Powered By Blogger

Sunday, 17 February 2013

kini aku bangkit


Apabila kita mendapati bahawa dunia kita sudahpun gelap dan musnah, kita seperti tidak bermaya lagi untuk bangkit dan teruskan perjuangan walaupun inilah yang kita idam-idamkan dan inginkan selama ini. hancur luluh hati ini apabila perkara yang kita harapkan untuk kecapi tiba-tiba bertukar menjadi mimpi dan bukannya realiti. Peritnya tak ubah seperti ditikam beribu belati, malah lebih dahsyat lagi. Hanya Allah sahaja yang mengerti kekecewaan yang menyelubungi hati ini. Nak ataupun tidak, segalanya sudahpun tertulis buatku. Terpaksalah aku telan meskipun hati ini tidak ikhlas menerimanya. Walaupun sakit dan perit menghadapinya, perjuangan mesti dihabiskan. Genggam bara api biar sampai jadi arang. Kita masanya untuk aku bangkit !

Tuesday, 5 February 2013


Alhamdulillah..


Pada 3 Februari yang lepas, Program Interaksi Mahasiswa telahpun melabuhkan tirai dengan jayanya. Program ini berlangsung selama 3 hari 2 malam di Sekolah Menengah Sains Teluk Intan atau lebih dikenali sebagai SEMESTI.Satu nama yang gah di persada Malaysia. Mana tidaknya, batch yang kami ingin ketemu kali ini merupakan batch terbaik pencapaian PMRnya di Perak (kao Hado??) dan menyandang tempat ke-3 di peringkat kebangsaan.Tiada yang kelas melainkan kelas-kelas belaka !hha,

Banyak juga aktiviti yang kami jalankan bersama.Kami sedaya upaya untuk muatkan pelbagai jenis bengkel dan Latihan Dalam Kumpulan (LDK).Seronok rasanya bila boleh berkongsi pengalaman yang hanya secebis ini dengan mereka. Rasa diri ini dihargai.Lebih-lebih lagi apabila ada diantara mereka yang meminta nasihat daripada kita.Walaupun tidak banyak yang boleh diberikan, namun insya Allah dengan pengalaman yang ada, dapat aku berikan yang terbaik.

Jujur aku katakan, mereka ini sememangnya hebat !dan tidak hairanlah jikalau tahun ini mereka boleh menggondol sekali lagi keputusan SPM terbaik di Negeri Perak mengalahkan Sekolah Tunku Abdul Rahman (STAR). Amin… mudah-mudahan begitulah hendaknya.Jangan marah ya budak-budak STAR !hhe,


Teringat lagi sewaktu bengkel Tentang Aku.Bengkel ini pertama kali dilakukan oleh Kak AJ, motivator jemputan kami.Bengkel ini memerlukan beberapa orang fasilitator untuk menjadi Anak Kapal dan aku terpilih untuk menggalas tugas itu.Permainannya begini, kapal yang kami naiki itu sudah pun rosak dan hanya akan membenarkan beberapa orang sahaja untuk berada diatas kapal itu. Selebihnya, terpaksa ditinggalkan. Maka dengan itu, mereka yang lain (iaitu pelajar-pelajar SEMESTI) harus merayu kepada Anak Kapal untuk menaiki kapal tersebut. Mereka harus meyakinkan Anak Kapal agar dimasukkan ke dalam kapal tersebut. Menjadi Anak Kapal ini tidak semudah yang disangka. Pada mulanya aku tidak mengerti akan apakah tugas aku sebenarnya sebagai seorang Anak Kapal? setelah melihat rakan-rakanku yang lain, baru aku faham sebenarnya menjadi Anak Kapal ini memerlukan aku untuk menjadi seorang yang kejam. Sangat KEJAM !sangatlah berlawanan dengan sifat semulajadi aku. Namun, amanah yang diberikan wajib untuk aku jalankan. Dalam bengkel itu, bermacam-macam rahsia yang dapat aku gali daripada mereka (tidak perlulah aku nyatakan disini).Namun tugas untuk membuatkan orang menangis teresak-esak itu sangatlah berat buat diriku. hmmm. Kemudian kami akhiri slot Tentang Aku itu dengan sesi Salam Semut. Masa itulah, berat rasanya hatiku ini untuk bertemu kembali dengan mereka yang merayu-rayu kepada aku tadi. Rasa seperti nak mengalir air mata, namun aku cuba untuk tahan. Lemparan senyuman yang aku beri, aku selitkan dengan nasihat kepada mereka.

Telalu banyak perkara baru yang aku pelajari sepanjang aku menjadi fasilitator ini.lebih-lebih lagi ketika menjadi pengacara majlis pada majlis penutup. Malu rasanya apabila majlis tersebut ada sedikit kekurangan.Hmm, namun tidak mengapa. Orang kata, kesilapan kadang-kadang dapat menyedarkan manusia akan lemahnya mereka. Hhu.Selain itu, aku juga belajar untuk berkomunikasi dengan mereka yang jauh lebih muda daripada kita.walaupun dahulunya pernah aku tinggal di asrama dan selalu juga bersembang, berborak, bergelak ketawadengan adik-adik junior, namun pengalamanku yang ini agak berlainan. Berbeza daripada yang dahulu. Mungkin sekarang aku sudah mencecah 20 tahun dan Alhamdulillah sudahpun bergelar ‘Mahasiswa’.Melihatkan telatah mereka, terdetik perasaan rindu akan kehidupan sebagai pelajar sekolah. Walaupun, baru 3 tahun meninggalkan sekolah, tetapi rasa seperti sudah 10 tahun.
Rasanya cukuplah itu sahaja buat kali ini.sehingga bertemu lagi..

promote sikit biro protokol.. :)
Assalamualaikum…