Powered By Blogger

Tuesday, 15 July 2014

KERTAS ITU

KERTAS ITU

Kertas itu,
Waktu berkepuk-kepuk,
Kita gembira,
Keluarkan tanpa fikir,
Semua kita mahu rasa dan cuba.

Kertas itu,
Bila dah hilang,
Baru gelisah,
Fikir itu dan ini,
Tak keruan mencari tempat untuk mencekau,
Apa kau ingat ia jatuh dari langit?

Kertas itu,
Ketika dan saat ini,
Baru menyesal,
Tanya sama diri,
Kenapa boleh hilang?
Mak abah jangan kau ingat kilang !

Kertas itu,
Saat yang lain mahu,
Kau turutkan sahaja,
Bila mahu tuntut, Kelu !
Tak terkeluar sebarang kata,
Kenapa?
Pingin jadi budiman?
Jangan !

Kertas itu,
Kau tahu susah untuk peroleh,
Namun kau alpa,
Membazir !
Satu kata mudah untuk kau !
Jangan anggap diri itu hebat,
Kalau ini pun tak mampu atur,

Kertas itu,
Boleh jadi malaikat,
Boleh jadi syaitan,
Semua terpulang pada nafsu.


Kertas itu…

No comments:

Post a Comment