Powered By Blogger

Monday, 20 January 2014

Kepada mereka yang mengerti cara penulisanku.

Memang setiap apa yang berlaku semuanya tentang kau, dan akan sentiasa menjadi soal hidup kau. Ya ! Memang semuanya soal diri kau dan kehidupan kau ! Soal jawatan kau ! Semuanya soal kau. Aku mengerti akan itu. Tapi kau harus tahu ada juga mereka-mereka dibawah kau yang sebenarnya cemburu. Bukan kerana kau hebat, tetapi apa yang mereka inginkan engkau dapat. Pada mulanya kau katakan yang kau mungkin tidak mampu. Pada mulanya kau uar-uarkan pada semua yang kau tidak mungkin dapat menggapai langit yang tinggi. Namun selepas kau berada di langit kau lupa mereka yang di bumi.


Engkau ceritakan semuanya pada kami. Ya ! Mungkin engkau tidak merasakan apa-apa. Namun aku yang mendengarnya parah. Sakit. Tenat. Lelah. Kerana itu juga impian aku dari kecil. Tetapi dek kerana satu perkara bodoh, niat aku disekat. disekat daripada menggapai langit yang sama-sama kita ingin gapai dahulu. kau ceritakan segalanya pada kami seolah-olah aku tidak cemburu dengan apa yang kau milik sekarang.
Bukan aku tamak. Bukan aku dahagakan kuasa. Bukan ! Tetapi ini soal sahabat. Sahabat yang aku jumpa dan kenal dahulu bukan engkau. Engkau yang sekarang adalah engkau yang baharu. Engkau yang dah megah dilimpahi kuasa. Kuasa yang engkau katakan tidak semegah mana, tetapi bagi aku itu sudah gah melebihi kemampuan cliché mereka seumur engkau.



Maka sekarang ini aku berusaha. Berusaha untuk apa yang aku lakukan ini mencukupi untuk apa yang dipertanggungjawabkan. Itu sudah cukup. Tidak perlu bermegah-megah. Tak perlu ditayangkan seluruh dunia. Tidak perlu. Apa yang anda perlu hanya keikhlasan. Itu jauh lebih bermakna daripada segala-galanya. 

No comments:

Post a Comment