Powered By Blogger

Monday, 20 April 2015

AIR MATA




Air mata ini begitu sukar untuk mengalir.



Hanya akan mengalir sekiranya benar-benar menyentuh jiwa.
Hanya akan mengalir sekiranya benar-benar memberi rasa.
Hanya akan mengalir sekiranya benar-benar diucap sayang.
Hanya akan mengalir sekiranya benar-benar berbau ikhlas.

Bukan mudah. 

Untuk aku meletakkan seseorang sebagai antara yang terpenting dalam hidup aku.
Keluarga.
Sahabat.
Dan dia? 

Tidak tahu apa sebabnya. 
Air mata ini mengalir untuk insan yang aku sendiri baru kenal. 
Baru tahu apa dia dalam dan luarnya.

Tidak tahu apa sebabnya.
Air mata ini mengalir untuk insan yang aku sendiri baru tahu.
Baru tahu siapa dia dalam dan luarnya.

Mungkin kerana jasanya.
Mungkin kerana sentuhan yang diberi pada jiwa.
Mungkin juga kerana sayangnya dia pada kita semua.
Mungkin.

Saat dia melangkah.
Sudah aku terasa gerhana.
Saat dia mengeluar kata.
Sudah aku terasa hibanya.
Saat dia melihat.
Sudah aku terasa pedihnya.

Perngorbanan dan jasa.
Tidak akan dilupa.
Biarpun seketika.
Namamu tetap di dada. 

No comments:

Post a Comment