Tak adil untuk kita dihukum.
Tak adil untuk semua pondan diperlaku sedemikian hanya kerana luaran kita ini
begitu. Apa mereka tuhan? Apa mereka tidak berdosa? Apa sebenarnya yang mereka
cari pada kita? Atau kita ini hanya badut dunia yang hanya akan berguna bila
diperlukan.
Pernah satu ketika waktu dekat
kantin sekolah mak. Seorang budak.
‘Woii Zaman belanja lah !’
‘Beli la sendiri. Ingat aku cop
duit ke? Ko kaya kan.’
‘Belanja lah.’
‘Banyak cantik muka kau. Tak de
duit la.’
‘Babi punya PELACUR!’
Tergamam, terkelu. Terkedu.
Itulah perasaan mak masa tu. Dalam keadaan kantin yang ramai orang dengan semua
budak-budak tengah rehat sekali. Cikgu-cikgu jangan ceritalah. Memang penuh
semua dekat situ. Dan dia boleh panggil aku dengan gelaran tu kuat-kuat depan
semua orang. Kau rasa nyah? Apa perasaan aku masa tu?
Waktu tu Cikgu Kimia aku
pandang muka budak tu, then pandang aku. Kemudian dia blah.
Kadang-kadang teringin nak
tahu. Apa sebenarnya yang membuat orang cukup benci dan jijik dengan mereka
yang lembut dan pondan ni. Just wonder. Apa sebenarnya yang buatkan dorang
semua rasa sangat insecure dengan golongan ni. Sebab sejujurnya, kami tak
mengancam mana-mana pihak.
Panggilan PELACUR tu sampai
sekarang mak simpan dan masih segar dalam ingatan mak ya. Apa mak ni pelacur???

No comments:
Post a Comment