Pesanan untuk diri sendiri...
Andai kata diri itu hebat melukis.
Jangan keji lukisan orang.
Andai kata diri itu hebat menyanyi.
Jangan keji nyanyian orang.
Andai kata diri itu hebat menjahit.
Jangan keji jahitan orang.
Andai kata diri itu hebat mewarna.
Jangan keji hasil warna orang lain.
Andai kata diri itu hebat memimpin.
Jangan keji cara kepimpinan orang lain.
Andai kata diri itu hebat bercakap.
Jangan keji syarahan orang lain.
Andai kata diri itu cantik.
Jangan keji rupa parasa orang lain.
Andai kata diri itu hebat dalam fotografi.
Jangan hina fotograf orang lain.
Pokok pangkalnya. Jangan pandang rendah pada orang lain. Kerana kita tidak ada apa yang orang lain ada. Malah, orang lain tidak ada apa yang kita ada.
Bersyukur.
Rendah diri.
InsyaAllah berjaya di dunia.
Akhirat?
Biar Allah tentukan.
Salam sejahtera atas kamu semua !


No comments:
Post a Comment