bersama
kita kerana masing-masing punyai niat dan agenda tersendiri yang hendak mereka
capai. Maka sebab itu, mereka mudah lupa akan hati dan perasaan orang lain.
Betul ! mereka mudah untuk melukakan hati kita. Tidak diketahui samaada mereka
sedar atau tidak. Namun hati kecil aku berkata:
“Eh,
kita sudah dewasa.
Punyai
akal dan fikiran.
Tidak
hati dipermainkan, jikalau memang sudahnya niatnya.”
2013
juga mengajar saya, bahawa setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Ya ! maka
benarlah kata orang-orang tua dahulu. Setiap kepahitan yang menimpa ada
kemanisan yang bakal muncul disebaliknya.
Bermonolog
aku:
“Ketika
kita mengharapkan hari panas, Allah turunkan ribut. Kita marah, kita memberontak.
Tetapi disebalik ribut yang melanda, kita tidak tahu sebenarnya Allah mahu
berikan kita pelangi yang sangat indah. Maka kita tatap pelangi itu, dan kita mula
berfikir. Apa yang aku sudah lakukan selama ini.”
Suatu
perbuatan yang menimbulkan suatu penyesalan sehingga bisa membuat lidahku
terkelu.
Tidak tahu apa yang patut diungkapkan.
Hanya
ucapan ‘Alhamdulillah’ yang mampu diucap.
Sabar, Telan, Hadap. Tidak perlu memberontak. Tidak perlu marah. Tidak perlu juga untuk sedih. Kerana hari esok masih ada. Bekerjalah kamu seperti kamu ingin hidup 1000 tahun lagi, dan beribadahlah kamu seolah-olah kamu akan mati pada keesokan hari.
P/S:
Jom ! sama-sama menjadikan tahun 2014 menjadi lebih dahsyat daripada biasa.
