Powered By Blogger

Monday, 5 October 2015

MBBS 5: Titik Permulaan

Tahun 2001, aku dah pindah ke sekolah baru. Lokasi sangat strategik sebab betul-betul terletak dekat belakang rumah aku. Sekolah Kebangsaan Raja Chulan. Sekolah baru, kawan pun baru. So maknanya memang kena biasakan. Nak tak nak, kena move on.

Dekat sekolah baru, seperti biasa. Aku bukan pelajar pilihan. Kiranya kalau sekolah nak senaraikan pelajar-pelajar dia yang luar biasa (Kononnya la), nama aku tidak aka nada dalam senarai. Kalau 15 orang tersenarai. Jangan haraplah nak ada tertulis ‘MOHAMAAD KHAIRUZZAMAN BIN ISMAIL’ dekat situ. Jangan harap.

Mana taknya, Subjek Bahasa Melayu selalu dapat B je. Bahasa Inggeris memang senantiasa C la jawabnya. Sains jangan ceritalah. Masa UPSR je aku skor. Kau rasa? Tak ke aku ni sebenarnya kategori pelajar bukan pilihan sebenarnya. Hha, sedih juga bila difikirkan semula. Tapi itulah hakikatnya.

Sampailah satu peristiwa ni. Terjadi pada diri aku. Sampai sekarang aku ingat. Sebab bertitik tolak dari peristiwa itulah aku mula ubah dan mengorak langkah untuk maju dalam pelajaran. Nak dibuatkan cerita…

Sumber rezeki keluarga aku memang dengan hasil meniaga makanan. Nak gah sikit bila orang tanya, aku akan cakap ‘Food Business’ la. Kedengaran macam dahsyat la sikit bunyinya. Pagi tu seperti biasa, kalau cuti sekolah memang aku akan temankan mama meniaga depan Masjid Sultan Azlan Shah. Seawal 6.45 kami dah mula menolak basikal roda tiga yang abah ubahsuai. Susah nak terangkan reka bentuknya. Kalau ada masa nanti aku gambarkan secara visual.

Tahun 2002 masa tu. Kueh jual 4 seringgit. Maknanya sepotong (Tak tahu penjodoh bilangan yang sesuai) kueh jatuh 25 sen la jadinya. Simple Math. Senang je nak kira kan. 4 seringgit. 8 dua ringgit. Tiba-tiba.

‘Dik kueh kira macam mana ya?’ Tanya seorang pak cik askar. Agak segak orangnya. Kemas. Walaupun memakai unifom askar.

‘4 seringgit cik. Bihun tu seringgit je. Nasi lemak pun sama.’ Jawab aku ringkas.

‘Ok. Saya nak beli banyak ni. Nak jamu kawan-kawan. Meh sini la pakcik ambil sendiri.’

‘Ok, nah.’ Sambil aku melayan pelanggan lain yang juga datang menyerbu.

Dalam hati.

‘Banyaknya dia ambil.’

Konon Simple Math. Ambil kau ! Sekali aku terus Blurr dan tak boleh nak kira harga semua kueh, bihun goreng dengan nasi lemak yang dia ambil. Sejujurnya, sebelum ni pelanggan yang datang hanya akan beli kueh seringgit dua. Ini tidak, sekali ambil macam nak jamu satu kampung.

‘Berapa ya dik?’

‘Arrr… kejap ae.’ Tangan meraba mencari kalkulator.

Nak dibuatkan cerita dalam masa yang sama mama pulang ke rumah awal sebab nak siapkan tempahan kueh orang lain. Jadinya, hanya tinggal aku seorang sahaja tercengang cuba mengira harga semua kueh yang dia ambil tadi.

‘Berapa dik?’ Tanya pakcik tu lagi.

‘Arr. Kejap ya. Seringgit, 2 ringgit. Eh, 3 ringgit 25 sen. Eh, berapa tadi? Hm..’ Tergagap aku masa tu.

‘Ok takpe dik, meh sini pakcik kirakan.’

Saat dia sebut,’ Pakcik kirakan’ Hanya Allah sahaja yang tahu betapa aku sebenarnya sangat malu dengan diri sendiri. Simple Math sangat kan. Hambik kau ! Sekali tercungap nak kira harga kueh semua.

Bertitik tolak dari situlah, aku mula dengan tekad belajar Matematik dengan lebih gigih. Aku mula hafal sifir. Aku belajar dan praktis latihan-latihan yang ada. Fokus dalam kelas. Tapi kelas Matematik je la dan sejak peristiwa itu, aku mula minat dengan subjek Matematik. Sampailah ke menengah rendah. Sehingga terbawa ke Menengah atas. Matematik Tambahan memang subjek kegemaran. Sebab bagi aku menguji minda.

Bila difikirkan semula. Mungkin disebabkan aku handal dalam subjek Matematik sahaja, maka aku dianggap pintar, cemerlang oleh semua. Mungkin. Sebab memang aku sebenarnya bukan jenis yang suka belajar. Tapi tiap-tiap hari akan buat latihan matematik tambahan. Mungkin ini sebabnya aku dipandang tinggi. Mungkin. Kalau dalam kelas tu ada 20 orang, selalunya aku dapat nombor 11 atau 12. Pertengahan sahaja. Tak ke mana pun.


Tapi tu la. Akhirnya tercampak ke perubatan yang aku sendiri tak tahu dari mana puncanya. 

No comments:

Post a Comment