Powered By Blogger

Wednesday, 6 November 2013

BENAR-BENAR RASA TERSEPIT

BENAR-BENAR RASA TERSEPIT

          

            Tersepit dengan tanggungjawab sebagai seorang anak dan tersepit dengan tanggungjawab sebagai seorang mahasiswa.


Kini aku benar-benar tersepit. Tersepit dengan perkara yang diri ini sendiri tidak rela. Tidak rela namun dek kerana tanggungjawab yang aku rasakan perlu, maka aku relakan juga. Diri ini berada dalam dilema. Dilema yang aku rasa boleh untuk aku lari, tetapi hanya mulut saja bisa melontarkan kata-kata berani itu namun tidak terdaya untuk aku laksanakan.


Bibir ini bisa katakan kata-kata berani melawan, tetapi hati ini tetap tidak sanggup. Cukup setakat ini. cukup sudah diri ini dicaturkan mereka-mereka yang ketagihkan kemegahan. Cukup ! aku sudah tidak sanggup melunaskan kata-kata mereka, kerana tiada seorang pun mendengar kata-kata aku yang kerdil ini. siapalah kita, hanya sekadar mencukupkan ruang-ruang kosong demi mencapai apa yang dirancang.


Belum terjawab lagi persoalan yang aku lontarkan. Tatkala aku bertanyakan mereka soal itu, tiada tanda-tanda keyakinan. Seolah-olah cuba sembunyikan sesuatu. Sesuatu yang mungkin boleh menjatuhkan mereka. Mungkin. Semakin lama aku bersama mereka, semakin banyak yang aku nampak. Semakin banyak yang aku belajar. Semakin banyak kepincangan yang aku lihat. Maka benar kata ‘dia’, jangan terlalu awal menyatakan konklusi. Sebaliknya, lihat dan nilai dahulu.


No comments:

Post a Comment