Powered By Blogger

Tuesday, 21 January 2014

JAWAPAN

Dan apabila apa yang kita ungkapkan itu disalahertikan oleh orang lain. walhal, itu bukan untukmu. Persoalan yang mudah saya ingin tuju. Mengapa? Mengapa perlu hatimu terluka. Kerana jikalau kamu yakin kamu bukanlah yang itu, maka tidak perlu  gelabah seperti cacing kepanasan. Tidak perlu ! Sama sekali tidak perlu.


Berkali-kali aku menoleh, menoleh untuk pastikan tiada apa yang diungkapkan itu tidak berkenaan dengan dirimu. Aku menoleh berkali-kali. Menoleh dan terus menoleh. Tapi tidak ada apa yang sepatutnya mencuit hatimu. Tiada ! sepatutnya tiada ! kerana setiap apa yang terjadi diantara kita kusimpan sebagai kenangan persahabatan ini. Namun kau kata aku yang perjudikan jalinan ini?


Persoalan yang mudah. Mengapa? Mengapa perlu jadi begini. Adakah selama ini, apa yang berlaku benar-benar kau niatkan sebegitu? Atau memang benar kemegahan yang kau kejar? Tidak ! aku tidak Nampak engkau manusia seperti itu. Tidak ! Hanya beberapa keratan kata-kata aku luahkan, namun keratan yang mana membuat hatimu terluka? Yang mana? Ceritakan padaku. Ceritakan. Jangan disimpani hingga hatimu nanti kian pilu.


Kau minta aku untuk membukanya, namun siapa sebenarnya yang menutup? Siapa? Persoalanku tidak kau balas. Bukankah engkau pandai berkata-kata? Bukankah engkau bijak dalam menyusun langkah? Mengapa membisu tatkala diri ini tagihkan jawapan.



Maka engkaulah yang sebenarnya meletakkan noktah di perjalanan ini. 

No comments:

Post a Comment