Powered By Blogger

Monday, 10 March 2014

SALAH SIAPA ? ? ?



            Dalam melaksanakan sesebuah projek, ya memang betul. Semua perancangan kita harus lakukan dengan teliti dan terperinci. Agar segalanya berjalan dengan lancar. Tetapi kita ini manusia. Bukan sahaja manusia, tetapi manusia yang sememangnya kurang pengalaman namun bersemangat untuk belajar.


Apakan daya, orang atasan hanya memandang sepi apa yang kita lakukan. dalam pemikiran mereka barangkali, mereka ‘yakin’ dengan kebolehan semua ‘anak-anak’nya. Ya ! pemikiran itu tidak salah, malah itulah yang sepatutnya ! kerana yakin itu perlu dan wajib ada dalam kehidupan berorganisasi.


Tetapi semua punyai akal dan fikiran. Mampu berfikir dengan baik. Sesiapapun dalam dunia ini kalau ini kali pertama melakukan sesuatu tidak akan mendatangkan hasil yang sempurna. Kalau sempurna itu mesti ada cacat celanya


Sedangkan kita pun sebagai manusia yang pandai berlari, bermula dari meniarap dan kemudian merangkak dahulu.


Sebagai individu yang diberi tanggungjawab untuk menjalankan sesuatu amanah, maka jalankan kerja itu sehabis baik. Jangan pada penghujungnya hanya pandai untuk mengkritik hasil kerja orang lain. Walhal dahulu kau tidak pernah sedikit pun mahu mengambil tahu. Cerminlah diri kamu sendiri dahulu sebelum mahu menjatuhkan kebahagiaan orang lain.


Dulu ramai yang katakana orang ini banyak cerewetnya. Banyak karenahnya. Tetapi sekurang-kurangnya dia ini banyak membantu dan memberi tunjuk ajar kepada kami semua. Ini yang kami mahukan, Walaupun ada kata-kata kesat yang dilemparkan, tetapi sekurang-kurangnya dia berikan kami tunjuk ajar. Bukan hanya membabi buta.
Sekian, anda tidak layak menerima hormat dari saya.


No comments:

Post a Comment