AIB
Mak
bukan nak cakap mak hebat dahsyat atau sebagainya. Tapi masa sekolah dulu mak
merupakan Pengerusi Kelab Kebudayaan Melayu dekat sekolah. And I sekolah lelaki
ya uolss. Sekolah Menengah Kebangsaan Anderson Ipoh. Kira agak terkenal la
dekat Ipoh tu. Sebab je Anderson, orang akan cakap,’Oh.. Sekolah depan hospital
tu kan. Tahu-tahu.’
Kelab
tarian ni sebenarnya tak wujud pun dulu. Tapi semenjak tingkatan 2, mak mula
aktif dalam tarian. Tarian tradisional la uolss. Tak mampu la nak breakdance
bagai. Mula-mula menjinakkan diri dalam pertandingan tarian untuk Karnival
Asrama Peringkat Daerah. Ada acara taria tradisional. Waktu tu tahun ni,
temanya zapin uolss. Mampu? Berzapin Tenglu mak masa tu. Lepas habis
pertandingan, memang kami aktif dalam buat persembahan. Setiap program yang ada
dekat sekolah, memang kami la yang akan perform.
Kecik hati pepondan lain uolss tengok kami. Vouge saja. Hhahaah
Bila
dah aktif, maka kami mula untuk mencari cara supaya segala apa yang kami buat
sebenarnya berbaloi dan dikira. Nok mak bukan nak cakap apa, sekolah dekat
sekolah lelaki yang aktif dalam sukan memang agak memeningkan kepala. Sebab
weolls kena cari jalan untuk aktif juga dekat sekolah. So, kami pepondan semua
gigih uolss tubuhkan Kelab Kebudayaan Melayu. Kau rasa? Gigih tak weolss. Ya
la. So masuk la dalam kokurikulum. Boleh kumpul merit. Hhaha
Tapi
bukan itu yang mak nak cerita hari ni. Tapi berkenaan denga aib. Benda ni
berlaku masa mak tingkatan 4. Masa tu mesyuarat agung tahunan. Ala yang semua
orang akan kumpul sebab nak daftar masuk kelab, persatuan atau unit berunifom
apa. Cikgu yang incharge hari tu
seorang cikgu yang aku benc gila. Bukan apa, sebab dia memang selalu mengeji
golongan kami. Eh. Hhaha, ya ! Selalu mengeji pondan. Dia jurulatih bolasepak
masa tu. Ok, prosedur dia pada hari tu, dia akan lepakan satu persatu kelab
yang ada untuk pergi ke kelas untuk adakan mesyuarat agung pertama bagi
melantik pengerusi, naib pengerusi dan sebagainya. So, tibalah giliran Kelab
kebudayaan Melayu untuk keluar dilepaskan dari perhimpunan. Tiba-tiba dari jauh
aku dengar satu perhimpunan gelak mengekek. Memang kuat gila. Mak jadi tak
sedap. Kenapa dorang gelak tak tentu pasal. Ada pertunjukan bogel ke depan
tapak perhimpunan tu.
Masa
rehat hari tu, seorang kawan aku datang.
‘Hai
Zaman ! Makan sorang je?’
‘Aah
la. Seorang je. Siapa je ada lagi kan. Semua dah pindah dah.’ Jawab aku.
Walaupun dalam keadaan malas nak layan sebenarnya.
‘Wei,
kau tahu tak apa jadi tadi?’ Tanya dia memulakan cerita.
‘Apa
yang jadi?’ Masih malas nak melayan.
‘Kau
kena kutuk dengan Cikgu M depan perhimpunan kot.’
Bila
aku dengar je Cikgu M tu kutuk mak depan perhimpunan, terus mak meroyan tak
henti-henti seharian rasa nak menjerit. Nak je mak julabkan dia tu. Erghh. Can you imagine? The whole perhimpunan
gelak kot.
‘Yeke?
Dia buat apa?’
‘
Dia cakap macam ni,’Hah ! Siapa nak jadi macam tu (Sambil tangan dan badan dia
diliuk lentukkan macam pondan) pergi la join
kelab tu dengan Zaman.’ Jelas budak tu
Masa
tu hanya Allah sahaja yang tahu. Betapa menggigilnya mak. Betapa mak rasa nak
tumbuk-tumbuk dinding uolss. Rasa terhina sangat. Apa hina ke mak and the geng nak menari? Kami bukan buat
benda lagha pun. Plus kami semua
lelaki kot Hello ! Gituh. Lelaki uolss. Hhaha.
Apa
manusia layak menghukum. Apa kau layak nak mengaibkan orang lain. Apa yang
dahsyat. Apa kau wali Tuhan??

No comments:
Post a Comment