Powered By Blogger

Friday, 23 October 2015

GEBE' 11 : ENGLISH DRAMA

Kali ni, masih lagi kisahnya masa sekolah menengah. Mak sekolah dekat sekolah lelaki uolss. Semua lelaki kecuali Tingkatan 6. Standard la kan. Mana-mana sekolah lelaki, kalau tingkatan 6 dia mesti ada perempuan. Hah. Merenyam la masing-masing jantan-jantan yang ada dekat sekolah mak dulu kalau kakak-kakak tingkatan 6 yang cun baru masuk. Huh! Mak pandang sebelah mata je uolss. Ingat kau cantik. Tapi itu bukan pokok cerita yang mak nak kongsi hari ni. Bukan! Kali ni mak nak cerita masa mak tingkatan 1 uolss. Yes! Tingkatan 1. Disebabkan mak kelas lain sikit, so kelas mak kelas belah pagi. Hah! Maknanya mak sekali dengan abang-abang tingkatan 3 smpai la waktu persekolahannya.

Ok, dalam banyak-banyak tahun. Tahun ni special sikit uolss. Sebab sekolah mak ada masuk pertandingan Drama Bahasa Inggeris. Yes! English Drama Competition. Makanya seperti sekolah-sekolah lain, pondan akan menguasai acara-acara sebegini. Ya la. Takkan pondan nak masuk sukan pulak kan. Mahu kena kecam uolss. Kalau tak kena kecam, habis kau kena aqiqah nanti dengan habang-habang semua. Takut la kita wak! Hhaha, Jadinya pada tahun ini, semua pondan-pondan hardcore Sekolah Menengah Kebangsaan Anderson berkumpul untuk menjayakan drama ini.

Jeng Jeng Jeng. Cuba uolss semua teka cerita apa yang dorang bawa? And sekali lagi mak nak tegaskan disini, sekolah mak sekolah lelaki! Hhahaha

Yes! Betul la tu. Mak tak tahu apa nama cerita tu uolss. Tapi dalam cerita itu memerlukan watak seorang puteri raja dan Fairy Godmother. Yes! Uolss tak salah baca ya. Ada watak puteri raja dan Fairy Godmother. Ahaks. Dan membawakan watak kedua-duanya adalah lelaki pada kad pengenalannya tetapi pondan pada hakikatnya. Kau rasa nyah? Tak ke kena kecam 1 sekolah uolss. Hah! Yang penting pondan yang jadi puteri raja itu adalah pondan berbangsa India. Seorang pengawas yang confident dengan kecantikannya. Kau rasa tak ke terapung uolss mekap dia nanti. Yang membawa watak Fairy Godmother pula adalah pondan berbangsa Melayu. Cantik la uolss orangnya. Floles gituh nyah! Kau rasa? Hah. Memang cantik la. And jangan ketinggalan ada watak Merlin. Juga dibawakan oleh seorang pondan cantik. Kakak-kakak marching band nok dia ni. Hah. And pengarah dia seorang pondan kacukan Belanda dan Cina. Paling cantik antara semua pepondan yang join Drama tu.

Agak heboh juga la uolss satu sekolah masa tu uolss. Sebabnya semua pondan. And ada watak perempuan. Memang kecoh. Kecoh di bahagian budak-budak jantan yang lain la. Cikgu-cikgu mak tengok macam terima culture je kan nampak gayanya. Hhaha. Uolss, mampu ke tidak. Puteri raja tu pakai heels ya. Mak tak tahu la mana dia dapat saiz heels kaki anak gajah tu kan. Tapi bertumit tinggi uolss. Confident gitu. Mekap harus tebal. Nak menutup cela la katakana. Sangat yakin. Mak suka! Sejujurnya mak suka and enjoy tengok drama yang dorang pentaskan. Sebab apa, sebab memang best! And enjoyable. Tak dapat disangkalkan. Kalau tak takkan dorang menang sampai peringkat negeri uolss. Hah, dari peringkat sekolah sampai ke peringkat negeri bagai tu. Kira hebat la tu.  

Beberapa hari kemudian, ada seorang senior asrama mak panggil mak masuk dorm dia.
‘Hah! Zaman! Kau meh sini kejap!’

‘Kenapa bang?’ Mak masa tu ala-ala Bawang Putih nok. Akur je.

‘Meh la sini, jangan risau. Siang. Aku tak buat apa-apa. (Ada kisah hitam yang ini. Nanti penghujung rantaian cerita gebe’ mak akan ceritakan)

‘Ok. Kau ambil minyak dalam loker aku. Urut belakang aku. Tangan kau lembut sikit. Badan aku sakit ni. Baru lepas habis game.’

‘Oh, urut ke. Ok2.’

Mak pun urut la nok badan abang senior mak yang agak sasa tu uolss. Hitam la tapi. Mak urut punya urut. Tiba-tiba keluar dari mulut dia.

‘Zaman, aku tak nak kau jadi teruk satu hari nanti.’

‘Teruk? Teruk yang macam mana bang?’

‘Teruk la. Aku tak nak tengok kau jadi pondan teruk. Pakai baju perempuan semua bagai. Aku tak nak!’

‘Ok. InsyaAllah bang. Saya takkan sampai tahap pakai baju perempuan semua tu bang.’ Walaupun sekarang mak ala-ala keluar makan pakai palazzo je.

‘Kau tengok geng-geng Drama English tu. Tu kira dah teruk la tu. Tak boleh diselamatkan dah.’

Mak tersentak ya masa tu. Bila dia label geng-geng drama English tu teruk. Mak beranikan diri masa tu. Untuk tanya balik.

‘Kenapa abang cakap dorang teruk?’ Sambil tangan aku menari-menari atas badan dia uolss. Jangan fikir lain. Mak tengah urut bahu dia.

‘Kau tengok la. Bukannya dorang tak boleh bawa cerita lain. Banyak lagi cerita lain yang ada. Lepas tu sampai nak jadi macam tu atas pentas. Bawa nama Anderson lagi. Malu kot. Malu. Kau tak malu ke?’

‘Entahlah. Abang rasa?’ Sambil mak merasa-rasa bisep dia yang tegap tu uolss. Hah! Jangan fikir lain lagi. Mak tengah urut dia nyah. Hhaha

‘Aku tak nak kau jadi macam tu. Kau kena keras sikit. Aku tak nak kau hanyut. Kalau kau hanyut tak de siapa akan bantu kau nanti. Ingat tu!’

‘Ok bang. Saya akan cuba.’

Mak pun menghabiskan la sesi urutan Cakaran Harimau tu. Eh. Bukan apa-apa ya. Urut je. Lepas habis urut mak terus balik dorm. Ambil barang terus keluar pergi lepak tepi padang sekolah. Fikir. Teruk sangat ke?


Dan pada hari ini, setelah hampir 10 tahun. 10 tahun berlalu. Mak boleh fikir sendiri nyah. Apa yang baik, apa yang betul. Pertama sekali, apa hak kita untuk bercakap pasal orang. Untuk label manusia dengan perlakuan mereka. Siapa kita? Tuhan? Apa kita diberi mandate untuk meletakkan dosa-dosa atas bahu orang lain? Keduanya, kalau bukan kita siapa lagi yang nak bantu ubah golongan ni uolss. Siapa? Kau nak harapkan ahli-ahli politik. Dorang pun ramai gebe’ nyah. Tak payah la. Kenapa perlu bila ada pondan, bila ada lelaki yang berpewatakan lembut, kita nak lari. Kita nak pergi jauh-jauh. Kita pulaukan dorang. Kenapa? Kenapa tak ambil inisiatif untuk rapat dan kenal dengan dorang and cuba bawa mereka sekurang-kurangnya jauh daripada melakukan seks dengan sesame jenis. At least la. Bagi mak, itu dikira dakwah uolss. Dakwah kita kepada golongan ini untuk mereka berubah sedikit demi sedikit. Sekurang-kurangnya kita ambil bahagian untuk membantu. Bukan duduk jauh-jauh and judge dorang. Bullshit please! 

No comments:

Post a Comment