Powered By Blogger

Friday, 1 January 2016

GEBE' 20 : IT WAS NOT HIM

Hari ni hari terakhir peperiksaan bagi semester 2 Pusat Asasi Sains Universiti Malaya. Kertas terakhir adalah kertas Matematik 2. Kertas paling susah daripada semua kertas. Susah. Kertas paling kontroversi. Kaedahnya soalan 15 markah yang kami tak pernah lihat, jumpa, cuba mahupun sentuh sebelum ni. Tak pernah. Langsung. Tapi apa nak dikisahkan. Sebab dah habis dah semuanya. Usaha sudah, kini masa untuk berdoa dan bertawakkal.
‘Zaman, susah juga kan soalan tadi. Hm. Takut la. Math kot. Dah la penting math ni. Kalau kita dapat B dalam math ni, habis la pointer. Jatuh kot.’ Zikri setiap kali habis exam mesti dia akan merungut susah la. Tak sempat jawab la. Padahal nanti keluar result 4flat. Geram pula aku.

‘Takpe Zikri. Dah usaha kan. Kita tawakkal je. Jangan fikir da. Hhahaha. Sekarang balik ni nak tidur. Hhahaha’

‘Tidur? Ish. Tidur pula dia ni. Orang kemas bilik ke. Apa ke. Ni tidur.’

‘Eh, suka hati kita la awak oii. Kita mengantuk. Bangun nanti baru kemas bilik semua. Sekarang ni mood nak bermalas-malasan.’

‘Eh, Zikri parents kamu ambil bila ae nanti? Habis-habis exam terus balik ke macam mana?’

‘Hhaha, kita pun nak tanya benda yang sama dekat kamu. Hmm. Kita ingat nak ajak kamu keluar-keluar dulu dekat sini. Kira macam self-reward la dulu sebelum balik rumah masing-masing. Ya la. Mana tahu tak jumpa da lepas ni.’ Zikri memang senang tersentuh. Dan sekarang dia tengah menangis. Tak de Teresa-esak. Tapi terkeluar juga la air mata dia. Sedih nak berpisah mungkin. Siapa tak sedih. Aku pun rasa berat hati nak melangkah dari dewan peperiksaan ke kolej tadi. Ya la. Kertas terakhir bermakna hari terakhir bergelar pelajar PASUM.

‘Jangan la cakap macam tu Zikri. InsyaAllah ada masa nanti kita akan jumpa lagi. Dunia ni tak besar mana pun awak. Tup tup kita satu kos nanti. Siapa tahu kan.’

‘Hhaha, kan… eh kamu balik hari apa ni?’

‘Eh, haha. Lupa pula. Kita balik hari Ahad. Terpaksa. Sebab abah saya minta tolong kawan dia ambilkan. Sebab kereta buat hal pula katanya. Ahad pun petang. So, sempat la kita nak keluar dulu.’

‘Yeay! Dapat kita luangkan masa-masa terakhir kita bersama. Hihi. Bestnya.’

‘Mungkin setiap hari kita luangkan masa.’

‘Tapi ini lain Zaman. Tak sama.’

‘Ya la Zikri. Lain. Sangat lain. Ok kita nak nangis juga.’


Sejak hari tu, kami jarang jumpa. Sebab Zikri belajar dekat UKM. Aku pula dekat UM. Memang jauh la. Nak jumpa memang jarang. Selalu inbox dekat Facebook je. Masa tu Whatsapp mana popular lagi. Masih lagi mengharapkan Facebook dan Twitter untuk berhubung. Kadang-kadang aku yang bertanya khabar dekat dia dulu. Kadang-kadang dia yang tanya khabar dulu. Memang susah la nak aturka berjumpa hujung-hujung minggu. Sebab kaedahnya masing-masing jenis yang aktif berprojek dekat kolej masing-masing. Kalau minggu ni aku free, minggu tu juga la dia tak free. Kalau dia free, aku pula tak free. Berlumba-lumba. Hhaha. Sampailah satu hari ni. Dia inbox aku.

Zikri: Hey bitch! Zaman! Are you going back this semester break?

Zaman: Hey Bitch! Carut I ke apa ni? Hha, nope la. Ada projek kolej. It’s under me. So kena la stay. Why?

Zikri: Yeay! So I boleh lepak bilik awak la? I tak balik la this sem break. Ingat nak lepak bilik awak.

Zaman: Eh, sure! But I akan abit busy sikit la. Sebab nak kena tengok projek semua kan.

Zikri: Gigihnya awak ni. Can’t wait. Dah lama tak jumpa awak! Rindu sangat-sangat.

Zaman: Me too! Rindu gila. Lama tak jumpa. Tidur sampai habis sem break ae. Btw, kenapa tak balik?

Zikri: Malas la sebenarnya. Plus kalau I balik rumah tak de orang. My parents pergi overseas. Tengok kakak I dekat sana. They will be there for 2 months. So better I stay. Tapi fikir balik, U kan ada. Better gunakan peluang untuk jumpa dengan u. since kita pun dah lama tak lepak sama kan.

Zaman: Boleh je sayangs. Nanti datang. Btw, it’s 2013. Whatsapp la I. ada no I kan?

Zikri: Ok bitch! Love ya!

Zaman: Apa-apa nanti whatsapp ya.

Zikri: Okie! Serius tak sabar nak jumpa. Nak duduk sana 2 minggu boleh? Hihi

Zaman: boleh sayang. Jangan tak balik uni sendiri dah la. Hhahahaha. Tak sabar juga nak jumpa uolss. Rindu gila. Dah setahun lebih tak jumpa.

Zikri: TAHU TAKPE!! Awak tu la. Sentiasa SIBUK.

Zaman: jangan nak cakap orang ya. Awak pun sama. Ok la Zikri. I ada meeting. Nanti kita sembang lagi.

Zikri: See? Hhaha, ok awak. Bye. Muah! See you next weekend yeah.


‘Best juga ae projek-projek dekat sini. Wow. Sangat teratur. Awak ni boleh tahan juga pasal protokol. Kalau saya, memang tak reti. Sangat tak reti.’ Zikri sepanjang projek aku berlangsung, ikut je ke mana aku pergi. Ya la. Keberadaan aku di kolej sangat penting. Takut nanti ada apa-apa yang kena uruskan. Jadinya, aku tak boleh nak bawa dia kemana-mana lagi. Kena tunggu program habis la kaedahnya. Tapi tak lama dah. Lagi beberapa hari je lagi. Bertabahlah.

‘Yes. Sini sangat mementingkan protokol. Sebab protokol for me menentukan sesuatu majlis tu berjalan lancar ke tak. Kalau emcee je hebat, tapi protokol ke laut. Tak boleh juga awak.’

‘Ok, berbeza la dengan keadaan dekat tempat kita. Sangat beza. Best la dekat sini.’

‘Lain tempat, lain kaedahnya awak. Kena faham. Eh sorry tau sebab tak dapat nak layan awak sangat. Takpe ke? Sorry tau. Bersalah pula.’

‘La, kenapa nak minta maaf pula. Kan saya memang nak datang sini. Takpe, awak uruskan semua hal dulu. Nanti lepas dah habis kita keluar celebrate. Ok? Awak buat la kerja awak sampai habis. Nanti kita lepak la.’
‘Betul ni? Ok. Thank you Zikri.’ Walaupun sebenarnya aku nampak ada yang lain dekat muka dia. Macam dia tengah fikirkan sesuatu.

Zikri terus berjalan ke kafe. Nak makan katanya. Untunglah boleh bangun lambat. Bangun-bangun terus makan. Aku ni. Kena tengok-tengokkan projek bagai. Haish.

‘Zaman Zaman! Nanti boleh tolong kami tengokkan floor blok lelaki tak Zaman? Sebab ada seorang peserta ni komplen ada yang merokok dekat situ. Katanya tak selesa.’ Belum sempat apa-apa lagi dah ada tugas. Nasib badan la. Tapi dalam hati masih berteka teki dengan Zikri ni. Hm. Macam tak seronok je dia 2 hari ni. Tu yang aku minta maaf tadi. Sebab takutkan dia rasa tersisih ke apa ke kan. Almaklumlah pondan kan. Cepat pula nanti tersentuh dia ni.

‘Zaman?? Zaman! Awak dengar tak ni?’

‘Eh, sorry sorry Fatin. Sorry. Ok2. Nanti saya checkkan. Nanti minta AJK perhubungan Luar buat pengumuman. Cakap ini kawasan universiti. Dilarang merokok. Kalau tak kena denda. Minta dia pandai-pandai la buat ayat yang menyentapkan.’ Aku kalau dah tengah fikir memang jangan la korang kacau. Takkan perasankan yang AJK datang nak minta tolong.


‘Awak order apa Zaman? Nasi Goreng Kampung dia sedap tak?’
‘Sedap! Itu antara yang sedap la. Jangan beli Nasi Goreng Ikan Masin. Serious tak sedap. Nanti awak tak habis makan nanti.’

‘Yeke. Ok-ok. Saya makan Nasi Goreng Kampung juga la.’

Zikri ni jenis. Andai kata ada makanan yang dia tak suka. Atau tak kena dengan tekak dia. Dia akan tolak. Jawabnya makan tak habis. Lepas tu nanti merungut lapar. Typical Zikri.

‘So Zaman how’s your project? Ok ke? I tengok meriah ae. I mean I terms of pemandangan. Sangat meriah.’

‘So far okay la. Just kejap lagi nak rehearsal untuk majlis penutup esok. Then we’re done. Penat la. Jaga protokol memang penat. Eh, awak ok ke tak duduk dalam bilik? Kalau bosan bagitahu la. I minta kawan-kawan I bawa u pergi mana-mana ke kan. At least tak de la bosan.’

‘Bosan apanya Zaman. Dekat dalam bilik u tu macam library ya. Penuh dengan buku. As usual. Zaman and buku memang tak boleh dipisahkan.’ Kata Zikri.

‘Memang la. But I masih tak ada kesempatan nak nak baca semua. But ada juga yang I dah baca. But mostly I tak baca lagi.’ Yang ini typical Zaman pula. Suka beli buku banyak-banyak. Then tak baca pun. Simpan je dekat dalam bilik.

‘Ish, ruginya. You should stop buying any books lepas ni. Like seriously kena stop. Sebab I perasan dalam loker you ada buku dalam plastic MPH lagi. Membazir la awak.’

‘Okay-okay. I akan cuba kawal. Hhaha’

‘Yes. Kena. Wajib. Wajib kawal nafsu beli buku. Bila awak dah baca semua buku baru boleh beli yang baru. Nanti sayang je. Tak baca lagi tapi buku dah bertimbun. Hah, baca tau jangan tak baca.’

‘Maigad, bitch. Since when u suka membebel ni. Apa UKM ajar you? Hhahaha’

‘Hey, I just developed it. Hhahaha’ Zikri sebelum ni jenis yang kalau bercakap tak banyak sangat. Tapi bila jumpa balik ni. Dia asyik membebel je. Membebel tahap melampau. Hhaha. Nasib baik pondan. Kalau perempuan, sure tak laku dah tu. Menjanda la kau sampai tua. Ya la. Kerjanya asyik nak membebel je. Siapa nak?

Since dia yang jadi tetamu. So, aku belanja la malam tu. Ya la. Dah kau tinggalkan dia dalam bilik. Dah la dia tetamu. Sementara tengah masyuk ni. Sekali sekala apa salahnya kan. So, aku volunteer untuk ambilkan sekali makanan untuk dia. Zikri tunggu dekat meja je. Aku ni sweet macam couple pula dengan dia kan. Korang mesti fikir macam tu kan. LESBIAN GILA! Pondan dengan pondan mana boleh. Pondan sado boleh la.

‘Zikri Zikri’ aku toleh ke belakang dan nampak sekumpulan lelaki-lelaki herlok daripada UPNM datang ke arah kafe. ‘Matilah nak. Abang-abang sado mencemar duli uolss.’ Mak bermonolog sendiri. Perkara biasa pepondan akan buat bila nampak sekumpulan ataupun individu yang kendu berhampiran. Mereka akan bermonolog sendirian. Memuji keindahan alam ciptaan Tuhan.

Toleh punya toleh. Sekali seorang daripada lelaki dalam sekumpulan ciptaan Tuhan yang indah itu menghampiri Zikri. Nampak seperti dia yang tegur Zikri dulu. Bukan sebaliknya. Dia tegur. Tapi Zikri palingkan muka. Macam ada yang tak kena. Pondan seorang ni memang penuh dengan rahsia dan masa silam yang penuh misteri. Apa pula kisahnya yang ni.

‘Eh, senyum pula pondan Zikri ni. Tadi macam beria paling muka bagai. Haish. Pening la aku.’

‘Makanan dah sampai!’

‘Sampai dah. Wah! Lapar! Lapar!’

‘Siapa budak tu tadi?’

‘Tak de siapa la. Dia saje je tegur kita tadi.’

‘Tell me Zikri. You banyak berahsia dengan kita. Banyak benda you nak cerita. Tapi tak cerita.’ Aku acah-acah merajuk.

‘Hm… I… I…’ Zikri seolah-olah sukar untuk meluahkan. ‘Do you remember peristiwa beberapa hari sebelum kita habis PASUM?’

‘Yeah. And… Apa kena mengena dengan dia?’

Zikir terus hilang selera nak makan. Dia lekas bangun dari kerusi. Terus berjalan.

‘Hai, kot ya pun makan la dulu. Membazir la. Penat kita tunggu lama-lama. Kang nanti mula nak mengadu lapar la apa la. Saya ketuk kepala awak nanti kalau awak cakap awak lapar nanti. Serius saya tak tipu. Makan dulu.’

‘Tak nak, saya tak de selera dah.’

‘Hey Zikri please makan. Cepat sini makan. You nak I suapkan ke apa ni? Please makan.’

‘I said no. I tak nak.’

‘Zikri!’ Aku meninggikan suara sedikit sebab tak tahan dengan perangai Zikri yang cepat sangat nak merajuk ni. Dia terus datang sebelah aku dan peluk aku erat-erat. Aku terkejut. Kenapa dengan Zikri ni. Ada apa-apa yang tak kena ke.

‘Zaman, Do you remember peristiwa sebelum exam final masa PASUM dulu?’ Zikir tanya dalam keadaan dia sedang menangis teresak-esak. ‘Do you remember Zaman?’ Dia mengulangi soalan dia tadi.

‘Yeah, of course I ingat sangat peristiwa tu. And you never told me the whole…’ belum sempat aku menghabiskan ayat, dia mencelah.

‘Sebenarnya dia yang buat benda tu dekat kita. Bukan Zul. But him. He did it.’

‘Oh my god. Zikri. What are you talking about? Bukan you kata it was Zul ke? Babe, tell me. Tell me now. I insist.’ Siapa tak terkejut dengan statmen yang baru keluar dari mulut Zikri. Ini bukan benda yang boleh dibuat main. Itu satu pertuduhan besar.

‘But wait. You told me that day it was Zul. Zul yang ada dekat belakang awak masa tu and it happened. Kan. Zikri?’ Aku yakin, yang dia ceritakan hari itu berbeza.

‘Memang ya. Tapi Zul just membantu dia untuk kita.’

‘Maksudnya? Saya tak faham.’

‘Zul just mulakan, yang habiskan dia. Dia yang habiskan Zaman. Dia habiskan.’

‘Y-Y-You Were B-Bleeding that night kan?’ Tersekat-sekat nak sebut. Sebab darah. Siapa yang tak takut tengok darah.

‘It was him. Not Zul’ Zikri hanya jawab itu sahaja. Kemudian dia diam. Aku terus bungkus makanan kami and naik atas, bilik. Takkan aku nak biarkan budak tu bermain mata dengan Zikri. Aku tak nak Zikri macam-macam lagi. Tak nak. Cukup la dengan apa yang dah lalui. Cukup. Enough is enough.