Assalamualaikum…
Nama diberi Zaman Ismail.. dilahirkan pada 4 Ogos 1993 di
Hospital Besar Ipoh ataupun sekarang ini dikenali sebagai Hospital Permaisuri
Bainun dengan berat ketika itu 3.2 kg. Mempunyai ibu dan bapa yang sangat
menyayangi diri yang hina ini. Alhamdulillah kepadaNya..
Mendapat pendidikan awal di tadika Islam Surau Taman
Cempaka. Kemudian meneruskan pembelajaran di Sekolah Kebangsaan Seri Ampang
sebelum berpindah ke Sekolah Kebangsaan Raja Chulan yang pada masa itu baru
sahaja siap dibina. Meneruskan pengajian peringkat menengah di Sekolah Anderson
Ipoh Perak.
Selepas meneruskan persekolahan peringkat menengah di situ,
diberi kesempatan dan peluang untuk meneruskan pula pengajian peringkat
pra-universiti di Pusat Asasi Sains Universiti Malaya (PASUM) dalam bidang
Asasi Sains Hayat dengan harapan dapat meneruskan pengajian dalam bidang
perubatan.
Selepas setahun berperang di PASUM, Alhamdulillah diberikan
tempat sebagai pelajar perubatan di Universiti Malaya.
Maka dengan itu, tujuan utama blog ini diwujudkan adalah
untuk saya selaku manusia yang hina, berkongsi serba sedikit apa yang
dipelajari sepanjang bergelar pelajar perubatan. In sha Allah.
Mungkin ada diantara para pembaca yang akan melemparkan
kata-kata kejian, hinaan dan apa pun kepada saya. Mungkin juga ada diantara
mereka diluar sana akan melabelkan saya ini sebagai mamat ‘POYO’. Ataupun mungkin
akan mengatakan yang saya ini hendak menunjuk-nunjuk kepada khalayak ramai,
namun Allah tahu niat sebenar saya membuat blog ini.
Sekian,
Zaman Ismail J


No comments:
Post a Comment