Powered By Blogger

Friday, 25 September 2015

MBBS 2

Sarjana Muda Perubatan & Sarjana Muda Pembedahan

Sarjana Muda Doktor Perubatan.

University Malaya Medical Programme.

Nama kursus ini barangkali berlainan mengikut negara ataupun Universiti. Tetapi tujuannya satu. Adalah untuk melahirkan doktor yang selamat bagi menampung keperluan negara merawat pesakit-pesakit yang mendaftar.

Kursus ini ditawarkan di hampir setiap negeri di Malaysia. Menjadikan kursus perubatan ini sebgaai satu kursus wajib ambil bagi mereka yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan di peringkat Pra-Universiti. Mungkin. Mungkin bukan semua. Tetapi itulah hakikatnya. Anda boleh bersetuju, boleh juga untuk sebaliknya. Terpulang.

Tetapi percaya ataupun tidak. Bukan semua yang mengambil kursus ini benar-benar mahukannya. Ada yang dipaksa, terdorong tidak kurang juga yang keliru.

Jom aku terangkan.

PAKSARELA
Ramai ibubapa yang sebenarnya memaksa anak-anak mereka untuk mengambil jurusan yang mereka inginkan. Iaitu berbeza dengan jurusan yang anak mereka mahukan. Ada beberapa kes yang pernah berlaku dihadapan mata aku sendiri.

KES 1:
Ada la seorang jiran ni. Sangat rapat dengan keluarga aku. Sangat rapat. Ibubapa aku sendiri dah menganggap mereka seperti adik beradik sendiri. Sangat rapat. Sebelum mereka diijabkabulkan lagi sebenarnya. Nak dibuatkan cerita, si ayah ini mewajibkan anak-anaknya untuk mengambil jurusan perubatan. Anak pertama dapat keputusan yang agak cemerlang ketika belajar di Matrikulasi. Tak pasti berapa, yang pasti lebih 3.75. Kira sangat cemerlang dah tu. Disebabkan bukan 4 rata, maka ianya tidak melayakkan dia untuk sambung pelajaran dalam jurusan doktor perubatan. Disebabkan ayah dia ni beria sangat nak anak dia berada dalam bidang perubatan, dia pastikan anak dia ambil juga apa-apa jurusan asalkan  berkaitan dengan perubatan. Maka, dengan akur anak dia sambung pelajaran dalam bidang Kejuruteraan Bioperubatan di Universiti Malaya. Walaupun dalam keadaan terpaksa.

Anak keduanya disebabkan anak pertama tidak berjaya untuk mendapatkan tempat di dalam jurusan perubatan, maka dipaksa untuk kekal cemerlang dalam setiap peperiksaan yang dia lalui. Sehinggalah anaknya menyambung pelajaran ke Matrikulasi. Ketika di Matrikulasi anak kedua dia ni mula memberontak. Kerana baginya sains bukan kegemarannya. Jadi dia membuat keputusan untuk keluar dari Matrikulasi dan sambung pelajaran ke Tingkatan 6. Percaya atau tidak, hampir sebulan tidak bertegur sapa. Setiap hari ayah dia ni asyik nak marah sahaja. Tetapi apabila diterangkan dengan baik-baik akhirnya ayah dia faham dan mengerti.

Selamat tak sampai kes lari rumah bagai kan.

KES 2:
Aku ada seorang kawan yang ayah dan ibunya hanya memberi 2 pilhan untuk beliau. Samaada jadi Peguam atau Doktor. Kedua-duanya berat dan memerlukan keputusan yang cemerlang. Disebabkan di semester pertama di Matrikulasi, beliau tidak peroleh keputusan cemerlang, maka ayahnya suruh dia berhenti dan sambung STPM. Dengan akur dia ikutkan saja. Bila berada di Tingkatan 6, sekali lagi beliau tidak berjaya mendapat keputusan yang membolehkan beliau untuk ambil jurusan Undang-undang mahupun perubatan. Disebabkan ayah dan ibunya agak berada, maka mereka menghantar anaknya itu ke university swast. Kalau dah tak minat, buat apa pun tak jadi. Tak sampai 2 semester, anaknya mahu berhenti belajar. Kerana tertekan.

Ini fenomena yang berlaku di Malaysia. Ibubapa terlalu memaksa dalam memilih jurusan atas alasan mereka mahukan yang terbaik untuk hidup anak mereka. Mengapa?

Tidak ada gunanya dipaksa, kalau dah tak minat. Memang ada orang pernah cakap dekat aku,’ Minat boleh dipupuk’. Tetapi bagi aku bukan dalam semua situasi. Bukan juga untuk semua orang. Bukan semua boleh dipaksa. Bukan semua boleh ikut. Itu lumrah.

TERDORONG
Selain itu, ada juga yang mengambil jurusan ini kerana mereka terdorong dengan peristiwa-peristiwa yang pernah berlaku dalam kehidupan mereka. Sebagai contoh, ibunya pernah didiagnos mempunyai penyakit Kanser Ovari. Ataupun mungkin makcik mereka menghidapi penyakit Kencing Manis sehingga terseksa kerana kaki sebelah kanannya terpaksa dipotong. Mungkin. Ada banyak jenis peristiwa yang bisa berlaku dalam kehidupan seseorang individu sehingga membuatkan mereka mahu mengambil jurusan perubatan.

Dek kerana peristiwa itu, mereka terdorong untuk terus gigih berusaha bagi mengejar cita-cita mereka untuk menjadi seorang doktor. Atas alasan kerana mereka mahu meringankan beban pesakit. Mereka mahu membantu orang lain untuk menghadapi penyakit yang mereka hidapi.

Kebiasaannya mereka yang tergolong dalam golongan ini kekal berada di landasan yang mereka pilih. Kerana pilihan itu adalah pilihan mereka.

KELIRU
1 benda yang tak dapat kita sangkal, sekarang semakin ramai pelajar pandai. Untuk mendapatkan 4 rata itu begitu mudah bagi mereka (Tak tahu la sebab senang ke, sillibus lain ke macam mana). Merata pelajar lepasan Asasi, Matrikulasi dan juga STPM yang berjaya memperolehi keputusan cemerlang 4 rata.

Dilema berlaku apabila hendak mengambil kursus yang kononnya sesuai dengan diri. Bagi mereka yang sudah jelas akan cita-cita, ini tidak menjadi masalah buat mereka. Malah ada sesetengah yang sudahpun ada perancangan jangka panjang berkenaan perjalanan hidup mereka. Ada ya yang begitu. Jangan terkejut. Untuk mereka yang berada dalam dilema ini, bila keputusan yang mereka peroleh adalah 4 rata,

‘Kita ambil medic la. Tak tahu nak ambil apa sebenarnya. Go je la.’
‘Tak tahu la nak jadi apa, ambil doktor je la. Senang.’

Percaya ataupun tidak golongan begini wujud dalam masyarakat kita. Dan golongan ini yang perlu dibantu. Kerana keliru akan jurusan yang ingin mereka ambil. Ini tidak bermakna mereka tiada halatuju. Cuma mereka lambat dalam menentukan minat sebenar mereka. Mungkin sebab pada awalnya tidak diberikan pendedahan terhadap dunia pekerjaan. Mungkin.

Itulah antara sebab mengapa mereka memilih untuk mengambil jurusan perubatan. Ada banyak lagi sebab lain. Tetapi ini merupakan 3 sebab utama.

p/s: Dalam memberikan pendapat, mungkin akan ada yang tidak bersetuju dengan apa yang kita katakan. Tetapi aku memegang slogan kata ‘Perbezaan adalah untuk diraikan, bukan untuk didebatkan. Baru aman harmoni kehidupan kita.’

Sekian,
Zaman Ismail


No comments:

Post a Comment