Powered By Blogger

Tuesday, 22 September 2015

MBBS 1

Kini blog saya akan bertukar menjadi tempat untuk aku berkongsi kisah hidup yang selama ini aku pendam sedalam-dalamnya.

Khas untuk semua.

Secara jujurnya aku menulis kisah ini bukanlah untuk menjatuhkan semangat sesiapa. Tetapi untuk berkongsi kisah hidup aku sepanjang bergelar pelajar perubatan di Universiti Malaya. Segala perit getir yang aku lalui di situ. Segala ilmu yang aku pelajari, cerita soal perhubungan aku dengan rakan-rakan lain, program-program yang aku sertai dan sebagainya.

Sekarang ini, terlalu banyak buku yang diterbit menceritakan tentang kehidupan seorang doktor dan pelajar perubatan. Cara penceritaan yang dihujungnya berunsur positif lebih kepada bersifat mengajak berbanding memikir secara mendalam. Mereka tidak menegaskan langsung bahawa sekiranya anda tidak berminat, atau ini bukan kemahuan hati, adalah lebih baik untuk anda undur diri. Lebih baik untuk berhenti. Lebih baik anda pergi memilih jalan yang lebih selamat dan lebih mendamaikan. Daripada setiap hari memendam rasa. Menipu jiwa. Memaksa jasad untuk katakana ‘Ya’.

Dalam dunia perubatan, terlalu banyak yang perlu anda korbankan; antaranya kehidupan bersosial yang anda milik sekarang. Jikalau anda jenis yang suka bersosial dan bukan jenis yang praktikal maka ini bukan jalannya. Mungkin anda perlu fikirkan semasak-masaknya. Kerana susah untuk anda patah semula ke permulaan. Mula semula itu bisa menyakitkan ramai pihak. Ramai.


Di atas kesedaran itu, maka aku menulis kisah hidup aku yang tidaklah seberapa hebat dan seronok pun sebenarnya di blog ini. Supaya semuanya bisa baca dan teliti. Agar anda semua berfikir. 

No comments:

Post a Comment