Ok, nak cerita ni. Masa zaman
sekolah rendah. Mak mula mengalami perubahan naluri, gituh uolss. Perubahan
naluri. Ok, Perubahan naluri masa darjah 4. Dengan budak-budak sekolah uolss.
Tak ramai yang herlok. Tapi mak suka dengan perwatakan mereka. I mean, perwatakan
seorang lelaki. Mula suka dengan cara mereka yang kasar. Suka dengan cara
mereka melayan orang lain yang agak ganas. Just suka la! Tak boleh nak describe
macam mana feel itu. It just came.
Ramai orang cakap, cara hidup
yang begini adalah pilihan masing-masing. Bagi mak, sebenarnya weolss tidak
mempunya pilihan. Naluri itu datang dengan sendirinya. Percayalah. Naluri ini
bukan dibuat-buat. Cuba bayangkan, seawall darjah 5 mak dah mula ada naluri
itu. Tetapi sekeliling mak semuanya normal. Mak tidak didedahkan dengan dunia
LGBT. Sekeliling mak juga tidak ada mak-mak hayam. Nak kata ada peristiwa silam
a.k.a. kena liwat dengan muhrim ke. Memang tak pernah la. Naluri itu datang
dengan sendirinya. Datang dengan sendirinya. Faham uolss??!!
Masa mak darjah 5 dulu, ada
seorang lelaki ni. Dia baru pindah sekolah. Dulu dari Kuala Lumpur. Pindah ke
Ipoh. So, sekolah rendah paling dekat dengan tempat ayah dia ajar adalah
sekolah mak la kan. Hhaha, nak tahu mak sekolah mana, baca entry MBBS. Nanti
tahu la. Masa dia datang tu, satu perasaan datang dalam hati mak. Perasaan yang
mak sendiri tak faham kenapa perasaan macam tu boleh muncul. Perasaan suka pada
lelaki. Masa tu nyah, bukan perasaan nak buat seks ke apa ya. Perasaan suka je.
Jangan nak over fikir bukan-bukan. Please. Jenuh mak fikir, kenapa mak ada
perasaan macam tu. Mak perasan yang bila mak depan dia, mak akan jadi lain. Mak
akan jadi paling ayu la. Kalau belakang dia. Memang mak akan jadi singa. Hhaha.
Nak dibuatkan cerita dia satu kelas dengan mak. Kau rasa? Tak ke merembes
dibuatnya uolss.
Masa darjah 5, dia jadi
pengawas sama sekali dengan mak. Dia pun baru jadi pengawas, Tengok dia uolss,
melting habis. Serious melting. Bila dia pakai baju pengawas dengan vest, rasa
WOW! Tetapi mak masih lagi mencari jawapan dari mana naluri itu timbul. Dari
mana. Dan kenapa. Betapa kuatnya naluri tu uolss, sampaikan mak sanggup ya
sebilik dengan dia masa rombongan sekolah ke KL. Kau rasa? Gigih tak gigih mak.
Sangat gigih uolss. Sangat.
Naluri itu datang secara
tiba-tiba. Even weolss tidak tahu dari mana dan apa sebabnya. It just came.
Jadi seharusnya korang di luar sana tidak menghukum dengan sewenang-wenangnya.
Tetapi bimbing dengan cara yang berhemah. Bukan dengan menghukum, kerana mak
percaya dengan menghukum, uolss tidak akan dapat selesaikan masalah ini.
Percayalah. Kerana ini luahan salah seorang dari komuniti ini. Gituh!

No comments:
Post a Comment