Powered By Blogger

Friday, 2 October 2015

GEBE' 3 : HOBI BARU (Mak Educated ya Uolss)

HOBI

Hobi mak masa lapang ialah lepak-lepak dekat MPH. Tak kisah la dekat Mid Valley ke, NU Sentral ke. Asalkan ada MPH, mak redah je. Kalau tak de kerja sangat, datang shopping mall pukul 6 petang, beli tiket wayang pukul 10 malam. Then lepak MPH sementara nak tunggu wayang start. So, dekat situ mak akan khatamkan segala jenis buku yang mak nak beli tapi tak mampu. Contohnya, buku Mahathir yang RM50 tu. Kan mahal. Jadinya, mak hanya akan singgah baca buku tu sampailah habis. Kalau tak habis lain hari sambung balik.


Lepas ambil mana-mana buku yang mak nak baca. Mak akan pergi ke bahagian agama. Memang budak-budak yang kerja dekat MPH tu dah tahu le muka mak memang akan lepak baca buku dekat situ. Kadang-kadang ada yang pelik tengok mak. Sampai ada yang cakap, ‘Lamanya abang lepak sini baca buku.’ Abang? Ok bye !

Kebiasaan yang lama-lama jadi hobi. Save duit kot lepak baca buku dekat situ. Tak de la mak nak melantak je kerjanya bila keluar pergi Mid or Nu Sentral. Lagipun tak payah la nak keluarkan duit beli buku. Baca je kau free dekat situ. Rajin tak rajin je kau nak buat macam tu.


Sampai satu ketika, mak terfikir satu benda. Dalam banyak-banyak seksyen dekat MPH ni, ada satu seksyen yang orang ramai tak pergi situ. Cuba teka seksyen apa?
Hah! Betul la tu. Seksyen agama.


Sebab tu la mak boleh lepak situ seharian baca buku. Hah! Nampak tak permainannya di situ. Tak ramai pun sebenarnya orang Malaysia ni nak datang MPH, belek-belek buku dekat seksyen ni. Tak ramai. Kalau ada pun, adalah makcik-makcik tua umur 40-an ataupun perempuan yang tengah kendong anak, yang mak agak umur dia 30-an. Lelaki? Adalah sikit pakcik-pakcik tua la tapi. Tu pun hujung minggu. Mak usha dekat seksyen lain, punyalah penuh ya. Siap berlaga punggong lagi. Kau rasa? Tapi dekat bahagian agama ni, sunyi sepi je kau. Sepi tanpa penghuni. Gituh!


Kadang-kadang yang datang MPH ni lelaki dengan makwe dia. Pegang-pegang tangan nak teman makwe dia beli novel cinta yang kebanyakannya berkisarkan tentang kahwin paksa. Mak tak tengok sinopsis pun tahu novel tu pasal kahwin paksa. Tak pun nak hipster sikit pasal cinta dengan ustaz, cinta dengan pilot. Hek ! Tak realistik langsung cerita-cerita dia. Ok-ok berbalik pada pasangan tadi. Hah! Tak de maknanya dia nak singgah seksyen agama. Dah pegang-pegang tangan nak pula kau beli buku Hilal Asyraf yang banyak membincangkan soal cinta selepas nikah dan sebagainya.


Ada juga, kadang-kadang mak bawa anak-anak dia yang semuanya pakai cermin mata datang MPH. Kononnya nak belikan anak dia buku-buku omputeh uolss. Kerlas ke tidak? Tapi tak pernah lagi mak jumpa parents bawa anak sebab nak belikan buku-buku agama untuk anak dia. Belum jumpa lagi. Belum ya. Tak pernah lagi mak jumpa. Kalau ada pun rasanya sikit je jumlah dia. Boleh bilang dengan jari.


Kau rasa kalau nak belek buku agama pun tak ramai, rasa-rasa ramai ke yang amalkan Sunnah nabi, ajaran Al-Quran tu. Lepas tu dekat Facebook, Twitter kau la ustaz ustazah paling suci dalam dunia. Habis segala hadis kau belajar masa Pendidikan Islam dekat sekolah dulu kau guna nak tunjukkan keISLAMan kau. Habis semua ayat quran kau tulis, walaupun mak tahu kau pun google sebenarnya. Komen itu ini kau lah pakarnya. Sibuk nak hukum orang itu ini. Diknon, mak nak cakap ni ya. Kerja hukum menghukum ni tugas tuhan. Bukan tugas kau tau. So, rilek-rilek sudah dekat alam maya tu. Tak payah nak komen-komen sangat ya. Tolong !


Maaf, mak ter’emo’ sebentar.

No comments:

Post a Comment