Powered By Blogger

Wednesday, 18 June 2014

Bukan Mudah...

            Masih segar dalam ingatan. Memori ketika mana aku mendapat sepucuk surat tertera Urusan Seri Paduka Baginda.


Ya ! Masih aku ingat. Bulan Ramadhan menjadi saksi. Saksi kepada kehidupan yang bakal aku jalani akan berubah sama sekali selepas itu. Tidak lagi sama seperti dulu. Ya ! Betul ! Aku diterima masuk ke Sekolah Perubatan Universiti Malaya.


            Tapi yang peliknya, aku tidak gembira, tidak pula gelisah. Biasa. Seperti tiada apa yang berlaku. Pelik. Namun aku layankan sahaja perasaan aku. Kerana perasaan dan detik hati ini tidak pernah berbohong. Sekiranya aku gembira, maka memang benar aku gembira dan itu yang aku mahukan. Begitu juga sebaliknya. Aku keliru. Keliru yang membuatkan lidah aku terkelu tidak mengeluarkan kata-kata seperti biasa.


            Satu fakta yang tidak semua tahu. Perubatan tidaklah semudah yang disangka. Tidak ! Kalau benar anda mahu terjebak dalam bidang ini maka fikirkan semula. Fikir biar seribu kali. Tak mengapa. Daripada menyesal di hujung hari. Kerana sekali kita berada dalam landasan, maka susah untuk kita undur. Susah. Kerana banyak yang perlu kita fikirkan. Terutamanya hati dan perasaan mereka yang kita sayang.


            Aku juga tidak tahu mengapa, kerjaya ‘Doktor’ itu dipandang gah ! dipandang Hebat ! Dipandang Mulia !


Kerana bagi aku, tiada yang gah ! Tiada yang Hebat ! Tiada yang mulia  sekiranya kita lakukan dalam keadaan terpaksa.


Fikirkan semula. Mungkin ada yang ingat, belajar perubatan hanyalah sekadar pergi dan balik dari kelas. Kemudian siapkan assignment  dan tutorial. Mungkin. Tapi sedar atau tidak, ianya lebih dari itu.


Bercakap mengenai kerjaya seorang ‘doktor’. Bukan hanya sekadar memakai labcoat dan menggantung stetoskop di leher. Bukan !


Doktor itu lebih dahsyat dan ekstrim dari apa yang anda sangkakan.



No comments:

Post a Comment