Alhamdulillah..
Pada 3 Februari yang lepas, Program
Interaksi Mahasiswa telahpun melabuhkan tirai dengan jayanya. Program
ini berlangsung selama 3 hari 2 malam di
Sekolah Menengah Sains Teluk Intan atau lebih dikenali sebagai SEMESTI.Satu nama yang
gah di persada Malaysia. Mana tidaknya, batch
yang kami ingin ketemu kali ini merupakan batch
terbaik pencapaian PMRnya di Perak (kao Hado??) dan menyandang tempat ke-3 di
peringkat kebangsaan.Tiada yang kelas melainkan kelas-kelas belaka !hha,
Banyak juga aktiviti yang kami
jalankan bersama.Kami sedaya upaya untuk muatkan pelbagai jenis bengkel dan Latihan Dalam
Kumpulan (LDK).Seronok rasanya bila boleh berkongsi pengalaman yang
hanya secebis ini dengan mereka. Rasa
diri ini dihargai.Lebih-lebih lagi apabila ada diantara mereka yang
meminta nasihat daripada kita.Walaupun tidak banyak yang boleh diberikan, namun insya
Allah dengan pengalaman yang ada, dapat aku berikan yang terbaik.
Jujur aku katakan,
mereka ini sememangnya hebat
!dan tidak hairanlah jikalau tahun ini mereka boleh menggondol sekali lagi keputusan SPM
terbaik di Negeri Perak mengalahkan Sekolah Tunku Abdul Rahman (STAR). Amin…
mudah-mudahan begitulah hendaknya.Jangan marah ya budak-budak STAR !hhe,
Teringat lagi sewaktu bengkel Tentang Aku.Bengkel ini pertama
kali dilakukan oleh Kak AJ, motivator jemputan kami.Bengkel ini memerlukan beberapa
orang fasilitator untuk menjadi Anak Kapal dan aku terpilih untuk menggalas tugas itu.Permainannya begini,
kapal yang kami naiki itu sudah pun rosak dan hanya akan membenarkan beberapa orang
sahaja untuk berada diatas kapal itu. Selebihnya,
terpaksa ditinggalkan. Maka dengan itu, mereka yang lain (iaitu pelajar-pelajar
SEMESTI) harus merayu kepada Anak Kapal untuk menaiki kapal tersebut.
Mereka harus meyakinkan Anak Kapal agar dimasukkan ke dalam kapal tersebut. Menjadi Anak Kapal ini tidak semudah
yang disangka. Pada mulanya aku tidak mengerti akan apakah tugas aku sebenarnya sebagai seorang Anak Kapal?
setelah melihat rakan-rakanku yang lain,
baru aku faham sebenarnya menjadi Anak Kapal ini memerlukan aku untuk menjadi seorang yang kejam.
Sangat KEJAM !sangatlah berlawanan dengan sifat semulajadi aku. Namun, amanah yang
diberikan wajib untuk aku jalankan. Dalam bengkel itu, bermacam-macam rahsia yang
dapat aku gali daripada mereka
(tidak perlulah aku nyatakan disini).Namun tugas untuk membuatkan orang menangis teresak-esak itu sangatlah berat buat diriku. hmmm.
Kemudian kami akhiri slot Tentang Aku itu dengan sesi Salam Semut. Masa itulah, berat rasanya hatiku ini untuk bertemu kembali dengan mereka
yang merayu-rayu kepada aku tadi. Rasa seperti nak mengalir air mata,
namun aku cuba untuk tahan. Lemparan senyuman yang aku beri,
aku selitkan dengan nasihat kepada mereka.
Telalu banyak perkara baru yang
aku pelajari sepanjang aku menjadi fasilitator ini.lebih-lebih lagi ketika menjadi pengacara majlis pada majlis penutup.
Malu rasanya apabila majlis tersebut ada sedikit kekurangan.Hmm, namun tidak mengapa.
Orang kata, kesilapan kadang-kadang dapat menyedarkan manusia akan lemahnya mereka.
Hhu.Selain itu, aku juga belajar untuk berkomunikasi dengan mereka yang
jauh lebih muda daripada kita.walaupun dahulunya pernah aku tinggal di
asrama dan selalu juga bersembang, berborak, bergelak ketawadengan adik-adik junior, namun pengalamanku yang
ini agak berlainan. Berbeza daripada yang dahulu. Mungkin sekarang aku sudah mencecah
20 tahun dan Alhamdulillah sudahpun bergelar ‘Mahasiswa’.Melihatkan telatah mereka,
terdetik perasaan rindu akan kehidupan sebagai pelajar sekolah. Walaupun, baru 3
tahun meninggalkan sekolah, tetapi rasa seperti sudah 10 tahun.
Rasanya cukuplah itu sahaja buat kali
ini.sehingga bertemu lagi..



amboi.. trademark SEDAR DIRI :)
ReplyDeletehhaha, kan?? hhe,
ReplyDelete