Powered By Blogger

Saturday, 9 November 2013

RISAU

RISAU

Setelah mendengarkan cerita mengenai perangai sebenar mereka, maka terpanggil aku untuk menulis nukilan ini…


            Mereka punya ketua yang gah ! namun sayang, anak-anak buahnya tidaklah segah mana. Tiba-tiba, terbit rasa takut. Aku bermonolog, bagaimana kiranya nanti mereka menggantikan tempat yang di atas. Adakah masih ada sinar dan harapan? Atau nama yang sudah ditempa itu terkubur begitu sahaja. Setelah segala penat lelah, usaha dan kegigihan ketua mereka taburkan demi ‘ITU’, tiba-tiba hancur berderai.



            Tidak terdaya untuk aku capai tahap keegoan mereka. Sungguh tebal dan kukuh. Sudah keras dan tidak lagi boleh dilentur. Perasaan ‘rasa diri itu hebat’ bakal menjatuhkan mereka terbenam jauh ke bawah. Ibarat jentera berat tertimbus dek kerana tanah jerlus. Terus terbenam tiada siapa pun peduli.






Takut, Takut, dan takut untuk aku bayangkan apa bakal berlaku kelak. Sedih. Sedih. Sedih untuk aku fikirkan bagaimana nanti mereka pabila sudah berada di atas. Apalah nasib orang bawahan mereka. Pasti satu penyeksaan yang bukan sahaja menyeksa fizikal malah juga mental ! adakah pemimpin seperti itu yang kita cari? Tidak ! bukan dia yang kita cari.



Aku mengharapkan segalanya bakal berjalan seperti yang dirancang tanpa ada halangan-halangan yang tidak perlu di pertengahan jalan menuju wawasan. Maka, itu yang harus ketua mereka sedar dan mohon untuk bertindak dari sekarang.


Moga mereka terus maju kehadapan ! maju dengan seribu satu kekuatan bukan kelemahan.

Zaman Ismail. 


Thursday, 7 November 2013

RINDU

RINDU          



Pedih, sakit, gembira, sedih, suka, duka, lara, takut. Semuanya bercampur baur dalam lubuk hati ini. perasaan yang aku kira tiada siapa dapat ungkapkan. Satu per satu yang aku lalui dan dalam masa yang sama aku harapkan agar semua ini dapat mematangkan aku dalam berfikir. Mematangkan aku dalam tindakan. Mematangkan aku dalam pertuturan. 





Hati ini meronta-ronta meminta untuk pulang ke kampung halaman. Tetapi kerana ada yang menghalang, maka aku batalkan niat. Abah masih lagi belum pulih sepenuhnya. Along pula masih lagi belum sihat. Walaupun hari itu, hari terakhir aku menatap wajah mereka, namun aku tetap kuatkan hati. Dengan izin Allah, nanti kami akan berjumpa lagi.

           

Hanya gambar di telefon bimbit menjadi pengubat tatkala rindu…


Anak mana  tidak sayang pada orang tuanya…


Siapa tak rindu kalau sudah lama berjauhan. ..


Ya Allah, sampaikanlah salam rindu aku pada mereka melalui malaikatmu…


Lindungi mereka dengan perlindunganmu…








Aku disini merinduimu…

Wednesday, 6 November 2013

BENAR-BENAR RASA TERSEPIT

BENAR-BENAR RASA TERSEPIT

          

            Tersepit dengan tanggungjawab sebagai seorang anak dan tersepit dengan tanggungjawab sebagai seorang mahasiswa.


Kini aku benar-benar tersepit. Tersepit dengan perkara yang diri ini sendiri tidak rela. Tidak rela namun dek kerana tanggungjawab yang aku rasakan perlu, maka aku relakan juga. Diri ini berada dalam dilema. Dilema yang aku rasa boleh untuk aku lari, tetapi hanya mulut saja bisa melontarkan kata-kata berani itu namun tidak terdaya untuk aku laksanakan.


Bibir ini bisa katakan kata-kata berani melawan, tetapi hati ini tetap tidak sanggup. Cukup setakat ini. cukup sudah diri ini dicaturkan mereka-mereka yang ketagihkan kemegahan. Cukup ! aku sudah tidak sanggup melunaskan kata-kata mereka, kerana tiada seorang pun mendengar kata-kata aku yang kerdil ini. siapalah kita, hanya sekadar mencukupkan ruang-ruang kosong demi mencapai apa yang dirancang.


Belum terjawab lagi persoalan yang aku lontarkan. Tatkala aku bertanyakan mereka soal itu, tiada tanda-tanda keyakinan. Seolah-olah cuba sembunyikan sesuatu. Sesuatu yang mungkin boleh menjatuhkan mereka. Mungkin. Semakin lama aku bersama mereka, semakin banyak yang aku nampak. Semakin banyak yang aku belajar. Semakin banyak kepincangan yang aku lihat. Maka benar kata ‘dia’, jangan terlalu awal menyatakan konklusi. Sebaliknya, lihat dan nilai dahulu.


Bahasa Seorang Pemimpin

BAHASA SEORANG PEMIMPIN
           


 Apakah yang kita katakana dengan bahasa seorang pemimpin? Mungkin ada yang mentafsirkannya berbeza dengan apa yang saya ingin bawa pada nukilan kali ini. kerna memang sudah menjadi lumrah, bahasa itu subjektif. Bergantung pada orang yang mentafsirkannya. Jikalau mereka tafsirkan perkara-perkara yang elok., maka eloklah jadinya. Dan boleh juga jadi sebaliknya.
           


Sebagai seorang pemimpin, ketua, atau pengarah sekalipun. Perkara pertama yang anda perlu jaga ialah BAHASA. Jaga bahasa yang kita gunakan dalam memberikan arahan. Biar kena pada tempat dan gayanya. Dan bukannya bahasa yang boleh menjatuhkan semangat mereka yang bekerja dengan anda ataupun menjatuhkan kredibiliti anda sebagai seorang ketua. Kita kena ingat, jikalau kita ingat kita ini bagus, ada ramai lagi orang yang lebih bagus daripada anda. Jangan letakkan diri kita sebagai ketua yang mahir dalam segala hal. Ataupun hebat dalam segala benda. Jangan ! kerana barangkali, orang yang anda gelar sebagai ORANG BAWAHAN ANDA, mungkin lebih hebat dan supreme dari anda.
           


Dalam memberikan arahan, pastikan tidak menunjukkan inferiority. Kerana bukan ramai yang menyukainya.

Bahasa Jiwa Bangsa...