Powered By Blogger

Wednesday, 4 February 2015

Legally Blonde



Aku baru sahaja selesai menonton cerita ini walaupun dah berkurun lamanya telah ia ditayangkan. Cerita ini seperti yang semua tahu menceritakan tentang kisah seorang perempuan yang mengambil jurusan fesyen kemudiannya ditinggalkan kekasihnya dek kerana lelaki itu merasakan perempuan yang agak ‘high maintainance’ itu tidak sesuai dijadikan teman hidup. Sejak ditinggalkan, perempuan ini mengambil keputusan untuk mengambil jurusan Undang-Undang di Law School of Harvard. Cerita ini mungkin ada sesetengah daripada kita yang hanya melihatnya sebagai satu cerita kosong berkisarkan tentang perwatakan seorang perempuan seksi. Akan tetapi, banyak nilai-nilai positif yang diserapkan sepanjang penceritaannya.

Aku amat tertarik akan usahanya untuk belajar bersungguh-sungguh selepas dihalau keluar dari kelas kerana tidak dapat menjawab soalan yang disoal oleh pensyarah. Usaha yang ditonjolkan beliau sepatutnya menjadi contoh kepada semua. Apabila kita tidak tahu sesuatu, adalah menjadi satu tanggungjawab untuk kita belajar dengan lebih gigih lagi. Apabila kita merasakan orang lain jauh meninggalkan kita, maka kita wajib kejar dan terus kejar. Berusaha untuk menjadi yang terbaik. Teringat aku akan pesanan Imam Syafie (Betulkan kalau silap), ‘Bila kamu tak tahan lelahnya belajar, maka kamu akan tanggung peritnya kebodohan.’

Kemudian, kita dapat lihat saat dimana blondie tu menyimpan rahsia ‘alibi’ seorang perempuan yang dituduh membunuh suaminya sendiri. Sejujurnya aku sangat kagum dengan perwatakan beliau walaupun aku tahu itu hanyalah skrip semata. Tapi apa yang boleh ketengahkan disini ialah, pentingnya untuk kita menjaga aib orang lain. InsyaAllah Allah akan menjaga aib kita. Itulah yang dapat aku simpulkan. Lebih membanggakan lagi, that blondie girl cuba mencari jalan lain untuk menyelamatkan clientnya walaupun alibi sudahpun berada di tangannya. Aku sejujurnya sangat kagum dengan apa yang cerita ini ingin sampaikan.
Kadang-kadang kita melihat sesuatu itu perlu dari pelbagai sudut. Baru kita Nampak jelas akan apa yang baik dan apa yang buruk. Maka barulah dari situ kita ambil yang baik kemudian buang yang buruk.

Salam sayang,


Zaman Ismail

No comments:

Post a Comment