Powered By Blogger

Tuesday, 22 July 2014

Apa Sebabnya?

Ramai yang bertanya. Kenapa aku masih lagi bertahan? Apa aku tak takut?

Jawab aku mudah, 'Kerana aku fikirkan mereka.'

Siapa Mereka?

'Mereka' aku merujuk kepada Keluarga.

Ya. Mungkin ada ramai bertanya, kenapa aku masih kuat? Kenapa masih lagi berada dalam dunia itu? Apa sebabnya? Ramai yang tak tahu dan tak mengerti kepayahan dan kesusahan berada dalam bidang yang aku sedang ceburi ini. Ramai. Hanya mereka yang se'kapal' dengan aku sahaja yang faham akan ombak gelora dalam lautan ini. Banyak yang perlu kita korbankan. Sampaikan pernah kita terpaksa untuk memilih yang mana satu. Maka pilihan itu juga akan mempengaruhi apa yang seterusnya.


Tidak dapat dinafikan, sampai sekarang aku masih lagi terfikir. Apa sebabnya aku disini? Kenapa aku pilih jalan ini? Namun aku cuba yakinkan diri, yang jalan yang aku pilih ini benar dan lurus. Aku cuba. Tetapi hari demi hari, keyakinan aku pudar. Entah ke mana hilangnya. Tapi Allah itu Maha Kaya dan Maha Pemurah. DikurniaNya aku rakan-rakan yang sentiasa menyokong dari belakang. Walaupun bukan semua, tapi sekerat dua. Aku sangat bersyukur.

Apa sebabnya aku terus bertahan, seperti yang aku katakan pada awalnya, kerana keluarga. Mereka sudah melaburkan banyak atas jalan yang aku pilih ini. Apa katanya nanti sekiranya aku berhenti di tengah jalan dan berpatah balik? Bagaimana perasaan mereka nanti? Semua itu aku ambil kira dalam mengharungi onak berduri di sepanjang laluan kehidupan ini. Aku ambil kira. Kerana niat aku satu, aku ingin membalas jasa mereka. Aku ingin membantu mereka satu hari nanti. Membantu dengan apa yang bakal aku peroleh nanti. Membantu dengan apa yang termampu.

Dengan harapan Dia nampak apa yang aku lakukan.

Dengan harapan Dia kurniakan aku keberkatanNya.

Dengan harapan Dia redha dengan pilihanku.

Semoga Allah bantu usaha kami ini.

Menjadi yang terbaik, menjalankan ibadah Fardhu Kifayah.

:)

No comments:

Post a Comment