Powered By Blogger

Saturday, 4 January 2014

Bangkit

Pada saat dan ketika ini, aku benar-benar merasakan yang diri ini dipercaturkan mereka. Terasa diri ini benar-benar ditinggalkan selepas apa yang berlaku. Setelah impian yang aku tanam sejak di bangku sekolah lagi musnah dek kerana sesuatu yang bodoh. Kerana digoyahkan mereka, aku jadi lemah. Lemah daripada terus berdiri dan berlari bagi mencapai impian itu. tapi tidak mengapa. Mungkin bukan rezekiku. Aku terimanya. Aku terimanya seadanya.


Namun mengapa sekarang hanya membisu. Sunyi. Sepi. Kenapa? Adakah sudah serik dengan apa yang berlaku? Ke mana hilang semangatmu yang berkobar-kobar itu? kemana menghilang semua itu? ayuh sahabat ! ayuh ! kita perlu bangkit. Lupakan segala sengketa. Lupakan segala yang pahit kita pernah lalui. Ayuh kita mara kehadapan. Mara dengan seribu satu persiapan. Jangan diulang kesilapan lama. Kita lebih kuat dari yang mereka sangka. Maka, jangan putus asa. Kemenangan pasti di pihak kita.


Kerana kebisuan kamulah aku rasa diri ini tidak berguna lagi. Rasa diri ni pada ketika itu benar-benar seagai buah catur yang kamu pertaruhkan pada medan peperangan. Apabila kalah, dibiarkan ketepi tanpa kamu peduli. Jangan begitu sahabatku. Jangan begitu. Kita masih lagi punyai sinar. Hanya perlukan sedikit pengorbanan dan harapan. Semuanya bakal menyinar. Menyinar seperti dahulu. Bangkit. Ayuh bangkit bersama. kerana bersama kita akan lebih kuat.


No comments:

Post a Comment