Powered By Blogger

Monday, 19 May 2014

EGO, By: Zaman Ismail

Ego,
Milik setiap insan.
Dibenci kerana ini,
Disuka juga kerana ini,
Terpulang kepada pemilik untuk mengurusnya.


Ego,
Bisa jadikan kita buta,
Buta dari realiti,
Buta dari mengenal
Yang mana satu permata,
Yang mana satu manikam.
Yang mana satu dusta,
Yang mana satu bahagia.


Ego,
Buat kita tuli,
Dari mendengar apa yang sekeliling berkata,
Katanya, persetankan mereka.
Tapi sampai bila?


Ego,
Membuat kita diam membisu,
Menutup luka-luka lama,
Dengan harapan nampak sempurna semuanya.
Tapi sampai bila?



No comments:

Post a Comment