Nasib Peniaga & Karenah Manusia
Admin pada blogpost kali ini ingin menceritakan apa
yang kita sebagai rakyat Malaysia yang kononnya berhati mulia perlu tahu.
Ceritanya sangat mudah dan rasanya semua orang pernah melaluinya, mengalaminya,
melihat ataupun melakukannya sendiri ‘tanpa sedar’. Untuk memudahkan cara
penyampaian, admin akan ceritakan mengikut situasi.
SITUASI 1: MAKCIK PENJUAL KUIH-MUIH DI TEPI JALAN
Mak Cik yang menjual kuih-muih ini pada ketika itu
sedang sibuk melayan pelanggan yang datang berkerumun di gerai miliknya.
Disebabkan makcik itu hanya berniaga seorang diri, jadi dia terpaksa melayan
pelanggannya mengikut giliran. Siapa yang datang dahulu, maka dialah yang akan
diutamakan. Namun, disebabkan rakyat Malaysia ini berhati ‘mulia’ lagi penyabar,
maka situasi dibawah berlaku.
Mak Cik: Kejap
ya nak, Mak Cik layan puan ni dulu. Sebab dia datang awal tadi nak.
Pembeli Muda : Mak
Cik ! saya dah lambat dah ni, saya ada kelas ! boleh tak cepat sikit. (Muka
Pembeli itu mula bertukar merah tanda marah).
Mak Cik : Kejap
ya, anak datang lewat tadi, mak cik kena layan yang mana datang dulu. Kejap ya.
Setelah pelanggan itu tadi dilayan, maka makcik itu
tadi pun beralih pula kepada pembeli Muda itu tadi.
Mak Cik : OK,
anak nak apa tadi?
Pembeli Muda : Tak
pe la mak cik ! saya dah lambat dah ni ! saya pun tak kebulur nak makan kuih
mak cik ni ! ( anak itu sempat menghentak meja mak cik itu sebelum berlalu
pergi )
SITUASI 2 : DI KEDAI KASUT
Kejadian ini berlaku beberapa hari lepas di sebuah
kedai kasut yang agak terkenal. Pada ketika itu, ada 4 orang pelanggan ingin
membeli kasut di kedai tersebut. melihatkan pada cara mereka berpakaian,
pelanggan 1 & 2 adalah jururawat, pelanggan 3 seorang wanita lewat 30-an
dan pelanggan 4 merupakan seorang pemuda berpewatakan agak lembut.
Pelanggan 1 : Dik
! akak nak tengok kasut ni saiz 4 ya !
Dalam masa yang sama pelanggan 2 juga minta untuk
diambilkan kasut yang sesuai dengan kakinya.
Pelanggan 2 : Dik,
akak pun sama. Nak kasut yang ini saiz 5.
Keadaan pada ketika itu masih terkawal. Baiklah,
admin teruskan memerhati dan terus memerhati.
Pelanggan 3 : adik
! saya nak kasut ni saiz 8 dan ini kasut semalam saya nak tukar. Sebab anak
saya tak boleh pakai. Cepat sikit ya !
Dalam keadaan kelam kabut, pekerja kedai kasut
itupun bergegas untuk menuruti karenah pelanggannya. Namun, apa yang membuatkan
saya kagum pelanggan 4 tidak minta apa-apa dan hanya menunggu setelah
ketiga-tiga pelanggan itu mendapat kasut yang mereka minta. Setelah semua kasut
itu dikeluarkan pekerja itu dari stor simpanan, barulah pelanggan 4
mengutarakan keinginannya.
Pelanggan 4 : Adik,
minta kasut ini saiz 11. ( minta sambil melemparkan senyuman )
Pada masa yang sama, pelanggan 1 & 2 serentak
meminta kasut mereka untuk ditukar kepada saiz yang lain. Mungkin longgar
ataupun ketat agaknya. Kesian juga admin lihat pekerja itu. Kelam kabut dia
buat kerja.
Pekerja :Bang !
( pelanggan 4 ), ni kasutnya. Cubalah dulu ya. ( katanya sambil tersenyum ).
Pelanggan 1 & 2 : Adik ! cepat sikit boleh tak ! akak dah tunggu lama da ni ! ( ‘lama lah
sangat ! baru seminit. Cis !”, monolog admin ketika itu )
Dalam masa yang sama pelanggan 3 juga minta untuk
dilayan.
Pelanggan 3 : (
Sambil mukanya masam mencuka) Adik ! saya nak bayar ni !
Melihatkan kepada keadaan yang semakin tegang itu,
pelanggan 4 itu terus ke mesin wang untuk mendebitkan wang pelanggan 3 itu
tadi. Barangkali dia mempunyai pengalaman mengendalikan mesin wang agaknya.
Kagum admin pada kemuliaan pelanggan 4 itu. Berubah juga muka pelanggan 3
apabila dia dilayan oleh seorang manusia yang juga bertaraf pelanggan sama
seperti dia. Disebabkan ketidaksabaran BELIAU, maka pelanggan 4 itu tadi
daripada sedang mencuba kasut, terus melulu ke arah kaunter pembayaran untuk
membantu pekerja itu tadi.
P/S : Adakah ini rakyat Malaysia yang dikatakan
berhati mulia itu? Adakah ini apa yang kita gelar sebagai watak ketimuran?
Tepuk dada, Tanya iman. Adakah berdosa kalau kita bersabar? Mungkin kita tidak
sedar, tetapi percayalah kedua-dua situasi di atas pernah kita lakukan. sedar
ataupun tidak. Kalau ada yang tidak, maka tahniah diucapkan. Sebelum kita
melakukan sesuatu kepada orang lain, cuba bayangkan terlebih dahulu apa
perasaan kita jikalau kita berada di tempat dia. Adakah kita sanggup diperlakukan
sedemikian? Kita sama-sama manusia. Punyai akal dan perasaan. Fikir dahulu
sebelum bertindak. Jangan hanya mementingkan diri sendiri tanpa mempedulikan
perihal hati dan perasaan orang lain. Hari ini hari dia, mungkin esok lusa
adalah hari kita pula. Hidup ini seperti roda, sekejap kita dibawah, sekejap
kita diatas. Maka janganlah terlalu angkuh apabila kita berada diatas, kerana
takut kita tak mampu hadapi kehidupan apabila kita pula yang berada di bawah.
Ingat ! apa yang kita bagi biasanya itulah yang akan kita terima kembali malah
mungkin lebih.
Yang Ikhlas,
Zaman Ismail
