KINI AKU SEDAR
Dalam pada
kau rasa diri kau betul,
Maka
percayalah ada yang katakan ‘tidak’.
Ketika kau
berbicara soal siapakah yang hebat?
Aku tahu
dalam hati kau, ingin menyebut nama sendiri
Tatkala hati
kau ingin mengiyakannya,
Maka
percayalah ada yang katakan ‘tidak’
Di saat
ketika mana kejayaan yang kau bawa pulang,
Kononnya
untuk dikongsi,
Maka dapat
aku rasakan perasaan bangga diri,
‘Bangga’ yang
menggunung tinggi
Walaupun kau
dan aku sedar, kejayaan itu hanyalah kecil,
Namun kau
besarkan supaya semuanya tahu.
Supaya
semuanya nampak ‘Gah’ !
Semuanya
nampak indah.
Namun sayang…
Keindahan itu sudahpun kau cemari…
Ya !
Segalanya engkau ingin kabarkan pada semua,
Tidak pernah
aku kisah soal itu,
Yang aku
kisah adalah ‘kenapa’
Itu sahaja.
tidak lebih dari itu.
Kerana aku
bisa hidu,
Ada perasaan
‘Merak’ di situ.
Ya, aku dapat
hidu.
Dan engkau
pula…
Walaupun diri
ini kau anggap sahabat,
Namun tindak
tanduk kau jelas katakana ‘bukan’
Kau hanya
dengan mereka seperti kau sahaja
Tidak peduli
siapa dikeliling.
Asalkan ada
hanya untuk mencukupkan kekosongan
Diri ini
nyata seperti sepah
Bila madunya
habis, kau lemparkan.
Bukan mahu
mengungkit segala apa yang telah aku lakukan,
Namun
tidakkah kau sedar insan ini juga yang kau cari
Tatkala semua
memekakkan telinga
Membutakan
mata?
Sedar...

No comments:
Post a Comment