Maka benarlah apa yang dikatakan
Puan Anis. Buat kerja jangan mengharapkan penghargaan. Ikhlaskan diri dalam
melakukan kerja. Biar kita dikenali dengan hasil kerja kita. Biar kerja kita
yang berbicara. Jangan sesekali mengejar penghargaan, pujian manusia.
Sebaliknya lakukan kerja itu hanya kerana Allah. Kerana sampai satu ketika,
hanya kita dengan Allah sahaja mampu untuk kita luahkan segalanya.
Itu adalah kebebasan aku. Tetapi
dalam masa yang sama, itu adalah pandangan dia sebagai seorang manusia biasa. Hak.
Itu menjadi satu persoalan disini. Kita sering marah, tidak puas hati, geram
dengan mereka yang mengutuk, menghina dan mengeji kita. Tetapi kita kena ingat,
itu hak mereka untuk bersuara. Hak mereka yang biar kita serahkan kepada Allah
untuk menjalankan tugasNya menghukum ataupun sebaliknya. Biarkan kepada Allah.
Serahkan segalanya kepadaNya. Serahkan.
Yang penting, ikhlas dalam
melaksanakan tugas. Ikhlas. Itu kata kunci yang harus kita pegang. Biar seribu
orang yang membenci. Biar mereka hina kita. Biar mereka baling kita dengan batu
sekalipun, tetap ikhlas dalam melaksanakan apa yang hendak kita lakukan.
Kembali kepada asas. Betulkan niat kita. Nawaitu tu penting dalam memulakan
sesuatu. Kerana jikalau A yang kita niatkan, maka A lah yang akan kita
perolehi. Sekiranya B, maka B lah yang akan ki peroleh. Ikhlas.
Kemudian, sabar. Sabar dalam
menghadapi ujian. Sabar dalam menjalani kehidupan. Sabar. Sabar. Dan sabar.
Ikhlas dan betulkan niat. InsyaAllah segalanya akan berjalan lancar.


No comments:
Post a Comment