Powered By Blogger

Friday, 25 January 2013


Assalamualaikum..

Syukur kepadaNya, akhirnya pada tanggal 25 Januari 2013, aku berjaya habiskan minggu peperiksaan dengan jayanya ! hha, jaya ke? Hmm, tu lah persoalannya. Kehidupan sebagai pelajar perubatan sangat mencabar. Kalau dahulu di sekolah kitalah yang sentiasa berada di atas, kini tidak lagi.. hanya tawakkal dan redha dengan apa sahaja yang Allah bakal berikan padaku.


Cabaran demi cabaran aku tempuh. Tak tahulah kuat ataupun tidak untuk aku terus berada di dalam arena ini. Adakalanya, aku terfikir, “betul ke aku nak ambik medic ni?”. Tapi aku cuba yakinkan diri aku bahawa bidang perubatan adalah bidang yang aku minati walaupun hakikatnya masih kabur. Aku cuba bayangkan keaiban yang akanku tanggung sekiranya aku gagal dalam pengajianku. Malunya !! malu dengan Mama dan Abah. Malu dengan makcik-makcik di kampung, malu dengan jiran-jiran. Semuanya sudah meletakkan harapan yang tinngi buatku untuk menjadi seorang doctor yang berjaya. Tapi… aku pun tak pasti dengan jalan yang aku pilih ini. Hmmm…


Walaubagaimanapun, aku akan terus berusaha. Kerana aku yakin dan percaya, minat itu boleh dipupuk. Tiada yang mustahil dalam kehidupan ini. Yang penting, ingat Allah S.W.T. , jangan tinggal solat dan terus berdoa kepadaNya. In sha allah. Aku ada lagi semester ke-2 untuk aku tempuh. Aku akan cuba sedaya upaya agar aku tidak akan jejakkan kaki ke kelas tambahan (supplementary) ! NO !!


ZAMAN ISMAIL
25 JANUARI 2013
7.25 PM

No comments:

Post a Comment