Powered By Blogger

Friday, 27 December 2013

siapa kamu.

Aku seolah-olah tidak lagi mengenali siapa mereka. Siapa mereka yang dahulunya aku kenal. Kenal dengan perwatakan yang berbeza. Itu yang membuatkan mereka itu istimewa di mataku. Namun sekarang semuanya sudah lain sama sekali. Berbeza kerana masing-masing  sibuk mengejar glamor dan populariti. Walaupun tidak dizahirkan di bibirmu, namun ianya jelas terpancar pada perlakuan.


Kamu ! kamu yang ini tidak lagi ku kenali.

            Semua hanya mahu untuk diagungkan. Semua hanya mahu dipandang orang lain di atas pencapaian yang bukan engkau usahakan. Atas kerana titik peluh orang lain, kemanisan itu kamu ratah seorang. Kemudian diuar-uarkan pada semua seolah-olah itu kamu yang usahakan. Sedih. Sedih melihat kamu berubah begitu mendadak. Dalam setahun perkenalan kita, ini sudah banyak taringmu kelihatan. Jangan sampai beekor pula di kemudian hari nanti.


            Pada mulanya pelbagai amanah kamu tagihkan. Apabila amanah itu kamu sudah peroleh, seperti kera mendapat bunga pula jadinya. Apakah ini yang kamu cari selama ini? atau kamu punyai rencana lain? rencana yang lebih bagus?


            Tak ke mana pun kalau nama yang dicari. Tak boleh bawa kamu terbang ke tempat yang ingin dituju. Tidak. Ianya tidak akan pernah berjaya jikalau prestasi yang ini kamu tonjolkan. Maka selamat maju jayalah dalam percaturan nanti. Pesanku, jangan lama-lama menghilang. Kembalilah seperti diri kamu yang dahulu. Aku rindu kamu yang dahulu.



            Atau mungkin ini adalah warna kamu yang sebenar…

No comments:

Post a Comment